Suami mana yang tak sayangkan isteri Kan, demikian juga dengan penyanyi Tajul yang sebelum ini enggan membenarkan isterinya, Nurul Shamieza Eddie untuk memandu sendiri.
Namun dek kerana satu insiden, pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu ini terpaksa akur.
Alhamdulillah 😢😢😢❤️❤️❤️
Icaa mmg dari dulu nak beli kereta, tapi tajul tak izinkan sebab dia kata selagi dia ada dia akan hantar icaa g mana mana. Sebab dia risau ica keluar sosorg & takut icaa langgar kete org 🤪😂
Menurut Nurul Shamieza yang mesra disapa Icha, gara-gara seorang pemandu grab akhirnya berjaya mengubah pendirian suami kesayangannya itu.
Lepas kes ica naik grab sosorg, driver grab tu mcm creepy gila haritu. terusss kitorg survey kete. And tajul izinkan i beli kete eeemmm 🥺🥺🥺 tq syg i @tajulofficial ❤️
Ads
Alhamdulillah dapat beli kete dgn titik peluh icaa sendiri selama ni 😭❤️ aaaaa nak nangis !! Lama sgt ica tunggu harini 😢 lepasni lanje i sportrim & naik stage 2 ok daddy 🙊
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 10 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.
Ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
Apatah lagi, anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi veteren, Salamiah Hassan yang terkenal dengan salah satu lagunya, ‘gelombang’.
Baru-baru ini, penyanyi berusia 72 tahun ini membuatkan ramai peminatnya berasa ‘sejuk hati’ apabila dia tampil dengan imej baharu, iaitu kini sering berkongsi foto berhijab di laman Instagram miliknya.
Malah, Salamiah yang juga ibu kepada selebriti bertubuh genit, Atilia Haron mengesahkan bahawa dirinya kini sudah berhijab, namun enggan membesarkan isu penghijrahannya kerana keputusan bertudung itu adalah kerana pilihannya sendiri selain sudah sampai waktu untuk memakainya.
“Tiada apa yang perlu saya komen. Saya memang nak pakai tudung. Saya tak suka perkara ini menjadi satu isu besar,” ujarnya.
Jelas peserta Bakat TV 1971 anjuran Radio Televisyen Malaysia, dia tidak mempunyai sebarang sebab atau punca tertentu dalam mengenakan hijab sepenuhnya.
“Rasanya anda pun mengenali saya seorang yang menjaga privasi. Jadi, apa yang boleh saya katakan saya pakai tudung baru-baru ini sebab saya sendiri nak memakainya, bukan pasal apapun.
“Lagipun saya baru habis tempoh edah dan mahu kembali aktif bekerja. Sekali lagi saya tegaskan, saya enggan perubahan ini menjadi isu besar,” katanya lagi.
Sementara itu, Salamiah memberitahu dirinya dalam keadaan baik sahaja meskipun tidak mampu menutup kesedihan selepas pemergian suaminya akibat kanser kolon di Tasmania, Australia pada November tahun lalu.
“Saya okey saja. Kita tiada kuasa dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan terima hakikat serta teruskan kehidupan.
“Nak kata saya kuat, saya ini hanya manusia biasa. Pastilah masih ada rasa sedih itu.
“Lagipun boleh ke kesedihan itu hilang begitu saja, melainkan saya sendiri yang kena mengawalnya dengan kekuatan yang Allah berikan. Apa yang saya lalui sama seperti orang lain yang kehilangan insan tersayang,” katanya.
Sekadar info, Salamiah mendirikan rumah tangga dengan Gery Hughes pada 1 September tahun lalu selepas 15 tahun mengenali antara satu sama lain.
Bagaimanapun, selepas dua bulan berkahwin, Salamiah dikejutkan dengan pemergian Gerry akibat kanser kolon.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan kini sedikit longgar namun orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilifitri.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kesukaran untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan COVID-19, menjadi punca mengapa pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri dan juga ziarah tidak dibenarkan.
Katanya, perkara tersebut sememangnya berat untuk dihadapi rakyat terutama yang menyambutnya, namun berbanding pasar raya sebagai contohnya, SOP itu sebenarnya lebih mudah untuk ditetapkan di premis perniagaan seperti itu.
“Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter… penjarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.
“Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan penjarakan sosial berlaku?
“Bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” katanya dalam program ‘Ruang Bicara’ Bernama TV, yang disiarkan secara langsung, malam tadi (Khamis).
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, walaupun satu jawatankuasa khas telah dibentuk antara agensi kerajaan untuk memantau kepatuhan kepada SOP berkenaan, namun beliau berkata anggota yang ada, tidak mencukupi untuk memantau setiap rumah di seluruh negara.
“Jadi (pemantauan) pematuhan itu kita jangka tak dapat kita laksanakan. Jadi apa yang kita buat ini adalah untuk menjaga kepentingan semua.
“Kita tidak mahu Aidilfitri ini menjadi satu kluster baharu, akibat raya balik ke tempat kerja bawa penularan baharu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya ia tertakluk kepada Menteri Kesihatan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung.
“Seperti saya katakan, kita akan rujuk kepada Kementerian Kesihatan, kerana Akta 342 ini adalah akta di bawah kementerian berkenaan, dan di dalam akta ini Menteri Kesihatan boleh keluarkan arahan, jadi arahan menteri pada ketika ini, tidak boleh,” katanya.
Ismail berkata, walaupun ada juga beberapa pihak yang minta supaya kebenaran diberikan dengan mengenakan SOP tertentu, beliau berkata ia tidak dapat dilakukan, selagi ia diletakkan di bawah senarai terlarang.
“Selagi itu ia tidak boleh ada SOP pun, SOP hanya boleh dikeluarkan kepada senarai dibenarkan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...