Semalam kita dikejutkan dengan tragedi melibatkan sepasang suami isteri, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40 dan Nik Mohd Zulmi Ramli, serta seorang anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5, yang maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok.
Dua lagi anak kepada pasangan tersebut iaitu Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9, yang berada di tempat duduk belakang hanya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Machang.
Lebih memilukan apabila dua beradik tersebut hanya mengetahui mereka bergelar yatim piatu 22 jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Menurut nenek mereka, Amnah Ismail, 64, ahli keluarga tidak sanggup untuk memberitahu Zulaikha dan Adam bahawa mereka sahaja yang terselamat daripada tragedi itu.
Namun, mereka akhirnya mendedahkan perkara yang sebenar sewaktu urusan membawa pulang jenazah kesemua mangsa untuk proses pengebumian.
” Sejak balik, Kaklong (Nik Adilia Zulaikha) hanya memanggil umi… umi.. (Nik Amirah), manakala Adam banyak diam.
Ads
” Dia beritahu umi, baba (Nik Mohd Zulmi) dan Ecah (Nik Aishah) ada di dalam kereta.” katanya.
Dalam pada itu, Amnah menafikan bahawa arwah anaknya itu sedang mengandung seperti mana yang tular di media sosial.
Menurut Amnah, kemungkinan besar pasukan penyelamat keliru dengan tubuh badan arwah yang bersaiz besar.
Sementara itu, sepupu kepada Nik Amirah, Mohd Aidi Ab Ghani, 50, berkata, dia tidak menyangka kata-kata arwah yang mahu sehidup semati dengan suaminya sekitar dua bulan yang lalu menjadi kenyataan.
Ads
” Arwah juga suka sangat sedekah makanan kepada ahli keluarga dan saudara-mara dengan menyangkut makanan pada pagar rumah. Petang sebelum kejadian, arwah sempat menyangkut terung di pagar rumah sepupu kami.” katanya.
Terdahulu, berita mengenai tragedi ini meruntun hati wargamaya apabila Amira ditemui dalam keadaan sedang meriba Aishah ketika kejadian.
Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 7.12 malam Ahad.
Biasanya ibu-ibu memilih kabinet untuk meletakkan barangan di dapur, tapi kalau bijak dan kreatif tiada kabinet pun tetap boleh nampak barang-barang tersusun kemas dan rapi.
Segala-galanya bergantung bagaimana cara ibu-ibu nak menyediakan rak bahan masak sendiri mengikut kreativiti sendiri. Sementelah kini, banyak rak-rak yang tersedia, murah-murah pula tu.
Jom admin kongsikan beberapa barang yang anda boleh dapati di kedai Eco untuk kemudahan di dapur.
Ramai yang tanya hani macam mana nak jadikan dapur lebih kemas, sistematik dan tersusun (organised) dan setiap kali soalan ini ditanya jawapan hani satu shj : PENSTORAN! Hehe Penstoran sngt penting utk sesuatu ruang utk lebih tersusun, tak kiralah ruang rumah yang mana satu. Macam biasa yang selalu hani cakap “Setiap benda mesti ada rumahnya!” Dan bila ditanya kat mana nak beli barang2 penstoran ni, mestilah Eco! Kat dapur hani boleh dikatakan 80% bekas penstoran datangnya dari Eco, dan walaupun harganya Rm2.10, kalau pandai pilih bekas yang bersesuaian mesti akan dapat maksimumkan ruang penstoran kat dapur. Seperti dijanjikan, Hani kongsikan 10 idea penstoran dapur hani yang datangnya dari kedai Eco. Semoga mendapat idea dan bermanfaat #doneracun Kalau dapat like and share lebih 100 hani akan kongsikan Barang penstoran ruang2 lain kat rumah hani yg boleh beli kat eco hahaha nak juga buat ayat cmni haha bagi can lah hahah #ayatgedik#nakhanikongsitak? P/s: siapa PS Eco mohon tag diri sendiri kat post hani ya hahaha
#1 Bakul
Bakul ialah barang penstoran kegemaran hani yang pertama. Hani suka gunakan bakul dlm satu2 ruang (rak atau laci) untuk cipta beberapa ruang.
Tips hani utk beli bakul.
hani lagi suka bakul bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
untuk sesuatu ruang, pilih bakul yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
pilih sama ada bakul bertutup atau tidak mengikut keadaan ruang dan barang yang diisi dalam bakul
bonus kalau dapat pilih saiz bakul yang ngam2 muat dalam ruang tu. Hani pernah kongsi tutorial macam mana nak beli bekas yang ngam muat2 dalam satu ruang tu sebelum ni.
# Bekas tipuware
Barang penstoran kedua yg bagi hani pelbagai-guna ialah bekas-bekas tipuware Kalau masuk eco, memang rambang mata hani tengok bekas tipuware yang pelbagai bentuk, saiz dan warna haha
Sama macam bakul, ni tips hani masa nak beli bekas tipuware
hani lagi suka bekas bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
untuk sesuatu ruang, pilih bekas yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
pilih bekas yang boleh ditindih (stackable) untuk menjimatkan ruang.
Hani gunakan bekas eco utk penyimpanan sayur
#botol rempah kaca
Botol rempah kaca ni bagi hani nampak mahal walaupun harga nya rm2. Tambah-tambah dengan label. Tapi bahagian besi kat penutup nya cepat berkarat kalau tak betul cara penjagaannya.
Hani dah guna setahun tapi so far masih ok tak berkarat. Ni tips utk elakkan penutup bekas ni berkarat
bila lap dengan kain lembap (semasa nak bersihkan) wajib lap semula dengan kain kering. Jgn biarkan dia kering sendiri
jangan letak kat tempat lembap.
Bekas ni pun ada dua bentuk. Satu bertapak segi empat dan satu bertapak bulat. Teka mana satu pilihan hani
#4 bekas kedap udara
Hani guna bekas ni utk simpan pes2 yang hani buat setiap hujung minggu. Bekas kedap udara ni buatkan pes lebih tahan lama. Hani guna utk pes bawang putih dan bawang putih + halia utk pes ni bertahan dua tiga minggu.
#5 rak pengetus pinggan
Hani simpan pinggan utk tetamu dalam ni supaya bila tetamu datang hani angkut dengan rak ni sekali g basuh dan susun semula kat dalam rak ni
Pilihan rak pengetus pinggan kat eco
#6 rak kecil
Rak kecil ni hani rasa sempurna utk tambah ruang penstoran kat sesuatu ruang. Macam hani letak kat atas sinki ni utk hani letakkan botol sabun dan aksesori sinki. Bahagian bawah hani letak bekas bekal makanan yg hani letak sabun dan span basuh pinggan.
#7 jaring besi, s hook dan command hook
Hani gunakan utk sangkut penapis2 hani.
#8 magazine holder
Hani gunakan utk simpan aluminium foil, cling wrap dan ziplock hani. Hani tampal kat pintu tuk maksimumkan penggunaan ruang kat dapur hani. Magazine holder ni hani beli kat ikea tp baru2 ni hani nampak kat eco pun dah jual.
#9 pants hanger
Hani gunakan pants hanger utk sangkut plastik sampah yang jenis gulung. Supaya senang nak ambil. Dan juga utk jemur kain lap yang lembap.
# bakul magazine holder
Untuk hani susun botol2 kegunaan pembersihan dan pencucian.
Bagi peminat kucing, memelihara kucing ibarat satu terapi diri. Membelai dan mengusap kucing boleh jadi perkara yang cukup menyenangkan.
Sebab itu haiwan ini sering dilayan bagaikan anak sendiri. Namun, perkara yang sering menjadi masalah buat pemilik kucing apabila kucing mulai kencing merata.
SItuasi ini selalu berlaku apabila kucing telah mencapai umur yang sesuai untuk mengawan sekitar umur 5 hingga 12 bulan.
Kecenderungan kucing pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali untuk kencing atau berak pada tempat yang tidak sepatutnya pasti merungsingkan pemilik haiwan kesayangan ramai ini.
Selain najis yang perlu dibersihkan, masalah ini menimbulkan bau kurang enak pada ruang kediaman. Agak sukar untuk menghilangkan bau hancing kencing kucing ini apatah lagi jika ia terkena pada sofa, permaindani, tilam mahupun dinding rumah.
Di sini kami kongsikan beberapa cara untuk menghalang kucing kencing bersepah.
1. Serai
Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi dan semburkan di kawasan kucing sering kencing di dalam rumah. Boleh juga diletakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
2. Guna Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur di tempat kucing sering kencing.
3. Belerang
Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing merata.
4. Cuka
Jika anda kucing baru saja kencing di satu tempat, segera bersihkannya.Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering.
Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
5. Toilet Traning
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing seperti ‘Litter box’ dan latih haiwan ini untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan cepat.
6. Kasi Kucing
Kasi atau pemandulan kucing boleh dilakukan seawal kucinng berumur 6 bulan. 90 peratus kucing yang dikasi akan berhenti kencing merata jika ia dilakukan lebih awal.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak lelaki sememangnya perlu paling rapat dengan ibunya. Malah keakraban ini bagi membentuk peribadi anak lelaki itu sendiri.
Paling penting anak lelaki penuh dengan sifat penyayang dan tahu menghargai wanita di sekelilingnya.
Dengarkan perkongsian dan tip dari Dr Redza Zainol akan hubungan yang perlu dibina ini.
1. Beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil. Bila ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ibu itu sebenarnya sedang membantu anak membentuk persepsi dirinya atau “self image” yang baik.
2. Anak yang ada persepsi baik tentang dirinya, dia lebih yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri.
3. Tunjukkan yang kalian bangga dengan setiap ciptaan atau hasil kerja dia.
4. Raikan bila mereka bantu ibu di dapur. Anak lelaki perlu lihat ayah dan ibunya sama-sama bekerja di dapur.
5. Kerapkan puji rupa paras anak lelaki.
6. Bertahun-tahun rapat dengan ibu, anak lelaki belajar tentang kasih saying dan kelembutan Ketika bergaul dengan mereka dari jantina berbeza.
7. Anak lelaki perlukan sedikit bantuan untuk menguruskan kerja sekolah atau kerja di rumah.
-Mereka perlu belajar, kerja yang banyak boleh dibuat mengikut peringkat sehingga selesai.
8. Mereka akan belajar cara mengurus masa dan menetapkan priority dari ibunya.
-Bantu anak lelaki untuk tetapkan matlamat jangka masa pendek atau Panjang yang realistic.
9. Bantu anak lelaki untuk jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.
-Lebih peka dengan keadaan emosi orang di sekeliling atau perubahan di sekitar rumah.
-Barulah mudah untuk melatih anak lelaki menjadi lebih empati dengan ahli keluarga lain.
10. Teruskan usaha untuk memahami anak lelaki. Dalam kekurangan yang anak lelaki ada, carilah kebaikan dan kelebihan dirinya. Pasti ada?
Kunci pada keyakinan diri anak lelaki yang sedang membesar terletak pada ibunya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cendawan beracun dipercayai menjadi punca sepasang suami isteri dikejarkan ke hospital selepas termakan cendawan liar yang disangka selamat. Ketahui kronologi kejadian dan langkah pencegahan.