Penjagaan kesihatan amat penting untuk kekal sihat. Namun gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan rutin harian. Ia termasuk masalah kesihatan sakit kepala yang dianggap ‘penyakit biasa-biasa aje’.
Namun jika dibiarkan tanpa nasihat doktor, rupanya ia akan menjejaskan kehidupan sehingga akhir hayat.
Sebak dengan luahan wanita ini yang disahkan menghidap sakit buah pinggang tahap 5 ekorang mengganggap sakit kepala hanya biasa-biasa aje tanpa rawatan susulan atas nasihat doktor.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat semua.
________________________________________
Bermula dengan SAKIT KEPALA YANG DIANGGAP MIGRAINE BIASA, sampai disahkan sakit buah pinggang tahap 5.
Sini aku jawab gais, ikutkan sakit buah pinggang ni datang tanpa kita sedar. Aku tak sakit apa2 pon. Elok je boleh berjoget, tapi siapa sangka. Jom baca, jangan suruh aku lukis. Ni aku kongsi pengalaman aku. Simptom2 yang terjadi pada aku adalah kerap kencing, selalu letih dan kadang2 jadi sesak nafas..
Ads
Korang nak tahu tak cmna cerita aku dpt tahu aku ada sakit buah pinggang ni? kot2 ada yg nk tahu, leh la aku kongsi2
1. korang biasa tak tengok status aku sebelum ni aku sllu cakap sakit kepala? ha tu la dia punca nya.. apa aku buat masa aku sakit kepala ? aku amik mc jela. pastu mkn pain killer. itu je rutin aku. tanpa buat check up apa2 dkt klinik tu. sbb ?? sbb aku anggap aku cuma migraine biasa wlupon tiap kali cek bp sentiasa bcaan tggi . tp aku xfollow up, sbb aku anggap aku cek bp ngam2 masa sakit kpla sbb tu bp sokmo tggi. Jelas tak yg no 1 ni?
2. Masa aku pegi klnik swasta 1 hari tu, dia cek bp aku mmg tggi sampai la dia sruh aku amik darah utk pemeriksaan lanjut utk kesan lain2 penyakit. sbb doc dh detect aku ni ada DARAH TINGGI. dia bg surat temujanji utk amik darah, tp masa tu kene bayau rm180. aku rs mcm ah mhl. malas la jadi daripada situ, aku pegi Lain2 klinik kalau aku sakit kepala nk dptkan mc dan ubat. So dkt no 2 ni, ko kene phm, jgn pegi Lain2 klinik, nk pegi tu biar klinik yg sama senang doc nk follow up. hurm syuk2.
3. sampai lah kat umah aku ni ada mcm2 jenis ubat tahan sakit yg dtg dr pelbagai klnik. so wktu aku sakit je aku just cari mc dkt klnik. ubat2 aku xbeli dh sebab aku dh ada byk stok ubat kt umah. so time sakit je aku telan je mana2 ubat asalkan aku hilang sakit kepala. bila dh kerap mkn ubat tahan sakit, silap nya aku kat sini aku kurang minum air masak. ada phm x geng? minum air masak tu, betapa penting nya air masak INak rezeki makin.
Ads
4. sampai la 1 hari ni bila dah hari2 sakit kepala, korang tahu tak apa jadi dekat aku? muka aku Lumpuh sebelah beb, kelakar kan? e muka cun tp senget apa benda doh. muka aku sblh kanan je yg berfungsi. sebelah kiri lg xberfungsi. nasib baik pakai mask. korang leh google nama penyakit ni “bells palsy” .
5. ok cmna aku boleh tahu aku kene bells palsy? ok ni, aku nak kunyah makanan xlepas, nak minum air pon bersembur balik air kuar dari mulut, nk kembangkan hidung sblh pon xlepas, nk tutup mata sebelah xboleh, nk muncung kan bibir pon dia naik sebelah je G nama pon Lumpuh sebelah, Langsung xberfungsi dh. tp aku cite kat sapa2 aku kene bells palsy ni, sbb malu kot muka senget tp bells palsy ni bkn Lumpuh selamanya, dia cuma sekejap je mcm aku kene dalam 2 minggu saja.tp ada org kene berbulan2. Nak rezeki makin.
6. bila muka dah lumpuh ni aku xpegi klinik pon. malas la benda leceh kot. & sampại la kene marah ngan member cakap sruh pegi klinik. aku pon pegi jugak la klnik swasta tu, cek punya cek dia cakap berlaku sbb aku ada darah tinggi. dia pon suggest aku pergi klinik kerajaan sbb katanya situ ada fisioterapi, almaklum ler muka Senget dh. so kene dapatkan rawatan dkt klinik kerajaan.
Ads
7. bila dh buat rawatan kt klnik kerajaan, dorang pon amik la test air kencing aku, cek gula, amik darah. tp result darah dpt seminggu lps daripada tu. Lmbt sikit la. dorang cek belaka lah sbb aku kne bells palsy ni. dkt situ saja doctr bg aku byk tarikh temujanji, sbb dia nk tgk bp aku dari msa ke smasa.
8. sampai la tarikh aku kene jmpa doc utk result darah, sume bacaan Alhamdulillah baik2 saja. tp part buah pinggang tu bacaan nya tggi doctr pon mcm risau benda ni 1 kesilapan. jd dorang xnak memandai2 dorang refer aku untuk rujuk pakar buah pinggang dekat Hospital Ampuan Tungku Afzan. so bermula dari Sini la aku tahu aku ada sakit buah pinggang, dan berharap result daripada klinik kerajaan tu ada Lah kesilapan.
Sumber: Adinda Syuhada
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila kita doa, tentu kita memohon kepada perkara kebaikkan untuk diri, pasangan dan anak-anak.
Malah, doa adalah senjata untuk kesejahteraan hidup dan memudahkan segala urusan.
Begitulah yang dijelaskan oleh ustaz Ebit Lew mengenai kabul doa seorang isteri dan anak.
Beliau menjelaskan bahawa betapa pentingnya doa seorang isteri termasuk anak.
Ikuti perkongsiannya.
Doa isteri.. Bidadari saya tanya? Kenapa abang setiap kali keluargasunnah bawa bidadari dan anak-anak kita semua sekali sebelum program tengah sibuk-sibuk disini. Kerana doa bidadari dan anak-anak penting. Allah kabulkan. Doa isteri dan anak-anak itu ajaib
DOA ISTERI DAN ANAK ITU KABUL
Bila seorang suami dan isteri serta anak-anak sama. Fikir,niat doa sama. Allah akan kabulkan. Semoga menjadi asbab hidayah untuk ribuan orang Ahad ini. Ramai orang pandang rendah doa isteri dan anak-anak. Ada yang suka marah-marah isteri dan anak-anak. Cuba kenang betulkan? Banyak perkara bila isteri kita terlibat doakan cepat dan berkat. Tapi jika tanpa sokongan mereka biasanya jadi susah.
Nabi saw berdakwah dengan isteri dan semua anaknya bersama. Islam tersebar seluruh alam. Semua manusia. Sehingga hari ini. Nabi Ibrahim as semua ahli keluarga dapat hidayah. Bila Nabi yang isteri tak bersama hidayah lambat tersebar sehingga anak sendiri tak dapat hidayah. Nabi Nuh as. Nabi luth as. Isteri tak ikut. Anak semua tak bersama.
.
Pohon doa semu yer keluargasunnah
www.transformjiwa.com
Datuk Afdlin Shauki dan isteri, Datin Marcella sambut ‘anniversary’ pertama,” Allah hantarmu dalam hidupku. Datuk Afdlin Shauki dan isteri, Datin Marcella menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
Datuk Afdlin Shauki & Isteri, Datin Marcella Sambut ‘Anniversary’ Pertama,”Allah Hantarmu Dalam Hidupku”
Namun yang menarik perhatian warga maya ialah ucapan romantis pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki itu kepada isterinya.
“Salam ulang tahun cinta. Syukur kepada ALLAH SWT kerana menghantarmu dalam hidupku.
“I am nothing without my family. Love you my love. Bismillah cinta,” tulis Afdlin di ruangan kapsyen serta foto perkahwinan.
Pasangan ini mempunyai jarak usia 25 tahun. Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan bertemu jodoh dengan Marcella yang merupakan bekas pekerjanya dan diijabkabulkan pada Ogos 2023.
Pasangan ini mengambil keputusan tidak terlalu menguar-uarkan mengenai perkahwinan mereka atas permintaan arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada April tahun lalu.
“Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Ketika itu, arwah minta kami cepat berkahwin. Kami akhirnya dapat tunaikan dan selepas itu, arwah meninggal dunia,” katanya.
Mungkin sebelum ini Afdlin mengambil pendekatan tidak terlalu berkongsi mengenai Marcella. Namun kehadiran Marcella mengubat duka lara sepanjang bergelar duda.
Untuk info, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga dengan Maria Christina Orow Abdullah pada 1997. Pasangan ini berpisah pada April tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu aktres Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Menanam semula lebihan sayur-sayuran yang dibeli di pasar, bolehlah dianggap satu cara yang mesra untuk beginner memulakan langkah bercucuk tanam di laman rumah. Cara ini juga nyata tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.
Puan Farizah memulakan tanaman sawi dengan hanya bermodalkan RM 1. Cukup menarik dan ini telah dikongsikan diakaun fbnya untuk manfaat bersama. Oleh itu, bolehlah dicuba untuk kita yang baru berjinak-jinak ingin bertanam sayur. Jom semak!
Mula mula memang saja nak cuba jer. Tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Ok beli seikat sawi di kedai RM 1, potong tapi yang bahagian bawah tu jangan tinggal. Terus tanam, tak perlu tanah yang luas pon. Siram setiap pagi dan petang.
Setelah beberapa minggu, keluar tunas baru. Teruskan siram dan belai belai manja. Pujuk dia supaya hidup.
Ini masa hati berbunga riang. Daun mula melebar. Bunga baru nak keluar.
Selepas beberapa minggu, pokok akan meninggi, dan keluarkan bunga. Inilah bunga sawi bewarna kuning. Teruskan siram pagi dan petang. Jangan skip.
Sampai satu tahap, pokok akan keluarkan biji sawi. Sekali pandang macam cili tapi dalam tu lah biji sawi.
Pilih biji sawi paling matang. Semai semula dalam pasu. Keesokan harinya dah keluar anak pokok sawi yang kecik kecik tu.
Yang besar tu, Cikjah try and error cucuk kucai incase sawi tak tumbuh, daku tak kecewa sangat sebab ada kucai backup dalam 1 pasu. Hehe Alhamdulillah, hidup pulak dia.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.