Setiap kita punya nostalgia dan kenangan yang tersendiri untuk dikenang. Malah tidak dinafikan mengenang kembali momen atau peristiwa lalu boleh membuatkan kita rasa bahagia dan rindu kepada seseorang.

Begitulah yang berlaku pada seorang guru yang menjumpai duit syiling pemberian arwah ayahnya 51 tahun yang lalu. Menemui wang syiling RM1 itu cukup memberi makna kepadanya  dan sekali gus mengimbau kenangan lalu di zaman kanak-kanak.

 

Memetik berita lanjut di Harian Metro, turut difahamkan penemuan duit syiling berusia 51 tahun dan satu syiling berusia 38 tahun bernilai RM 1 itu terjadi apabila cikgu Ahmad Zaharudin Amin mengemas rumahnya di Bandar Behrang 2020.

“Duit Syiling RM1 Amat Bernilai…” – Lelaki Ni Jumpa Duit Pemberian Ayah Berusia 51 Tahun, Cukup Nostalgia!

Ahmad Zaharudin Amin, 52, berkata, syiling berusia 51 tahun berkenaan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1971 dan 1984.

Duit Pemberian Ayah 

Menurutnya, syiling terbabit adalah pemberian arwah ayah yang juga peneroka FELDA Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor ketika masih kanak-kanak lagi.

IKLAN

” Saya masih teringat ketika arwah ayah memberikan syiling berkenaan setiap kali menyambut hari lahir lalu saya menyimpan tetapi selepas itu saya tidak ingat di mana tempat saya menyimpan syiling terbabit.

” Baru-baru ini, semasa saya mengemas rumah dan terjumpa duit syiling berkenaan di dalam sebuah bekas masih lagi dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui, dekat sini.

“Duit Syiling RM1 Amat Bernilai…” – Lelaki Ni Jumpa Duit Pemberian Ayah Berusia 51 Tahun, Cukup Nostalgia!

Ahmad Zaharudin mengakui, dia percaya duit syiling terbabit mempunyai nilai kepada mereka yang suka mengumpul barang antik atau duit lama.

IKLAN

Katanya, duit syiling yang dijumpai itu mengamit kembali nostalgia ketika zaman kanak-kanak.

” Zaman dahulu duit syiling bernilai RM1 amat bernilai jika dibandingkan dengan zaman sekarang kerana dengan duit berkenaan macam-macam barang boleh dibeli,” katanya.

Menurutnya, duit syiling berkenaan memang unik dengan tulisan dan saiznya yang agak besar bagi memudahkan orang ketika itu berurusan ketika berjual beli.

IKLAN

Sumber : myMetro

ARTIKEL MENARIK : Simpan Bawang Elak Rosak, Lagi Terjamin Bila Buat Cara Ni. Mudah Sangat!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI