Membina atau mengkhususkan ruangan sebuah bilik di dalam rumah menjadi mini surau, itu adalah suatu idea yang cukup hebat untuk dilaksanakan. Apa tidaknya, banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh seisi keluarga sebenarnya.

Hakikatnya, bukan hanya untuk tujuan memberi keselesaan saat menunaikan amalan solat di rumah. Malah melalui perkongsian daripada seorang ayah yang mempunyai dua orang cahayamata ini , diharapkan dapat menjentik hati untuk orang lain mengetahui kenapa perlunya ada mini surau di rumah untuk sebuah keluarga.

Jom semak perkongsian menarik ini.


Kenapa perlu ada perlu mini surau kat rumah? 

IKLAN

1. Yang utama, tak nak gunakan toilet untuk tempat mengambil wuduk.
Asingkan, bilik air surau ini, gunakan hanya tempat ambil wuduk saja.
Bukan apa, tak nak anak anak kita yang tak ada alas kaki masuk ke toilet dan terpijak najis, dan menyebabkan kuman najis tu merebak satu rumah, hingga tempat kita bersolat.

2. Tempat ibadat kita satu keluarga. Kalau kita nak makan, anak anak kita akan ke dapur, nak tengok tv, samada kat ruang tamu atau bilik TV, tapi untuk beribadat, mesti ada tempat khusus untuk mengaji, dan bersolat. Kalau dapur kita boleh renovate mahal mahal, kenapa tidak boleh buat tempat beribadat?

3. Tempat untuk menghilangkan anak anak ketagihan media social samada ipad atau games. Letakkan buku buku, Lego yang menjana minda. Sebelum ni, saya bagi kebebasan untuk anak saya, Rayyan menonton youtube. Beliau sukakan video video sukan lasak dari barat. Kesan dari tersebut, bukan saja dia sendiri semakin lasak, dia terdedah dengan bahasa bahasa kotor dan siap menghafal satu persatu.

IKLAN

Ayah Ni Siap Adakan Mini Surau Dalam Rumah, Semua Tu Untuk Kebaikan Keluarganya!
4. Untuk bersantai satu keluarga. Kalau orang lain kata, bilik TV tempat merapatkan keluarga, bagi saya salah. Keluarga modern sekarang, satu rumah, ada 3-4 biji tv .

Ada satu case, kawan saya bercerita yang beliau berpisah dengan isteri dia..terkejut juga, dia tu, dah lah kaki masjid, baik pulak tu. Bercerai ketika umur masuk 40 tahun, dah ada anak anak pula tu.

IKLAN

Then, beliau start bercerita. Salah satu factors yang besar, beliau tak rapat dengan anak anak sangat. Selalu kena outstation, dan isteri beliau juga sibuk dengan career.
Memanglah beliau selalu ke masjid, tapi beliau tak pernah bersolat atau mengaji bersama anak anaknya. Infact, tak pernah pun mengajar, dan serahkan tanggungjawab itu pada sekolah.

Dan kalau balik kerja awal pon, malam malam suka “bermamak” dengan kawan kawan.
Dah jadi satu budaya dari muda, keluar malam malam. Masa mereka berpisah, semua anak anak ikut isterinya. Isteri beliau juga ada business, juga seorang yang independent.
Pesan beliau kat saya, hargai family yang ada.

sumber : Shaari Anuar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI