Bila bercakap bab penggunaan kereta, mesti ada sahaja kaum adam merasakan mereka cukup hebat. Kononnya serba serbi tahu berbanding wanita.  Betulkah begitu?

Hakikatnya untuk orang perempuan tidak lagi mahu dilabel sebagai ‘hanya tahu bawa’, jadi  di sini  Keluarga kongsikan panduan atau rahsia di sebalik simbol angin luar dan angin dalam yang dikongsikan oleh Dr Aid Fawzal  sebagai info buat semua. Secara tidak langsung meningkatkan lagi ilmu kita berkaitan kenderaan.

Apa yang penting, info ini sangat berguna dan bukan semata untuk kaum wanita. Malah sebenarnya tidak mustahil  jika orang lelaki di luar sana pun tidak tahu hal ini.

Cara Guna Fungsi ‘Angin Luar’ & ‘Kitaran Dalam’ Pada Kenderaan Kena Tahu. Ada Sebabnya, Dr Ni Terangkan!

Simbol ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ tersebut sebenarnya perlu ditetapkan mengikut situasi bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api, dengan kata lain ia dapat menjimatkan minyak jika kena gayanya.

Bahkan menurut Dr Aid Fawzal jika kereta tersebut berjemur seharian di bawah terik matahari dan bila kita hidupkan enjin, penggunaan simbul ‘angin luar’  dikatakan dapat membantu mengurangkan haba panas dalam kereta.

Untuk lebih detail, jom baca perkongsian daripadanya.

Cara Guna Fungsi ‘Angin Luar’ & ‘Kitaran Dalam’ Pada Kenderaan Kena Tahu. Ada Sebabnya, Dr Ni Terangkan!

Nak pakai fungsi ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ pada air-con ni?

Jawapan:

Gunakan fungsi ‘angin luar’ apabila mula masuk kereta yang telah berjemur panas. Ini kerana angin dalam kereta lebih panas drp angin luar. Fungsi ni akan bantu turunkan suhu dalaman kereta dengan gantikan dengan angin baru.

Bila dah kabin kereta dah mula sejuk, tukarkan ke fungsi ‘kitaran dalam’. Ini akan bantu sistem air-con anda berfungsi dengan lebih baik kerana hanya perlu menyejukkan angin yang separa sejuk berbanding angin luar yang panas. Secara langsung dapat mengurangkan pengguna bahan api.

Akan tetapi, fungsi ‘kitaran dalam’ akan buatkan pengumpulan wap air drp pernafasan kita. Sebab tu cermin akan berkabus/berwap jika anda memandu di kawasan sejuk, pergunungan, kampung² atau sebelah pagi,

Tukarkan ke fungsi ‘angin luar’ untuk hilangkan kabus pada cermin depan.

Cara Guna Fungsi ‘Angin Luar’ & ‘Kitaran Dalam’ Pada Kenderaan Kena Tahu. Ada Sebabnya, Dr Ni Terangkan!

——

Pening, tak tau nak pilih yang mana??

Sahabat saya, Jamadin Hayat (founder & chief mechanics di Ztechnica Automobile) mencadangkan korang guna fungsi ‘auto’ (automatic) pada sistem air-con korang jika ada.

Sistem auto pada air-con ni akan pilihkan fungsi yg mana paling sesuai.

Pada model² BMW, sistem auto air-con ni bergantung bacaan kepada AUC sensor.

AUC = Automatische-Umluft-Control (Kawalan peredaran semula udara automatik).

Jenama kereta² lain juga ada dengan nama sensor yang agak berlainan. Sensor² ini akan pantau kualiti udara & tahap kelembapan kabin.

Gunakan fungsi auto pada air-con korang kalau ada.

Sumber : Dr Aid Fawzal

Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.

Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.

 

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Cara Guna Fungsi ‘Angin Luar’ & ‘Kitaran Dalam’ Pada Kenderaan Kena Tahu. Ada Sebabnya, Dr Ni Terangkan!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI