Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Berpuasa di sepanjang Ramadan, salah satu daripada lima rukun Islam, pastinya satu daripada ibadah penting dalam Islam.

Tujuan berpuasa pada dasarnya ialah untuk mendisiplin keinginan dan nafsu yang terpendam pada manusia supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang betul dalam segala tindak-tanduk mereka. Sekali gus elak penyakit yang disebabkan tiada kawal pemakanan.

Dari segi perubatan, puasa memberi banyak manfaat kepada tubuh badan. Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Erna Nadia ini.

Dr Ini Jelaskan Bulan Ramadan Rehatkan Organ Penghadaman Dengan Baik, Elak Penyakit!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Kenapa puasa bagus?

Sebab semasa bulan puasa, kita dapat merehatkan beberapa organ badan kita.

Dr Ini Jelaskan Bulan Ramadan Rehatkan Organ Penghadaman Dengan Baik, Elak Penyakit!

Contoh:

1. Perut
Penghasilan asid akan berkurangan. Ini bagus untuk perut. Ada yang kata kalau puasa nanti gastrik. Ini salah jika anda bersahur dan berbuka dengan betul.

IKLAN

Kajian menunjukkan salah satu kaedah yang baik untuk orang yang ada gastritis adalah dengan berpuasa.

Orang yang ada gastrik eloknya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit. Jika tak makan langsung atau tak jaga waktu makan, gastrik akan semakin teruk. Tapi jika jaga waktu makan dengan baik dan tidak makan dengan kuantiti banyak dalam sekali makan, ianya sangat bagus pada perut.

Kerana asid akan dihasilkan apabila ada sahaja makanan atau minuman yang masuk ke dalam perut. Terlebih makan hanya menghasilkan lebih asid dan menyebabkan ketidakhadaman.

Jadi, bersahur, berbuka dan moreh dengan berpada pada, elakkan yang pedas atau terlalu berempah, kurangkan yang masam masam.

2. Pankreas
Semasa kita berpuasa, pankreas akan menghasilkan insulin secara perlahan kerana kita tak makan dan ini secara tidak langsung akan ‘memaksa’ hati dan otot badan untuk mengeluarkan gula bagi mengekalkan tenaga pada kita sepanjang hari.

3. Hati
Hati akan membantu untuk menghasilkan gula yang disimpannya apabila gula dari dalam darah sudah kehabisan.

Ini secara tak langsung boleh menyebabkan lemak yang tersimpan dibakar untuk memberikan tenaga kepada kita.

Semasa kita berpuasa, akan berlaku proses yang dinamakan sebagai gluconeogenesis. Masa inilah kalori akan terbakar dengan lebih banyak dan jika tiada sumber karbohidrat yang masuk ( sebab kita puasa), badan akan menggunakan gula dari hati dan otot badan untuk memastikan badan ada tenaga.

IKLAN

Sebab itu, puasa adalah kaedah terbaik untuk mereka yang nak menurunkan berat badan, nak ajar diri untuk kawal nafsu makan atau nafsu merokok atau apa sajalah nafsu, mengawal gula dalam darah, membantu merehatkan perut dan pankreas.

Tapi, perlu buat dengan kaedah yang betul.

Sebab itu saya suka bulan Ramadan.

Sebab sebulan inilah pun kita boleh rehatkan organ penghadaman kita dengan baik.

Kecuali bagi mereka yang ada penyakit, berbincanglah dengan doktor yang merawat anda ya.

Islam itu indah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Sebab itu melambatkan sahur dan awal berbuka adalah sunnah.
Makan dan minum dengan berpada.

Bahaya kalau masa berbuka, kita pulun makan macam esok lusa dah tak ada.
Perut tengah dalam keadaan rehat, tiba tiba kita sumbat dengan pelbagai makanan dan minuman berat berat, jadi tak hadam betul.

Kebanyakan penyakit yang tidak berjangkit disebabkan oleh cara makan dan minum kita, cara hidup yang tidak aktif dan tidur yang tidak berkualiti.

Prevention is always better than cure🤙🏻

IKLAN

Gitcheww.

Harapnya amalan semasa puasa kita bolehlah dikekalkan sampai bila bila.

Sumber: Dr. Erna Nadia

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Dr Ini Jelaskan Bulan Ramadan Rehatkan Organ Penghadaman Dengan Baik, Elak Penyakit!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI