Sedar atau tidak, sebenarnya bab aurat antara sepupu sepapat tetap perlu dijaga. Namun ada juga yang ambil mudah, konon katanya sudah seperti adik beradik.
Bahkan ada sesetengah pasangan buat endah tak endah tentang aurat bila bersama ipar duai. Mungkin juga dek kerana tidak faham tentang batas-batas aurat.
Lantaran itu, jom kita baca perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi untuk menambah ilmu pengetahuan agama berkaitan aurat.
Selalu perasan, ada pasangan yang buat endah tak endah tentang aurat bila bersama ipar duai, atau dengan sepupu.
Sedangkan ipar duai atau sepupu itu auratnya tetap sama sebagaimana orang luar lain. Yelah, tahulah dulu main tuju tin, pondok-pondok, batu selambut, main sorok sama-sama.
Ads
Walaupun kenal sejak zaman kanak-kanak lagi, bila baligh hukumnya tetaplah haram dedahkan aurat.
Dulu mungkin boleh main sama-sama. Sekarang dah besar jangan dibuat main. Lain jadinya nanti.
Maksudnya, kena lebih berhati-hati bila bersama ipar duai sebab kita selalu berjumpa, bergaul, berbual dan dibimbangi yang biasa itu jadi luar biasa. Nah, itu juga jalan menuju zina jika tak dipelihara betul-betul.
Jadi, berpesan-pesanlah pada mereka yang tak tahu, atau yang buat-buat tak tahu atau lupa. Ingatkan, semoga tak terpalit dosa ya.
Sumber : Ustaz Farid Rashidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerusi akaun Instagram isteri Dato’ Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izatti, perkongsian terbaru Datin telah meraih perhatian ramai. Datin Izatti memuat naik sebuah video terbaru anak bongsu mereka yang bernama Rahil Laura Salsabila Yamani.
Kini usia Laura sudah dua bulan dan dilihat sudah pandai memberikan respon apabila diacah. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Laura apabila melihat bapanya menyanyikan lagu kepadanya. Laura dilihat seperti turut sama hendak menyanyi.
Ini kerana Laura boleh mengikut rentak lagu yang dinyanyikan oleh bapanya. Lagu ini hanya golongan otai sahaja dan seangkatannya yang tahu. Kecil – kecil sudah menunjukkan bakat. Mesti Laura bakal mengikuti jejak langkah bapanya menjadi penyanyi.
Belum sampai 24 jam ia dimuat naik, perkongsian video ini telah menerima lebih 8 ratus tanda suka daripada warganet. Comel sangat Laura dan ini merupakan cahaya mata perempuan yang kedua buat Dato’ Jamal. Pastinya secantik kakaknya, Azura apabila besar kelak.
Untuk rekod, Dato’ Jamal mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 bersama pasangannya, Zai Izzati Khiruddin.
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cinta hingga hujung nyawa, begitulah yang boleh digambarkan buat pasangan suami isteri ini apabila menemui ajal selang 29 minit. Pun begitu, pemergian pasangan suami isteri ini meninggalkan kesedihan yang cukup berat untuk ditanggung oleh anak-anak, bilamana kedua orang tua yang amat dicintai ‘pergi’ kerana Covid-19.
Pastinya tiada apa yang mampu dilakukan oleh anak-anak melainkan terima dengan reda berita pemergian ibu dan bapa serentak pada hari yang sama, ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro.
Berat untuk ditanggung namun itu hakikat perlu diterima pensyarah, Wan Su Emi Yusnita Wan Yusof, 39, dan empat adiknya apabila ibu, Aminah Yaakub, 59 serta bapa mereka, Wan Yusof Wan Abdullah, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 pada 29 Julai lalu.
Wan Yusof menghembuskan nafas terakhir pada 8.32 pagi di Hospital Jelebu diikuti Aminah di Hospital Tampin, Negeri Sembilan jam 9.01 pagi dengan hanya 29 minit memisahkan ajal mereka berdua.
Jenazah kedua-duanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Berkongsi kisah memilukan itu, Wan Su Emi Yusnita yang menetap di Sungai Besi, di sini, berkata dia dan adik beradiknya sudah lama bersedia dengan kemungkinan bapanya akan meninggal dunia kerana penyakit kronik dialami namun terkejut apabila ibunya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kaki kanan dipotong akibat diabetes turut dijemput Ilahi pada hari sama.
“Abah memang mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang akibat diabetes malah baru keluar daripada hospital pada 16 Julai lalu.
“Keesokan harinya (17 Julai), abah demam diikuti emak dan adik kedua, keempat serta bongsu.
“Melihat keadaan emak yang demam sehingga (badannya) menggigil, adik bawanya menjalani ujian saringan pada 20 Julai iaitu pada Hari Raya Aidiladha dan disahkan positif keesokan harinya sebelum dimasukkan ke hospital hari sama.
“Sementara itu, abah pula dibawa menjalani ujian saringan pada 21 Julai, sah positif Covid-19 keesokannya (22 Julai) dan dimasukkan ke Hospital Jelebu pada 23 Julai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Wan Su Emi Yusnita, hanya dia dan adik ketiga, Wan Mohd Hanafiah, 33 saja yang berpeluang membuat pengecaman serta menatap jenazah ibu bapa mereka.
3 Adik Beradik Lain Positif Covid-19
Sementara itu, Wan Su Emi Yusnita berkata, tiga lagi adiknya iaitu Wan Nur Hashimah, 36; Wan Nur Ainshatun, 26 dan Wan Shafiqah Zaharah, 24, tidak dapat turut sama kerana masih menjalani kuarantin selepas positif Covid-19.
“Selepas dapat tahu emak meninggal dunia, saya hilang kata-kata dan bertambah terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abah yang rupanya pergi lebih awal.
“Mujurlah urusan pergerakan rentas negeri berjalan lancar dan saya uruskan pengecaman jenazah abah manakala adik lelaki membantu urusan emak di hospital.
“Adik yang lain pula tidak dapat bersama jadi hanya berpeluang melihat wajah jenazah emak dan abah menerusi panggilan video. Detik itu yang membuatkan kami semua sukar mengawal emosi termasuk saya,” katanya.
Wan Su Emi Yusnita berkata, perasaan sedih itu bertambah kerana dia tidak dapat memeluk dan mencium jenazah ibu bapanya buat kali terakhir.
Abah ‘Pergi’ Bersama Mak
Bagaimanapun, dia dan adik beradik cuba memujuk diri serta bersangka baik dengan ketentuan Allah.
“Abah sudah lama tenat sebenarnya tetapi Allah panjangkan umurnya dan takdirkan arwah pergi bersama emak.
“Sebagai anak, saya tentunya sedih apabila hilang kedua-duanya tetapi reda kerana memikirkan bagaimana keadaan emak seandainya abah yang pergi meninggalkannya memandangkan mereka berdua rapat walaupun sudah 40 tahun berkahwin.
“Rezeki arwah emak dan abah juga apabila pusara mereka bersebelahan satu sama lain malah ini bukti cinta mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.