“Duit Tak Sama Dengan Nyawa.” Rindu Suapan Anak, Ibu Rider Arwah Muhaimin Luah Rasa Sebak
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandung selama 9 bulan telah pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.
Biarpun anak itu telah mendiirikan rumah tangga, kenangan indah bersama anak itu tetap menjadi momen manis untuk dikenang.
Sebak dengan luahan ibu kepada penghantar makanan, Muhaimin Said, 34 yang maut dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Jalan Haji Sirat, Meru, 3 September lalu.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RINDU SUAPAN ARWAH
“Hari Rabu, dia bawa mak cik ambil darah di Klinik Rantau Panjang dan hari Jumaat dapat tahu dia dah meninggal dunia, mana mak cik tak terperanjat.”
“”Dia anak kesayangan mak cik, segala urusan mak cik dia uruskan, kalau balik kerja bawa makanan dia suapkan mak cik.”
Ads
Begitulah luahan ibu kepada arwah Muhaimin Said, Zailan Soid, 72, yang ditemui pada pada sesi Penyerahan Faedah Perkeso di rumahnya di Jalan Haji Musran Rantau Panjang.Klang Selangor.
Menurut laporan Sinar Harian, Penyerahan faedah Perkeso disampaikan oleh Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed kepada balu Allahyarham Muhaimin, Nur Izwana Othman, 26.
Balu Allahyarhammenerima Faedah Orang Tanggungan berjumlah RM837 sebulan yang dibayar seumur hidup serta Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 untuk sekali bayar mengikut Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
DUIT TAK SAMA DENGAN NYAWA
Ads
Dengan linangan air mata, warga emas ini memuji anak bongsunya daripada enam adik beradik.
“Mak cik pakai lampin pakai buang setiap malam, anak-anak tak bagi ke tandas kerana bimbang jika jatuh. Kalau saya belum pakai, dia akan pakaikan.
“Kuku saya pun dia potongkan. Banyak kenangan dengan arwah, bila nampak baju kerja dia mak cik akan menangis.”
“Duit tak sama dengan nyawa tapi nak buat macam mana sudah ketentuan ALLAH SWT. Dia memang anak yang baik.”
Tinggal kenangan, arwah baru dua minggu bernikah. Isteri arwah Nur Izwana buat masa tinggal bersama ibu mertuanya sebelum memikirkan soal kerja bagi meneruskan kehidupan.
Sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tercinta. Lebih menyedihkan apabila terpisah akibat virus Covid-19 yang menyerang ibu.
Ibu yang selama ini menjadi tempat untuk bermanja kini bertarung nyawa. Bagi wanita ini, Mariana Martin menerusi facebooknya memohon warganet mendoakan kesihatan ibunya berpanjangan dan kembali sembuh setelah doktor melakukan prosedur intubate buat ibunya.
Selanjutnya ikuti perkongsian beliau yang meruntun jiwa.
Diizinkan Allah dan diizinkan oleh pihak hospital untuk menyambungkan kami dengan video call bersama emak awal subuh tadi sebelum prosedur mak di intubate dan ‘ditidurkan’ . Mak yang sudah 7 hari boleh bercakap, makan dan duduk tiba-tiba sahaja keadaan kesihatan paru-parunya merosot kembali. Awal Pagi ini mak kritikal. Bacaan oksigen mak terus drop, sempat mak mengadu pada kami dalam video call, “Dada sakit, tak boleh nafas. Rasa penat”. Dada mak sakit”. Mak cakap sambil cuba duduk. Mak susun ayat minta maaf pada abah, abah dan kami berjurai-jurai air mata. Hanya mampu sebut ‘Allahuakbar, Allahuakbar’. Suara seperti tersekat di kerongkong. Perit. Dalam mengah dan nafas yang pendek-pendek, mak sampaikan pesanan buat kami. “Pandai-pandai jaga diri, jaga anak betul-betul, jaga abah, jaga paksu (adik bongsuku), jaga solat, doakan mak, tahlil”. Mak berhenti. Sambil mak susun nafas mak gagahkan diri sambung lagi nasihatnya, “sampaikan salam pada semua kawan-kawan mak, takut tak sempat jumpa. Cakap mak minta maaf pada semua. Mak rebahkan diri, terbaring dan letak kepala di bantal. nampak doktor sibuk memasang wayar, doktor bius juga ada bersama. Hampir 5 orang doktor kerumun mak. Mak kumpul kekuatan, air matanya tidak menitik. Nampak merah dan bertakung. Muka mak tenang. Mak sambung lagi, “Jaga aurat, jaga solat, bangun tahajud. Jaga abah, jaga syukri. Mak sayang semua, mak maafkan semua”. Sambil tangan Mak buat flying kiss dan melambai kami penuh tenang. Hanya Allah yang tahu perasaan di waktu… Kalaulah dapat kami kucup wajah mak Kalaulah dapat ku cium tangan mak Kalaulah dapat kami mencium semua tulang 4 kerat mak yang membesarkan kami adik beradik alangkah bahagianya. Tapi, kami hanya mampu melihat mak semakin jauh, dalam tangisan dan air mata kerinduan. Doktor yang full dengan PPE semua kerumun mak dan mula menjalankan proses ‘tidurkan’ mak. Doktor2 angkat tangan dan melambai kepada kami adik beradik seolah2 memujuk kami untuk redha. Nurse yang memegang telefon, melambai seperti ahli keluarga menenangkan kami. Sampai tika itu, tiada lagi suara mak. Mak terbaring lesu. Tiada lagi suara. Aku terus kaku bisu. Semuanya terlalu cepat. Ya Allah, ampunkan dosa ibu kami, redhakan dia, rahmatilah dia. Amin amin. Kami menunggu penuh rindu… Mak cepat sihat, cepat buka mata. 😭😭😭 **Mohon sahabat semua hadiahkan bacaan alfatihah buat bonda kami. Kholijah Bt Ismail. *** Buat saudara mak, kawan-kawan mak dan yang mengenali mak, mak minta sampaikan salam dan mohon maaf pada semua. Mak kata takut tak sempat jumpa.
Setelah arahan PKP, ada segelintir rakyat Malaysia menghadapi krisis perbelanjaan isi rumah setelah tidak mempunyai pendapatan.
Menyedari krisis ini, kerajaan Malaysia menyediakan pakej rangsangan ekonomi kepada rakyat. Salah satunya penangguhan bayaran pinjaman bank atau moraturium selama enam bulan.
Hakikatnya penangguhan ini memberi aliran wang tunai kepada rakyat Malaysia jika berlaku kesempitan hidup.
Sebagaimana perkongsian oleh Hafizul Hakim yang membuat pengiraan yang bakal diperolehi setelah penangguhan pinjaman bank ini.
Kira berapa duit terkumpul disebabkan penangguhan bayaran pinjaman bank (#Moraturium):
Loan 🚗 RM1,000
Loan 🏠 RM1,500
Loan 📖 RM500
Contoh di atas, anda ada lebihan tunai sebanyak RM3,000 sebulan. Jadi untuk selama 6 bulan, jumlah terkumpul ialah RM18,000.
Pinjaman lain yang layak untuk moraturium adalah pinjaman peribadi, ASB Financing dan SME Loan.
Syarat: Tiada tunggakan bayaran pinjaman selama 3 bulan. Kalau tertunggak, sila jelaskan sekurangnya 1 bulan #sebelum 31hb March ini.
Dalam masyarakat kita boleh bahagi kepada tiga:
1. Yang cukup-cukup makan. Gunakan wang ini untuk tampung kehidupan seharian sepanjang tempoh berkurung.
2. Yang sedang-sedang. Bahagikan 60% simpan, 40% tampung belanja sewaktu perintah berkurung.
3. Yang mampu. Tak perlu pun duit lebihan ini sewaktu perintah berkurung.
Jadi, kalau wang ini tak dibelanjakan, jadikan sebagai dana kecemasan 3, 6 atau 12 bulan gaji. Anda boleh simpan di:
✅ ASB
✅ Tabung Haji – cukupkan RM1,300 dan terus buat daftar haji.
✅ Akaun Emas Public Gold
Jangan pula dibuat shopping beli benda yang tak perlu. Dalam keadaan krisis Coronavirus, kita tak tahu sampai bila akan berakhir.
Tujuan semua bayaran pinjaman ditangguh seperti kata Perdana Menteri kita:
Pelakon Ummi Nazeera memuat naik satu video sedang menjalani ujian saringan COVID-19 dari dalam kenderaan (drive thru). Ummi dalam masa sama turut mendedahkan keputusan yang diperoleh selepas melakukan saringan itu.
Menurut Ummi, dia mengambil inisiatif sendiri mengikut saranan kerajaan supaya menjalani ujian saringan covid- 19 bagi mereka yang baru pulang dari luar negara. Dia juga turut mengkuarantin selama 14 hari
Hasil sample yang diambil pada bahagian tekak dan hidung menunjukkan beliau negatif daripada virus berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah … The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni… Walaupun KKM suruh quarantine sahaja..
“Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni .. Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap !
Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah … dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan. Stay safe everyone !! #StayAtHome#HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yg bertanya .