Sekian lama menanti, akhirnya pelakon yang cukup dikenali dengan lakonan bersahajanya, Sharifah Amani mengumumkan kini hamil anak pertama.
Menerusi Instaramnya, bakal ibu ini memuat naik momen sewaktu memberitahu keluarga dan kenalan tentang perkhabaran gembira itu.
Amani yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris Amir, 38 tampak cukup bahagia malah sentiasa tersenyum riang sepanjang melihat keputusan kit ujian kehamilan bersama suami.
“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen.
Ads
Momen bahagia itu turut sama diraikan Amani dan suami bersama kaum keluarga mereka dan sahabat terdekat.
Dapat dilihat reaksi keluarga dan rakan-rakan kepada pelakon berusia 37 tahun itu cukup teruja serta gembira dengan perkongsiannya tentang kandungannya sewaktu diberitahu.
Rakan-rakan selebriti juga tidak kurang dilihat meninggalkan ucapan tahniah atas perkhabaran gembira itu malah mendoakan yang terbaik buatnya.
Ads
Terdahulu, Amani dan suaminya, Ahmed Faris mendirikan rumahtangga pada 9 September 2022.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Perkongsian daripada Encik Noorhashim apabila berkongsi foto gelagat pelajar remaja yang sedang mendukung adiknya yang bersekolah rendah, memang mampu menarik perhatian dan sekali gus menyentuh hati buat yang memandang.
Nyata, kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang kepada adiknya itu wajar dipuji dan sebolehnya kita juga mengharap dan mendoakan anak-anak kita turut bertindak seperti anak remaja ini.
Secara jujurnya, saya sebagai seorang ibu atau ayah ternampak situasi seorang abang mendukung adiknya dalam keadaan panas terik. Wow!! Kagum dan sebak.
Saya perhatikan perlahan-lahan dia menuruni kawasan berbukit sambil mengendong adiknya dengan kawan-kawan perlahan-lahan menuju ke kawasan rumahnya.
Allahuakbar, anda seorg abang yang hebat. Semoga berkekalan ya adik menjaga serta melindungi ahli keluargamu ya.
Kepada ibu dan ayah serta keluarga adik ini, alhamdulillah didikan dan terapan kasih sayang di kalangan family masih utuh dan kuat. Tahniah atas didikan anda di dalam era yang penuh cabaran ini.
Sumber : Noorhashim Mohamad via KVV
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tarikh 1 Januari yang lalu menjadi detik paling bahagia buat mereka apabila diijabkabulkan. Namun kegembiraan itu tidak lama, mereka hanya sempat bergelar suami isteri selama 18 hari sahaja.
Walaupun sudah tiga bulan masa berlalu, bukan mudah bagi seorang wanita untuk menerima takdir selepas suami tersayang meninggal dunia berikutan terlibat dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Alor Gajah, Melaka.
Dalam perkongsian terbaru, wanita tabah ini berkongsi situasi di mana dia perlu mengambil kad nikah tanpa ditemani oleh suami tersayang.
“Tiba-tiba mama kejut “Ebby siap-siap jom kita ambik kad nikah.”
Apa yang lebih memilukan apabila melihat riak wajah ibunya yang gagal menahan sebak selepas mengambil kad berkenaan.
Masa ini tangan getar, sedih sangat hati ini. Ambil kad nikah tanpa suami yang hanya bertemankan ibunya. Tapi aku tak turun, mama yang ambil.
Sayu hati tengok mama cuba kuat terima kenyataan anak yang baru dia tengok bahagia sekarang tak ada.
Lebih memilukan, pegawai yang berkhidmat sempat bertanyakan mengapa pengantin sendiri yang tidak mengambil kad tersebut namun ibunya hanya mendiamkan diri.
Ebby orang tu tanya mama. Mana pengantin kenapa mak yang ambil. Mama punya la tak nak diorang tanya. Tak kuat mama nak jawab.
“Ya Allah peritnya kenyataan. Aku harus berpura-pura kuat depan mama. Sakitnya ujianMu kali ini Tuhan. Kenyataan yang tak mampu aku gambar bagaimana. Sakitnya untuk pujuk hati terima.
Akuinya, bukan mudah bagi dirinya untuk menerima apa yang telah berlaku dan terpaksa kuat demi ibunya.
“Hye, i datang ni, hari ni i dengan mama pergi ambik kad kahwin kita sayang. Benda ni la yang u tunggu-tunggu untuk ambik start dari kita kahwin kan.
“Hye suamiku, Ini bukti cinta u pada I. U halalkan I sebelum U pergi. Tengok inai dekat kuku I pun masih tersisa. I isteri U sayang, I’m your wife! Tunggu I kat syurga.
“Tunggu I kat sana oky suamiku, takpe sayang, walau dekat dunia kita tak lama. InsyaAllah Allah akan izin kita bersatu dekat sana nanti! I reda isteri u kuat babe! I cuma rindu
Perkongsian video yang dimuatnaik itu meraih hampir 1.1 juta tontonan. Rata-rata berkongsi rasa sedih dan menitipkan doa serta kata-kata semangat supaya terus cekal.
Ibu bapa mana yang mahu anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.
Dalam mendidik dan mengajar mereka, kena ada caranya. Sabar adalah sangat penting terutama jika anda mempunyai anak-anak yang agak lemah dalam bab pembelajaran.
Kerana itu ada antara sesetengah ibu bapa yang jenis hilang sabar akan menganggap hukuman atau denda adalah jalan penyelesaian bagi membentuk anak-anak.
Apatah lagi jika mendapat anak yang lambat ‘pick up’ , berulang kali benda yang sama masih tidak memahami.
Walhal, dengan mengambil jalan mudah begini, anak-anak lagi memberontak dan hubungan itu akan menjadi semakin jauh.
Ikuti perkongsian guru ini Mohd Fadli Salleh kepada ibu bapa cara betul mengajar anak-anak dirumah tanpa perlu marah atau menghukum mereka.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu,memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Begitulah.
#MFS – Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di