Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Kesukaran hidup bukan sahaja merangkumi masalah bekalan makanan tetapi juga kediaman. Begitu yang dialami oleh sebuah keluarga yang tidak menyangkan keputusan untuk kibarkan bendera putih bagi memohon bantuan membuat tandas di rumah mendapat perhatian ramai. Bayangkan rumah tanpa tandas bagaikan tidak lengkap kediaman itu.
Melahirkan rasa syukur dengan grup Tukang Apa Hari Ini, perkongsian dari facebooknya, NomelAiman BabyRina membuatkan warganet yang menyokong usaha beliau. Malah ada yang mendoakan agar kehidupannya lebih baik. Dalam pada itu kelihatan di ruangan komen ada yang turut ingin menyumbang bahan binaan.
Nyata, mesej alat bantuan ‘bendera putih’ ini memang menjadi! Ramai yang selama ini mengalami pelbagai kesempitan hidup telah dibantu menerusi kempen ini.
Seterusnya ikuti perkongsian keluarga ini.
Kibar bendera mohon bantuan tandas
Dugaan saya hadapi sebenarnya dah lebih hampir 2 tahun..derita saya tiada toilet bila sakit perut Allah je yang tahu…nasib Petronas dengan rumah tak jauh jadi itulah tempat saya pergi kalau sakit perut tengah malam kadang subuh sakit perut menahan sampai ke pg.
Selama nie saya hanya rahsia dan bertahan kan hati pendam terus pendam…konon nak baiki sendiri bila suami dapat kerja tetap setelah setahun kehilangan keje akibat pkp 2020 terdahulu….dan skrg masih lg cuti kerana pkp…jadi segala2nya musnah rancangan untuk usaha baiki sendiri…
Saya pulak kemurungan mental saya tak kuat baru2 nie,,tekanan tak siapa tahu emosi dengan tak stabil macam2 lah dalam otak saya semua…saya kuatkan diri sebab ada anak yang masih kecil…ntah lah mungkin Allah gerakkan hati saya bila nampak bendera putih diangkat saya nekad untuk angkat atas permasalahan ni
Ada jugak pertikaikan bukan tanggungjawab kami sebab ni tuan rumah kena tanggung tp tuan rumah kami dah uzur kami tak sampai hati memaksa…hanya bincang dan dia setuju untuk tolak sewa bulanan kami..dia pun hakikatnya harapkan duit sewa untuk kegunaan dia…jadi kami tak sampai hati nak desak dia baiki toilet ni sebab tahu tak kan berlaku dia warga mas memang tenaga semua dah tak ada…suami yang hantar duit sewa rumah ke rumah dia skrg…jadi tahu lah macam mana tenaga dan keadaan orang….
Gambar sebelum saya amik keputusan angkat bendera putih…2 tahun lalui keadaan nie…hanya digunakan untuk mandi buang air kecil dan basuh baju…
Tak sangka ada hulur bantuan
Lepas saya angkat bendera putih niat dgn Allah untuk selesaikan segalanya masalah yg saya hadap bertahun nie… alhamdulillah Allah hadirkan pertolongan demi pertolongan buat kami suami isteri..Allah hadirkan hamba2 Allah bantu kami dari segi sumbangan ikhlas dan alhamdulillah saya dapat beli barang2 macam gelung batu blok ringan simen dan lain2 lagi yang berkaitan untuk toilet….
Syukur tidak terhingga kepada Allah segalanya…
Alhamdulillah upah orang tukang pun saya dapat harga langsam,,setelah dari 3 orang yang kami cari orang tukang akhirnya saya milih keputusan amik abah saya sendiri dan sahabat dia yang tukang harga pun mereka lebih kurang je dengan kami orang lain yang saya tanya sorang je upah mintak dah rm1500 Abes kalau 2 orang dah berapa kan…jadi abah saya ni langsam dengan kawan dia dapat lah rm1000 harga upah…
Mohon kebenaran dari balai polis
Keadaan masa nie sehari saya amik keputusan angkat bendera putih mohon pertolongan orang ramai… syukur izin Allah,,Allah hadirkan pertolongan buat kami dengan bantuan dari orang ramai….
Sebelum semua bermula suami saya pun terus pergi balai mintak kebenaran untuk tukang alhamdulillah semua dipermudahkan dan memang kami patuh sop yang bertukang pun 2 orang campur saya dan suami je dalam rumah tmasuk anak sy 2 orang yg masih lg kecik…
Memang saya terlalu bersyukur lah sgt2 berkat usaha saya nekad tak fikir malu dah waktu tu sebab memang sgt perlukan pertolongan akhirnya disini ketika angkat bendera putih Allah tentukan jalan penyelesaian masalah kami hadapi….ada jugak yang kata tak penting toilet nak mintak tolong…tp pada saya ini lah keperluan saya yg sgt penting hakikatnya…
Terima kasih yang mendoakan
Alhamdulillah kuasa Allah tiada tandingan…izinnya kami dapat baiki toilet kami dan tamatkan derita tekanan saya selama nie dari masalah toilet kami…mohon doakan ianya berjalan dengan lancar sampai siap ya sahabat semua…saya berterima kasih banyak2 pada mereka yang tolong saya… perkembangan semua saya ada up di FB saya sebagai menjalankan amanah orang yang dah bantu kami..kami kongsi perkembangan… syukur alhamdulillah segalanya….
Buat semua yang baca cerita saya…saya doakan semoga Allah murahkan rezeki semua dunia n akhirat dan semoga dalam lindungan Allah selalu in Shaa Allah Aamiin…..
Saya mintak jasa baik semua sahabat geng2 dalam groups T.A.H.I doakan saya ya moga rezeki saya cukup untuk semuanya urusan yang nak dibaiki…doakan jua buat semua hamba Allah yang bantu kami tak kira dimana jua moga mereka semua digantikan dengan rezeki melimpah ruah dunia n akhirat serta mendapat rahmat dari Allah yang esa…..saya tak dapat balas jasa mereka tp hanya dengan cara nie saya mampu balas dengan mohon doakan mereka,,mungkin dalam doa ramai2 Allah angkat semua doa,, untuk kesemuanya Aamiin ya Rabbal Alamin terima kasih banyak2 semuanya.
Bagi yang suka menanam sayur-sayuran di tepi rumah, hanya mereka sahaja yang tahu betapa seronok dan puasnya jika tanaman yang ditanam hidup subur dan berbuah lebat.
Namun buat anda yang pertama kali ingin mencuba menanam bendi, bolehlah ikut cara yabg ditunjukkan ini dan nikmati hasil tanaman yang memuaskan hati.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polybag
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6nin 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Ekstra info
Kalau nak rendah dan buah lebat pangkas pucuknya. Yang gambar atas ni benih dari kedai eco rm2.10.
Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.
Kena buat kawalan serangga dan perosak seminggu sekali untuk buah bendi yang elok seperti ini.
Tidak dinafikan pemakanan yang diambil setiap hari sememangnya memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kolesterol seseorang.
Oleh itu alangkah baiknya jika pengambilan makanan sihat diambil setiap waktu. Pun begitu nafsu makan kita agak sukar juga untuk dikawal.
Jadi penting juga kiranya andai ada makanan atau minuman kesihatan yang diamalkan untuk mengawal kadar kolestrol dalam darah kita.
Umpamanya amalkan minum jus 3 bahan yang dikongsikan oleh Salini Abu ini. Difahamkan jus tersebut boleh memberi keseimbangan tahap kolesterol jika diamalkan setiap hari.
Sekali gus, bagus sebenarnya untuk mereka yang sedia maklum mempunyai kolestrol yang tinggi. Amalkan ia sebagai langkah atau usaha untuk mencegah daripada terkena serangan jantung atau angin ahmar, gara-gara kadar kolestrol yang tinggi dalam badan.
Jadi buat anda yang ingin mencubanya, di sini turut dikonsikan resipi untuk menyediakannya.
Jus Kesihatan Untuk Turunkan Kolestrol
Siap 7 botol untuk jiran dan kawan-kawan yang nak try. Jus 3 benda, hari itu pergi rumah kawan saya, dia beri jus 3 benda ni. Bagus untuk kesihatan katanya turunkan kolestrol.
Kawan saya bagi jus ni untuk rasa dan petua cara nak buat jus 3 benda ni… suami balik try minum.. dia kata sedap.. campur dengan madu.
Jadi saya share lah mana tau ada orang suka minum macam ni.
Jus 3 Benda
Bahan-bahan:
1/2 kg halia
1/2 kg bawang putih
3 -4 biji lemon
Cara Buat :
1.Kupas semua kulit, kemudian blender. Saya tak ada juice blender, pakai blender biasa sahaja.
Cara amalkan :
Boleh minum pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur ~ 3 sudu campur dengan 1 sudu madu dan air suam.. memang rasa umph!
Meninjau di ruangan komen terbukti ramai yang telah amalkan minum jus ini untuk tujuan penjagaan kesihatan dan wargamaya juga turut berkongsi beberapa bahan lain yang juga boleh ditambah di dalam jus ini untuk memberi kesan terbaik untuk menurunkan kolestrol dalam badan dan memberi rasa yang lebih enak.
Tambah Cuka Epal dan Madu
Masak Guna Slow Cooker
Selain itu ada juga pengamal minuman jus ini berkongsi cara lain dalam penyediaan jus tersebut yang boleh dipraktikkan iaitu dengan menggunakan kaedah memasak menggunakan slow cooker. Ini seperti yang dikongsikan oleh Chenta Asyura.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga. Bagi yang bertuah mungkin awal kahwin sudah dikurniakan rezeki ini tapi tak kurang juga yang terpaksa menanti lama baru dapat.
Ada juga pasangan yang berkahwin bertahun-tahun namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.
Demikian juga dengan pelakon dan pelawak tanah air, Achey yang tidak pernah putus asa untuk memiliki zuriat senrdiri.
Terbaru, Achey memberitahu sterinya, Nor Hasanah Yahaya ingin menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) sebagai salah satu usaha untuk mereka menimang cahaya mata sendiri.
Bagaimanapun, kata Achey, hasrat tersebut masih belum lagi tertunai sejak mula dirancang pada penghujung tahun lalu.
“Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.
“Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ,” katanya kepada Gempak.
Menurut Achey, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Pada masa sama, katanya, dia tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi.
“Kalau ada dapat seorang anak angkat ‘sebat’ (ambil) sahajalah dulu.
“Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.
“Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...