Jika sebelum ini kita biasa dengar petua-petua tertentu yang berkaitan untuk menghilangkan tulang yang tersekat ditekak, ada yang berkesan dan tidak kurang juga seakan tidak berhasil untuk melegakan sakit akibat tercekik tulang.
Oleh itu, apa kata kita dengar nasihat daripada doktor pakar untuk meyakinkan lagi tindakan yang sewajarnya perlu diambil bila berdepan dengan situasi tercekik tulang. Nak tahu apakah tipsnya itu, hal ini dikongsikan oleh Dr Nik Hisyam, jom semak.
Siapa pernah tercekik tulang? Sakit kan? Siapa yang belum.. janganlah dok mintak pulak ye . Nauzubillah….
Macam-macam petua orang dulu-dulu. Betul tak?
Contohnya: Bomoh tulang, telan nasi putih, minum air garam, makan pisang, makan kacang dan banyak lagi.
Selama 15 Tahun saya di bidang ENT ni, amat banyak kes tercekik tulang yang telah saya rawat. Alhamdulillah semua selamat dan sembuh.
Hari ini, mari saya kongsikan TIPS Kalau anda atau ahli Keluarga dan kenalan anda terkena “Tercekik Tulang”. Tak kisahlah tulang ikan ke, tulang ayam ke, tulang lembu or kambing ke….sama aje tipsnya…
Apakah TIPS NYA??
1. Jangan Panik
Ads
Okay, bila tercekik:
a) Sila berhenti makan walaupun makanan tu sedap atau mahal macam mana sekalipun…
b) Jangan cuba jolok-jolok dengan jari sebab takut tulang tu lagi tertusuk ke dalam dan menyukarkan doktor untuk kenal pasti lokasi sebenar tempat tulang itu terlekat.
c) Cari family or kawan bawa ke Klinik Pakar ENT yang berdekatan pada hari itu juga/segera
2. Jangan tunggu seminggu atau tulang tu hilang sendiri. Sebab tulang tak akan hilang
Pergilah ke hospital dengan segera, kalau tunggu lama-lama, takut bernanah atau tulang pindah ke tempat lain (migration).
Ads
Jangan main-main, tulang ni boleh berjalan tau! Ada yang tercucuk masuk ke kelenjar thyroid, paru-paru, pembuluh darah. Lagi parah! (Ini kisah benar, bukan main-main)
So kalau telan nasi atau pisang kemungkinan tulang tu tercucuk makin dalam (Nauzubillah..)
3. Jumpa Dr Pakar ENT
Ala.. tak nak susahkan Dr Pakar.. tercekik tulang sahaja.. tak nak lah!
a) Kenapa perlu jumpa ENT?
Kami perlu cari tulang ikan tersebut. Jika tulang terlekat pada bahagian atas tekak (kawasan tonsil) In shaa allah boleh terus cabut di klinik sahaja.
Ads
Jika tidak:
-perlu lakukan x-ray
-kami perlu guna scope/kamera kecil untuk tarik tulang tu keluar dan scope tu hanya ada di klinik ENT.
Selalunya bergantung kepada keadaan perlu atau tidak antibiotik dan ubat tahan sakit.
4. Selesai.. boleh sambung makan balik. insyaAllah.
Lepas ni, saya akan kongsikan pula tanda-tanda dan perasaan bila tercekik tulang..
In shaa Allah..
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama.
Dr Nik Hisyam
Doktor Pakar Resdung, Sinus dan Tekak Anda
SALAM Shah Alam Specialist Hospital
Seksyen 19, Shah Alam
Bawang putih yang menjadi antara bahan wajib dalam masakan untuk memberi aroma dan rasa pada masakan, diakui juga semamangnya bermanfaat dalam penjagaan kesihatan. Ini kerana antara khasiatnya ia mampu menjadi antibiotik semulajadi bagi meningkatkan imunisasi tubuh. Dikatakan juga, sebaiknya dimakan mentah untuk kesan yang optimum.
Pun begitu, jika tidak ‘lalu’ dengan rasa dan baunya untuk dimakan mentah, boleh juga mencuba petua yang dikongsikan oleh Myra Chaqkey yang amalkan makan bawang putih yang dimasak semasa menanak nasi.
Ujarnya, “Musim-musim sekarang boleh la amalkan masak nasi letak bawang putih.
Bawang putih tak perlu buang kulit. Basuh bersih-bersih. Agak-Agak Nasi nak kering baru letak bawang putih( kenapa tak buang kulit untuk elakkan bawang terlalu lembik)”
Bawang putih Antibiotik Semulajadi
Berkongsi pengalaman bagaimana mula mengamalkan petua makan bawang putih ini, menurutnya dia pernah mengalami batuk yang teruk semasa mengandung dan setelah amalkan pelbagai cara,nyata berkesan dengan bawang putih.
“Pengalaman saya sendiri dulu masa mengandung saya batuk memang teruk. Macam-macam ubat, macam-macam petua saya cuba.
“Saya ternampak 1 post dekat FB cakap masak nasi letak bawang putih. Alhamdulillah batuk saya beransur pulih. Tapi hampa jangan makan banyak sangat, nanti panas badan tu. Cukup 2-3ulas 1hari.
“Anak- Anak saya ambil 1 ulas gaul dalam nasi. Rasa macam ubi rebus”
Semoga Memberi manfaat untuk semua.
Peningkatan angka kes Covid-19 di negara ketika ini kian dilihat ada pasang surutnya. Hal ini turut merunsingkan hati, bimbang andai ada ahli keluarga kita pula menjadi mangsa. Kalau boleh, biarlah ada vaksin ditemui segera.
Gambar hiasan
Menyentuh tentang perihal vaksin dan sebagai memetik laporan daripada Astro Awani berkenaan indikatif harga vaksin Covid-19, dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang.
Berkaitan vaksin ini juga, menurut
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, negara turut ditawarkan beberapa jenis vaksin ketika ini dengan harga berbeza dan kerajaan perlu mengkaji setiap vaskin terlebih dahulu.
“Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.
Gambar hiasan
“Ada beberapa vaksin ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya seperti memetik daripada laporan Astro Awani.
Tambahnya lagi, langkah itu belum pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi.
Bagaimanapun jelas Khairy, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksin itu.
Kerajaan tambahnya, mempunyai strategi dalam mendapatkan vaksin COVID-19 termasuk rundingan bersama syarikat farmaseutikal mengenai pembangunan vaksin.
Malah Malaysia sedang dalam perbincangan bagi menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) oleh Pakatan Vaksin Global (GAVI).
Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula prang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.
Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.
Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.
Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan.
Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok , dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...