Nasi menjadi makanan wajib yang dihidangkan oleh ibu-ibu untuk dimakan bersama hidangan lauk pauk dan sayur-sayuran untuk seisi keluarga.
Pun begitu, hidangan nasi ini jika diambil berlebihan bimbang juga menjadi penyebab obesiti dan masalah kesihatan lain. Apatah lagi andai mengidap penyakit kencing manis.
Sebolehnya, pemilihan beras yang kurang kanji menjadi pilihan. Ini sebagaimana yang disarankan oleh doktor ini. Rupanya terdapat jenis-jenis beras yang bagus untuk kesihatan.
Jom kita hadam apa info dari Dr Zubaidi ini.
SIHAT DENGAN DENGAN BERAS REBUS/PARBOILED RICE
Bagi mereka yang tidak boleh tinggalkan nasi, terutama yang sudah berumur 40 tahun ke atas, nasi sudah menjadi sebahagian hidup mereka.
Tetapi setiap kali makan nasi, pesakit diabetes akan mengalami peningkatan gula yg mendadak.
Sebab beras putih tidak mempunyai lagi serat padanya. Ini menyebabkan penyerapan gula sangat cepat ke dalam tubuh.
IKLAN
Saya mencadangkan beras rebus. Beras rebus ini bukan beras putih yang direbus (ditanak) menjadi nasi.
Contoh jenama yang ada dipasaran
Dan banyak lagi yang boleh dijadikan pilihan.
IKLAN
Apa Itu Beras Rebus?
Beras rebus adalah beras yang mengalami proses pembersihan yang berbeza.
Setelah padi (bijian beras yang masih di dalam kulitnya) dituai, kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan Beras Perang. Sekiranya beras tersebut melalui proses yang seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi Beras Putih biasa.
Beras yang direbus/”parboiled” pula diproses terus dari padi yang dituai. Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya Beras Rebus/Parboiled.
Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi. Nilai GI pun rendah.
IKLAN
Jadi ia mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang lain.
Makanlah Beras Rebus dengan sayur atau ulam yang banyak. Ratio antara nasi dan sayur adalah satu bahagian nasi dan dua bahagian sayur.
Ambil juga minyak zaitun utk melambatkan penyerapan glukosa. Boleh ambil lagi selepas makan selain dari dos yang diambil selepas bangun pagi waktu perut kosong.
Bagi pengemar ikan bakar, apa kata ubah selera dengam cara masak dengan membalutnya dengan garam. Resipi ini terkenal di Thailand.
Ikan bakar ini mudah dimasak di rumah ataupun sekiranya sedang berkhemah, juadah ikan bakar boleh dimasak, dan dihidangkan.
Bahan kepada resepi ikan bakar mudah untuk didapati, asalkan ikannya segar, pasti sahaja semua akan makan sehingga menjilat jari. Malah amat sesuai untuk orang yang sedang diet, atau ingin mengurangkan berat badan.
Bagi yang pernah mencuba resipi ini tentu teringin untuk memasaknya sendiri di rumah. Cara masak memang mudah. Sebagaimana dikongsikan oleh Puan Cik Nadzri . Bahan-bahannya sangat ringkas.
Encik husband bgtau yg beliau pernah makan ikan bakar thai kat satu restoran suatu ketika dulu. Terliur pulak sis dengar cerita beliau. Gigih sis google resepi. So sis try la masak. Nanti uols pun boleh try jugak.
Cara penyediaan rujuk gambar.
Dah siap. Enak di makan panas-panas. Mudah rupanya buat sendiri di rumah,. Selamat mencuba!
Tatkala kita merasa diri susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah namun sedikitpun tidak merungut. Demi anak, baik ayah mahupun ibu sanggup berkorban apa sahaja. Demikian juga dengan kisah yang cukup menyentuh hati ini. Bagaimana seorang ayah berusaha dan berkorban demi membesarkan anak sendirian setelah berpisah dengan bekas isteri.
Namun bukan kisah suami isteri yang ingin diutarakan. Sebaliknya kisah si anak yang dikatakan memecahkan bangku di kantin sekolah. Sehinggakan pihak sekolah terpaksa memanggil si ayah ini untuk meminta ganti rugi. Jawapan yang diberikan oleh si ayah ini cukup sayu dan menyentuh hati guru yang bertemu dengannya.
Kisah ini dimuat naik dua tahun lepas oleh guru bernama Mohd Fadli Salleh. Namun kembali tular baru-baru ini.
Tahun lepas, ada seorang murid tahun satu yang sangat pendiam. Perempuan. Aku perasan tudung dia selalu tutup dahi. Macam tak pandai pakai tudung. Baju pun selalu comot.
Tahun ini, dia masih tidak pandai pakai tudung. Masih begitu, bajunya juga masih comot-comot. Banyak kali aku bertanya tentang keluarga, tapi dia mendiamkan diri sahaja.
Tahun ini dia tidak keseorangan. Dia berteman. Ada adik lelaki di tahun satu. Adik dia ini sangat aktif. Hyperaktif aku rasa. Memang langsung tak boleh duduk diam dalam kelas, dewan atau perhimpunan.
Pakaian adik dia pun sama juga. Tidak terurus dan selalu comot.
Dua hari lepas, adik dia dengan sengaja pecahkan bangku kantin. Bangku buah-buahan yang aku beli dengan duit kiriman sahabat-sahabat aku yang baik hati.
Maka unit disiplin, guru kelas dan pentadbir berbincang. Perlu panggil ibu bapanya untuk bincang kelakuan anaknya yang hyperaktif ini. Mencari jalan terbaik bagi murid ini agak tidak ternafi haknya untuk belajar dengan sempurna.
*******
Hari ini, selepas habis kelas pertama ada pengawas datang menjemputku ke pejabat. Katanya pentadbir panggil. Aku dah agak, pasti si ayah murid itu telah datang.
Dengan tenang aku terus ke pejabat. Diluar pintu pejabat, ada sepasang kasut lusuh. Nampak comot dengan selut dan kotoran.
‘ Ini kasut orang kerja buruh,’ getus hati aku.
Sebaik masuk, kelihatan lelaki lewat 40an duduk bersama barisan pentadbir. Mukanya kelihatan penat, malah peluh pun tidak sempat kering dari baju.
Kulitnya gelap. Nampak jelas kerjanya pasti dibawah terik mentari. Tangannya kasar dan kotor tanda kerja berat.
Aku bersalaman dan menegur dia dengan mesra. Duduk betul-betul disebelah dia dan sesekali aku bergurau mencuit paha dan memegang bahunya. Tidak sesekali aku merasa geli atau membuat muka tidak selesa walau bau badannya tidak sewangi orang kerja pejabat.
Aku tidak mahu dia resah dan rasa bersalah. Aku nak dia tahu, kami bukan hendak menyalahkannya. Sikap budak, memang begitu. Namun kami ada minta dia bawa anaknya ke Hospital Selayang unit Mekar untuk pemeriksaan.
Pada pengamatan mata kasar aku dan guru-guru lain, anak dia ini kategori istimewa. ADHD mungkin. Sangat aktif hingga sukar dikawal.
Aku susun ayat sebaik mungkin, memberitahu dia dengan lembut. Dia terima dengan tenang, dan dia pun tahu anak dia memang tidak terkawal. Dia berjanji akan bawa anak lelakinya itu ke hospital secepat mungkin.
Bila disahkan, anak dia boleh masuk kelas pemulihan. Kelas yang layak dan sepatutnya anak itu duduk dan belajar. Lagi pun, murid pendidikan khas ini ada elaun.
Sebelum dia beredar, kami bagitahu kerosakan yang dibuat anaknya perlu diganti. Dengan serba salah dia cakap,
“Cikgu. Boleh. Tapi tunggu saya dapat gaji ya.”
Jantung aku seakan berhenti mendengar jawapan pendek itu. Gugur seketika. Nilai bangku itu yang tidaklah besar di zaman ini. Tapi masih ada yang perlu tunggu gaji. 😭
Terus aku pegang bahu dan mengajaknya pergi. Aku bukakan pintu pejabat, aku tunggu dia sarung kasut buruk itu.
Aku iringi setiap langkah dia ke motor buruknya sambil bertanya tentang kehidupannya.
“Abang kerja kat mana?”
“Saya kerja kat Kuang. Kerja ukur jalan. Ni dari Kuang dapat telefon dari sekolah terus saya datang.”
Allah. Kuang ke Gombak bukan dekat. Dengan motor tengah panas terik pula tu. Terus tinggal kerja bila tahu anak buat angkara.
“Rumah abang kat mana? Isteri kerja apa? Anak berapa orang?” soalku bertalu-talu.
“Rumah saya di Batu 5. Anak saya empat. Yang paling kecil, kembar dua orang duduk dengan isteri saya. Yang sulung tahun dua dan tahun satu ini tinggal dengan saya. Dah tiga tahun kami berpisah,” balasnya tenang.
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Aku minta dia hubungi aku terus kalau ada apa-apa. Nombor telefon aku tinggalkan, dan dia berlalu pergi.
Berlalu pergi dibawah teriknya sinar mentari untuk mencari sesuap rezeki.
********
Patutlah. Patutlah anak perempuannya tidak pandai pakai tudung. Rupanya dijaga oleh ayah sejak sekian lama.
Ayah yang kerja buruh mana pandai hendak pakaikan anak perempuan tudung. Asal tersarung, asal tertutup rambut baginya dah cukup elok.
Pakaian patutlah selalu nampak comot. Tidak terjaga seperti orang lain yang punya keluarga. Rupanya tinggal bersama ayah.
Kelu. Aku kelu sebenarnya.
Terharu. Aku sangat terharu melihat pengorbanan seorang bapa. Jika aku ditempat dia, aku pun tidak tahu apa aku mampu menjaga anak aku sebaik dia.
Makan minum, sakit demam, duit belanja, basuh pakaian dan segala urusan rumah tangga seorang diri. Menguruskan anak bukan mudah. Tambah-tambah bagi kaum lelaki.
Sebaik dia jawab hendak ganti kerusi itu bila dapat gaji, terus aku niatkan dalam hati,
‘Bangku yang perlu diganti itu aku yang akan ganti. Bahkan apa keperluan anak-anaknya yang mampu aku bantu, aku cuba bantu.’
Esok aku akan settlekan hal bangku diam-diam. Esok juga aku nak jumpa ustazah guru kelas anak sulungnya, minta ustazah tolong ajar murid ini pakai tudung dengan betul.
Semoga anak-anak ini rajin belajar seterusnya menjadi insan yang berguna dan berjasa.
Kerana bangku pecah semuanya terdedah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
Memasak memang semua boleh buat, tapi kalau tak tahu caranya memang tak menjadi. Begitu juga dalam bab masak sotong. Walaupun nampak ringkas, tapi selalu juga bila kita masak terasa liat pula untuk dimakan. Mungkin kah sebab terlebih lama dimasak atau terlalu sekejap dimasak? Hanya yang biasa dan pakar je tahu jawapannya.
Untuk itu, ketahui petua yang dilakukan oleh Puan Khatijah Abdullah untuk pastikan sotong masak sambal tumis sedap rasanya dan yang penting tidak liat. Nak tahu lanjut jom semak.
Langkah 3 : Angkat sotong yang telah direbus dan asingkan air rebusan untuk dijadikan air tumisan ketika memasak hidangan.
Langkah 4 :Tumis sambal seperti biasa dan apabila semuanya sudah ready, masukkan sotong yang telah direbus tadi dan siap dihiris. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
Zaman sekarang, ramai ibu yang guna alat dapur kayu akibat terpengaruh dengan vlog ibu-ibu estetik di youtube dan media sosial.
Tapi tak semua ada masa...