Sejak perintah PKP dilaksanakan ramai antara kita yang tidak bekerja. Sehingga ada yang melahirkan rasa bosan duduk di rumah. Namun sebaliknya barisan hadapan yang tidak tentu masa bekerja mengendalikan kes jangkitan virus bahaya ini.

Malah ada antara mereka yang tidak cukup tidur. Bila pulang ke rumah pula terpaksa menempuh kawalan pemeriksaan polis. Sedangkan masa amat berharga buat mereka untuk bertugas keesokkannya.

Begitu yang situasi yang dikongsi oleh doktor ini, menerusi FBnya ketika pemeriksaan anggota keselamatan. Beliau berharap diberi kelonggaran untuk melalui laluan fastlane bagi barisan hadapan.

MANA HAK FASTLANE BAGI FRONTLINERS??

‘Dua Hari Tak Tidur, Anak Demam Dan Roadblock’.  Netizen Terkesan Kisah Frontliners Ini.

Baru harini sempat menulis. Semalam saya memang tak larat.

IKLAN

Kerja selama 36 jam sejak 8pagi ahad sehingga 5 petang isnin memang rutin kami seorang doktor oncall.

Dapat tidur 1-2 jam itu pon dah bersyukur sangat. Ada la tenaga utk bekerja siang hari.
.
Risiko utk dapat covid-19? Memang berisiko. Ada beberapa pesakit mempunyai gejala paru-paru masuk ke wad yg saya jaga. Memang kena pakai full PPE. Lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena. Lebih baik overdiagnosed dari misdiagnosed.

‘Dua Hari Tak Tidur, Anak Demam Dan Roadblock’.  Netizen Terkesan Kisah Frontliners Ini.
.
Sebelum balik, macam biasa, saya ambil stok susu EBM dari freezer masuk dalam beg, tak sabar nak jumpa baby Alim yg berumur 4 bulan. Dapat call dari ibu mertua pulak, Anas Malik yg berumur 2 tahun masih demam, tak selera makan dan ulcer di mulut.
.
Segera saya berharap dapat sampai ke rumah awal. Perjalanan dari HKL ke Shah Alam sahaja sudah memakan masa 45 minit.
.
Sebelum ini saya masih boleh bertahan dengan roadblock yang dibuat sejak PKP dan tempoh masa menunggu pon tidak terlalu lama. Semalam selesai kerja, macam biasa saya akan lalu roadblock. Mata bersinar-sinar melihat ada fastlane yg disediakan pihak polis. Disebabkan baru dapat sticker pelepasan utk lalu fastlane bagi petugas kesihatan dari pengarah HKL jumaat lepas, hari ini saya beranikan diri lalu fastlane.

TAK TAHU ADA PERATURAN BARU

IKLAN

‘Dua Hari Tak Tidur, Anak Demam Dan Roadblock’.  Netizen Terkesan Kisah Frontliners Ini. ‘Dua Hari Tak Tidur, Anak Demam Dan Roadblock’.  Netizen Terkesan Kisah Frontliners Ini.
.

Saya menghargai sangat tugas pihak polis dan tentera.


Saya tak tahu kalau mereka ada peraturan baru. Petugas kesihatan tidak dibenarkan lalu fastlane kecuali kereta yg berdaftar/ ambulans. merayu saya pada pihak polis sebab saya oncall, tak cukup tidur dan dah 2 hari tak balik rumah.

.
Saya dah penat sangat. Malam ni belum tentu saya boleh tidur kerana menjaga 2 orang anak yg masih kecil.

IKLAN

Esok saya perlukan tenaga untuk bekerja semula menjaga satu ward medical seorang diri tanpa houseman.

‘Dua Hari Tak Tidur, Anak Demam Dan Roadblock’.  Netizen Terkesan Kisah Frontliners Ini.Wad medical di HKL semakin bertambah. Institut paedetrik dah jadi wad medical. Wad bersalin yg lama dah jadi wad medical. Pesakit covid semakin bertambah. Semakin ramai staf dan doktor dikuarantin. Seorang houseman baru dikatakan positif covid.

Tolonglah fahami kami.
Kamikan barisan hadapan. Hanya Allah sahaja tahu kepenatan kami. Ada diantara frontliners yg dah burn out. Ada yg stress kena kuarantin tak dapat jumpa anak.
.
Saya mohon jangan stresskan mental kami dengan roadblock yg tak sepatutnya kami tempuh. Kami keluar rumah bukan saja- saja. Tapi, kami selamatkan nyawa.
.
Harap pihak polis dan tentera buka laluan fastlane utk kami semula. Saya harap sangat.

Suara kecil yang tak didengari
.
Sumber: Dr Ayu

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI