Jika dilihat di sosial media sekarang, ramai di kalangan kita berkongsi keberangkatan mereka atau ahli keluarga ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Tidak terkecuali, ibu bapa pelakon dan penyanyi Alif Satar turut menerima jemputan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
Dalam pada Alif berkongsi tentang keberangkatan ibu ayahnya itu, dia juga mendedahkan sebelum ini dia pernah dua tahun berturut-turut menerima jemputan menunaikan ibadah Haji.
Namun panggilan itu terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.
“Nak ringkaskan cerita, 2 tahun berturut-turut sebelum ni, Alif dapat jemputan menunaikan Haji tapi dua-dua kali juga Alif tak dapat pergi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.
Ads
“Rasa sedih dia, susah alif nak bagi gambaran,” ceritanya di satu perkongsian di Instagram miliknya.
Ads
Pun begitu dia sudah pun reda malah gembira kerana doanya dimakbulkan apabila ibu bapanya dapat menjejaki tanah suci Makkah itu untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tahun ini.
“Rupa-rupanya, Alif teringat. pernah dulu waktu umrah, Alif doa di bawah pancur emas Kaabah, “Ya Allah. please make my next trip here to Your home will be during the hajj season, but before that please let my parents perform theirs first.
Ads
“Allah sesungguhnya Maha Mendengar segala permintaan hambaNya dan aturan Dia pasti yang terbaik. So today, is the day Allah granted another one of my doa yet again, Alhamdulillah… Allahuakhbar,” ucapnya.
Alif turut mendoakan agar kedua ibu bapanya supaya dipermudah urusan menunaikan Haji serta perjalanan mereka selamat pergi dan pulang.
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je.
Alhamdulillah pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah
Allah bagi rezeki kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes Public Mutual saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
Kredit : Mohd Yazid Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Video lawak RM100 yang tular dan menjadi trend di Tik Tok kini turut memberi kesan kepada pasangan sebagai bahan gurauan suami isteri.
Pempengaruh, Bengah juga turut sama berkongsi kisah RM100 bila mana dia turut berdepan hal sama.
Bengah pada mulanya menyangkakan isterinya sekadar mahu bergurau ikut trend, namun rupanya telahannya salah sama sekali bila mana isteri kesayangannya meminta wang untuk membeli mainan buat putera kesayangan mereka.
Apa yang menarik perhatian pastinya sikap pemurah abang dan suami penyayang ini yang turut memberi lebih wang saku. Bukan RM100 tapi lebih. Memang terbaik.
“Ingatkan isteri nak buat lawak pinjam RM100 tu? Rupanya isteri Bengah nak shopping beli mainan anak. Takpe bagi lebih.
“Isteri Bengah ni, kalau dia nak apa-apa Bengah ajar jangan guna perkataan ‘PINJAM’ dekat suami. MINTAK JE!
“Kesian isteri ni, gaji tak tetap sebagai suri rumah sepenuh masa forever ever. Kalau tak dapat apa yang dia nak merajuk muka penuh macam bulan,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.
Malah ujar Bengah lagi, dia tidak mahu terlalu berkira dengan isteri kerana isteri kesayangannya itu terlalu banyak tanggungjawabnya menguruskan rumahtangga, anak dan adik kesayangannya.
“Bengah susah berkira dengan isteri. Tahu penat lelah isteri menjaga anak, sediakan makanan dan pakaian suami, urus mengemas rumah. Dan dia juga pandai main peranan jaga hati adik istimewa Bengah.
“Tak sempurna kalau tak bergaduh. Mesti la ada gaduh. Tapi bukan gaduh yang melarat. Gaduh penat dengan kerja seharian.
“Bengah pun ada cuba buat lawak PINJAM RM100 kat isteri. Memang dapat RM100 tu tapi kena bagi semula empat angka 😂 begitulah kehidupan suami ❤️ isteri,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, sikap suami, ayah dan abang yang penyayang ini pastinya dipuji ramai.
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sebak hingga mengalirkan airmata apabila berkongsi momen anak gadisnya, Dzakira Talita Zahra telah ‘melangkah ke alam dewasa’ sebelum mereka berbuka puasa.
Menerusi Instagramnya, Shuib berkongsi momen penuh makna buat dirinya itu. Bapa penyayang itu dilihat memeluk Talita begitu kemas malah mendoakan yang terbaik buat anaknya.
Seakan-akan ingin memberitahu arwah isterinya, Siti Sarah mengenai hal itu, Shuib kemudiannya mengalirkan airmata sambil merangkul erat Talita dipangkuannya.
“Cerita harini 21 March 2024, sebelum berbuka tadi, satu-satunya anak perempuan daddy dah masuk ke alam dewasa. Dah jadi anak dara.
“Hari ni akan kita kenang sampai bila-bila Talita.
“Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat,” ujarnya.
Tambah Shuib lagi momen itu membuatkan hati kecilnya begitu sayu dengan perjalanan anak gadisnya itu yang bakal melangkah ke alam remaja.
“Aku je ke bapak yang sedih bila anak perempuannya dah melangkah alam dewasa? Ke korang yang bapak-bapak pun sama akan nangis,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Shuib turut meninggalkan pelbagai komen dan meluahkan rasa sedih dan sebak melihat momen berharga itu.
Terdahulu, Dzakira Talita Zahra merupakan anak kedua Shuib bersama allahyarhamah Siti Sarah. Shuib dan arwah turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...