Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sebak hingga mengalirkan airmata apabila berkongsi momen anak gadisnya, Dzakira Talita Zahra telah ‘melangkah ke alam dewasa’ sebelum mereka berbuka puasa.
Menerusi Instagramnya, Shuib berkongsi momen penuh makna buat dirinya itu. Bapa penyayang itu dilihat memeluk Talita begitu kemas malah mendoakan yang terbaik buat anaknya.
Seakan-akan ingin memberitahu arwah isterinya, Siti Sarah mengenai hal itu, Shuib kemudiannya mengalirkan airmata sambil merangkul erat Talita dipangkuannya.
“Cerita harini 21 March 2024, sebelum berbuka tadi, satu-satunya anak perempuan daddy dah masuk ke alam dewasa. Dah jadi anak dara.
Ads
“Hari ni akan kita kenang sampai bila-bila Talita.
“Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat,” ujarnya.
Tambah Shuib lagi momen itu membuatkan hati kecilnya begitu sayu dengan perjalanan anak gadisnya itu yang bakal melangkah ke alam remaja.
Ads
“Aku je ke bapak yang sedih bila anak perempuannya dah melangkah alam dewasa? Ke korang yang bapak-bapak pun sama akan nangis,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Shuib turut meninggalkan pelbagai komen dan meluahkan rasa sedih dan sebak melihat momen berharga itu.
Terdahulu, Dzakira Talita Zahra merupakan anak kedua Shuib bersama allahyarhamah Siti Sarah. Shuib dan arwah turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.
Bagi ibu bekerjaya, waktu mengemas rumah sememangnya cukup terhad. Jika tidak diselesaikan pada malam hari, iaitu selepas anak-anak tidur, waktu hujung minggu adalah waktu yang sesuai untuk mengemas rumah.
Pun begitu jika mengemas rumah secara besar-besaran ketika hujung minggu, mak-mak boleh jadi kepenatan kerana melakukan kerja-kerja sepanjang hari. Sebenarnya ada banyak cara bagi memudahkan kita untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan efisyen.
Tulisan ibu ini di blog peribadinya, fydanoh.com boleh kita jadikan tip untuk mengemas lebih pantas dan efisyen, sesuai dengan kesibukan ibu bekerja. Jom ikut caranya.
Tips kemas rumah
Ibu-ibu memang superwoman dan kuat, tapi apa kata kita jimatkan tenaga pada hujung minggu?
1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan
jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah
hari Selasa dan Jumaat.
Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh
pakaian setiap hari.
Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.
2. Cara mudah uruskan kain baju
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.
Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat
terus sangkut dalam almari.
Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka
tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.
3. Pandai mengambil peluang
Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai. Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?
4. Membuat kerja ikut arah jam
Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.
5. Bermula dari atas ke bawah
Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.
Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah. Ibu sibuk dan kerjaya, buat kerja mengikut jadual dan berdisiplin, tak perlu lagi jadi sotong.
6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam
Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari atau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahulu sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.
Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.
Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang
cepat sahaja buat kerja.
7. Gunakan bantuan mesin
Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.
Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan
kerja.
Siapa yang tak kenal dengan Angkasawan Negara, Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Setiap kali berkongsi cerita di laman Instagramnya, pasti mendapat reaksi wargamaya.Selain berkongsi tip kekeluargaan, keluarga besar ini juga meriah dengan telatah anak-anaknya. Setiap seorang mempunyai karakter dan perangai tersendiri.
Begitupun ramai kagum dengan sikap sabar dan prihatin suami kesayangan Datin Dr Halina ini tatkala melayani keenam- enam anaknya dengan penuh kasih sayang.
Namun, semua tahu disebalik sikapnya yang penyayang, Sheikh Muszaphar juga seorang ayah yang cukup tegas terutama dalam soal pendidikan. tiada kompromi bab ini sebab itulah anak-anaknya boleh berjaya.
Apa Yang diingini kena mendapatkan persetujuan Sheikh Muszaphar termasuklah soal gajet.Dalam satu perkongsian baru-baru ini, Sheikh Muszaphar memuatnaik perbualan bersama anak keduanya, Sophea Natasha.
Dalam Perbualan tersebut, Tasha meminta izin untuk memiliki handphone sendiri. Bagi menguatkan permintaan tersebut, dia turut menulis 10 sebab mengapa permintaannya ini perlu dipenuhi.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Tasha menjawab ke semua soalan daripada daddynya ini.
Penuh yakin jawapan yang diberikan. Sehinggakan Ada yang berseloroh seolah-olah Tasha sedang menjalani sesi temuduga pula.
Dalam pada itu Sheikh Muszaphar meminta komen orang ramai samada perlu atau tidak permintaan Tasha ini dipenuhi. Rata-rata bersetuju dengan permintaan Tasha tersebut.
Jodoh, zuriat, ajal, maut semuanya di tangan Allah. Siapalah kita sebagai umatnya untuk pertikai segala ketentuanNya. Isu jodoh atau zuriat ni sebenarnya isu yang paling sensitif untuk seseorang individu, lebih-lebih lagi bagi yang dah cukup berusaha, tapi sudah tertulis jika masih belum punyai rezeki tersebut, maka tiada lagi rezekinya..
Tetapi bila asyik diasak dengan soalan tentang begitu, orang yang tenang pun takkan mampu bersabar seperti yang dilalui oleh pelakon, pengacara dan usahawan Zulin Aziz apabila sering ditanyakan tentang zuriat.
Menerusi perkongsian video di TikTok @ciknajihah yang telah tangkap layar live Zulin kelihatan Zulin berang apabila netizen terus-menerus bertanya soal cahaya mata.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, Zulin, 33, yang belum cukup setahun lagi usia perkahwinannya mendedahkan dirinya baru sahaja mengalami keguguran bulan lalu.
“Saya baru lepas gugur, orang tanya bila nak ada anak. Sabarlah, saya baru saja gugur (keguguran) bulan lepas. Boleh faham tak isi hati orang yang tengah tunggu baby ini.” katanya.
Justeru, usahawan terkenal ini berharap agar semua orang lebih peka sebelum melontarkan soalan.
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, elak tanya soalan berbaur sensitif. Kau tidak ada common sense (peka) kalau tanya soalan.
“Macam dulu, waktu saya single (solo), orang tanya bila nak kahwin, kalau aku kahwin dengan suami kau baru tahu.” tambahnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rupanya ramai yang berhadapan dengan situasi yang dilalui oleh Zulin ini dengan berkongsi cerita masing-masing. Oleh itu, kurangkanlah bertanya soalan yang sensitif sebegini supaya tiada hati yang terluka.
Terdahulu, Zulin sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.