Setiap kali anak demam, mak ayah mulalah gelabah dan tak tahu apa nak buat. Memantau anak semasa demam itu perlu tapi jangan berlebih-lebih.
Demam sebenarnya membolehkan badan anak kecil kita bertindak balas untuk membina antibodi tubuh badannya sendiri. Jadi tak perlulah terlalu bimbang melampau.
Menurut perkongsian Dr Malar Santhi Santherasegapan menerusi perkongsiannya videonya, tidak perlu sentiasa dituam anak dan menjaga suhunya. Hanya pantau sahaja keadaan anak.
“Cara paling mudah bantu turunkan suhu anak waktu demam adalah mak jangan panik. Jangan asyik dok tuam lima minit sekali.
Jangan sentiasa periksa suhu anak setiap 10 minit sekali. Tolong jangan. Relaks-relaks saja.
Ads
Demam itu adalah satu respond untuk tubuh membina antibodi anak. Kalau mak ayah nak demam tu turun dengan cepat bagi dia masa untuk dia bina antibodi. Sabar.
Tuamlah anak enam jam sekali, bagi ubat enam jam sekali. Kemudian bagi dia tidur, bagi dia rehat dan kalau tak ada asma boleh bagi makanan yang sejuk seperti tembikai, aiskrim, kek atau buah betik.
Ads
Cara mudah untuk turunkan suhu anak dengan cepat adalah mak ayah bersabar. Dah bagi ubat dan sabar sebab suhu takkan turun dengan cepat.
Suhu akan turun bila badan dan mula bertindak balas dengan kuman, boleh bunuh kuman tu dan bila badan menang, suhu akan turun. Jadi bagi dia masa.” ujarnya.
Ads
Dr Malar juga turut berpesan kepada mak ayah agar sentiasa mengambil berat setiap perkembangan anak. Namun jangan keterlaluan. Apa yang penting adalah kesihatan anak.
“Kita sebagai mak ayah tidak terlepas dari melakukan kesilapan, tak ada orang yang sempurna. Kita saling melengkapi dan ingat mengingati dengan pasangan untuk pastikan anak sentiasa sihat,” tambahnya.
Usus yang tidak sihat boleh jadi penyebab anxiety. Tahukah anda bahawa kesihatan mental, termasuk anxiety atau kebimbangan, mungkin berkait rapat dengan kesihatan usus anda?
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, para saintis dan pakar kesihatan telah menemui kaitan yang kuat antara kesihatan usus dengan kesihatan mental melalui apa yang dikenali sebagai paksi usus-otak (gut-brain axis).
Paksi usus-otak ialah saluran komunikasi dua hala antara usus dan otak yang dikawal oleh sistem saraf autonomi, hormon, dan mikrobiota usus. Usus kita mengandungi jutaan mikroorganisma, termasuk bakteria baik dan buruk, yang memainkan peranan penting dalam pencernaan, imuniti, dan juga fungsi otak. Apabila keseimbangan bakteria ini terganggu, ia boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan gejala seperti anxiety.
Usus yang tidak sihat sering dikaitkan dengan keradangan kronik. Keradangan ini menghasilkan bahan kimia seperti sitokin (cytokines) yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi otak. Sitokin yang berlebihan boleh mencetuskan perasaan gelisah dan tekanan.
Mikrobiota baik membantu menghasilkan bahan kimia penting seperti serotonin, yang dikenali sebagai “hormon gembira.” Menariknya, lebih daripada 90% serotonin badan dihasilkan dalam usus. Apabila bakteria baik tidak mencukupi, pengeluaran serotonin terganggu, yang boleh membawa kepada anxiety dan mood yang tidak stabil.
Stres kronik boleh melemahkan dinding usus, menyebabkan kebocoran usus (leaky gut). Apabila usus bocor, toksin boleh masuk ke dalam aliran darah dan mencetuskan tindak balas imun, yang seterusnya boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan anxiety.
Usus sering disebut sebagai “otak kedua” kerana ia mengandungi sistem saraf enterik yang berhubung langsung dengan otak melalui saraf vagus. Gangguan pada usus boleh mengganggu komunikasi ini, meningkatkan risiko anxiety dan kemurungan.
Perut kembung, sembelit, atau cirit-birit.
Alahan makanan atau intoleransi makanan.
Rasa letih berterusan tanpa sebab yang jelas.
Kerap sakit kepala atau migrain.
Mood swings atau perubahan emosi secara tiba-tiba.
Amalkan Pemakanan Probiotik dan Prebiotik
Probiotik (seperti yogurt, kimchi, dan tempe) membantu menambah bakteria baik dalam usus, manakala prebiotik (seperti pisang, bawang putih, dan asparagus) memberi makanan kepada bakteria baik.
Elakkan makanan yang tinggi gula, makanan segera, dan makanan yang diproses kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria buruk dalam usus.
Serat membantu menjaga sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Makanan seperti sayur-sayuran, bijirin penuh, dan buah-buahan kaya dengan serat.
Amalkan teknik relaksasi seperti yoga, meditasi, dan senaman ringan untuk mengurangkan kesan stres terhadap usus.
Kurang tidur boleh mengganggu keseimbangan mikrobiota usus. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti selama 7-9 jam setiap malam.
Kesihatan mental dan kesihatan usus adalah saling berkait rapat. Jika anda mengalami anxiety yang berpanjangan, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai kesihatan usus anda.
Dengan menjaga usus melalui pemakanan yang sihat, pengurusan stres, dan gaya hidup seimbang, anda bukan sahaja boleh meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mengurangkan risiko anxiety dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Ingatlah, usus yang sihat adalah asas kepada minda yang sihat!
Teknologi yang semakin berkembang kini membuatkan mak ayah gagal menyekat penggunaan telefon kepada anak-anak.
Ada mak ayah yang memberikan hanya dua jam sehari, namun ada juga yang memberikan pada anak setiap hujung minggu. Terpulang pada mak ayah.
Apa yang ibu ayah perlu tahu adalah terlampau kerap menonton televisyen dan telefon membuatkan mata anak berpasir, gatal dan kering. Ini akan membuatkan mereka menggosok mata.
Elakkan kerana anak boleh terdedah risiko Keratokonus. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Malar menerusi Instagramnya.
Kalau anak selalu sangat gosok mata berhati-hati sebab boleh dapat penyakit keratokonus. Anak-anak banyak tengok gajet, telefon dan televisyen.
Kalau waktu biasa kita berkelip mata lebih kurang 17 kali dalam seminit tapi kalau kita tengok tv atau telefon, kita hanya kelip mata dari 4 hingga lima kali sahaja seminit.
Jadinya bila kerdipan mata berkurang, mata akan rasa berpasir, kering dan mata akan rasa penat.
Bila berlaku tiga situsi ini kanak-kanak akan mula gosok mata mereka. Tindakan gosok mata ini akan merosakkan atau pun mencederakan lapisan kornea.
Sepatutnya permukaan kornea rata, licin dan agak tebal tetapi bila selalu digosok, permukaan kornea akan berubah, jadi terlampau nipis dan sedikit terbonjol di bahagian hadapan.
Jadi bila kornea rosak, dia akan dapat penyakit keratokonus. Keratokonus ini menyebabkan rabun dan silai yang terlampau tinggi dan tak boleh dibetulkan dengan cermin mata biasa malah ada kanta khas.
Jadi mak ayah tolong pantau anak. Saya sendiri faham dan akui memang anak-anak akan tengok tv dan telefon terutama musim cuti sekolah.
Jadi kalau anak kerap menggaru mata, tolong dapatkan ubat titisan air yang ada pelembap dan titiskan ubat titis mata supaya kurang berpasir dan kering.
Kurangkan skrin time pada anak-anak. Bukan anak-anak sahaja, kita yang dewasa pun berpotensi untuk dapat masalah ini kalau terlampau lama bekerja dengan telefon. Jagalah kesihatan mata kita.
Mak-mak mana yang tak cemas kalau melihat saiz dan ketinggian anak kecil kita yang tak sama dengan rakan sebayanya. Mulalah rasa ada yang tak kena.
Anak tak tinggi-tinggi malah berat badan pun tak naik, itulah petanda terbesar anak kita terbantut. Apa puncanya?
Menurut Datuk Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Perunding Pediatrik, KPJ Damansara Specialist Hospital, masalah peralihan susu kepada makanan menjadi penyebab terbesar masalah bantut di kalangan kanak-kanak.
“Dari segi tumbesaran, kita ada standard yang kita guna untuk bandingkan tumbesaran anak yang normal. Bila anak terbantut kita ukur bila lari jauh dari carta.
Contoh budak umur baru lahir biasanya 3kg, dalam masa enam bulan biasanya 10kg. Tapi bila anak itu dah umur setahun baru cecah 7kg kita dah kira dia terbantut.
Standard ketinggian anak, jauh dan bawah dari ukuran normal itu juga dikira terbantut. Ada juga yang terbantu dari segi berat badan.
Ada pelbagai faktor tapi biasanya disebabkan oleh pemakanan yang optima. Anak kita makan tapi makan benda yang bukan-bukan. Biasanya masalah peralihan susu kepada makanan menjadi masalah terbesar.
Kadang-kadang tak diberikan penekanan sangat menjadi penyebab utama penurunan kadar normal ini. Sebagai mak ayah amat penting untuk kita jaga waktu ini dan boleh mempengaruhi tumbesaran anak.
Mak ayah kena tahu, bila fizikal terbantut, ketinggian dan berat badan terjejas, perkembangan otak juga terjejas. Sebab itu mak ayah kena ambil perhatian pemakanan anak kita. Terutama sekali waktu peralihan susu kepada makanan.
Bila anak semakin membesar, masalah picky eater pula menjadi masalah terbesar buat anak. Beri anak pilihan dan didik untuk disiplin.
Solusi untuk mak ayah Apa mak ayah boleh lakukan adalah beri anak pilihan dua tiga makanan lain, dan jika anak tolak jangan cuba berikan makanan lain terutama yang tak berkhasiat pada anak.
Susu dan buah bagus tapi kalau hanya nak makan susu dan buah pun tak bagus untuk anak. Kena ada sumber protein, serat dan pribiotik, karbohidrat dan kawal pemakanan anak.