Ada pelbagai cara untuk kita mencipta kenangan manis bersama pasangan. Lagi-lagi bagi mengenang momen indah terutama untuk hari-hari istinewa seperti hari lahir, anniversary perkahwinan dan sebagainya.
Demikian juga dengan pasangan suami isteri ini. Walaupun sudah memiliki tiga orang cahaya mata dan bakal menimang yang keempat tidak lama lagi, namun Puan Zafirah dan suaminya Mus memilih untuk bersanding sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11.
Menurut Zafirah, itu adalah impian mereka berdua memandangkan ketika awal perkahwinan dahulu, merek atidak berkesempatan untuk bersanding akibat kekangan kewangan.
“Dulu Nikah Di Pejabat Agama,Tak Ada Duit Buat Majlis.” Lepas Anak 4, Pasangan Ni Bersanding Sempena Anniversary Ke 11BERSANDING LEPAS ANAK 4
Wedding Anniversary ke-11 tahun
ALLAH ALLAH ALLAH !!
Alhamdulillah syukur, segala apa yg dirancang bertahun lalu dengan rezeki dan izin Allah bersanding lah kami 6 beranak atas pelamin ni. Mana anak lg sorg? Ada tu dalam perut, berusia 6 bulan
Rezeki Allah kan?

11 tahun lalu,
Kami nikah diusia sangat muda. Diusia 15&17 tahun saat kawan2 seronok belajar. Nikah hanya di pejabat agama, tiada majlis doa selamat atau majlis apa pun. Masa tu tiada hp canggih nk rekod atau snap gambar utk kenangan. Tiada kerja, tiada duit.
Sekarang, Allah berikan rezeki dan Allah permudahkan majlis ini.

Ada yg kata “ANAK DAH BERDERET PUN NAK BERSANDING BAGAI”
“Dulu Nikah Di Pejabat Agama,Tak Ada Duit Buat Majlis.” Lepas Anak 4, Pasangan Ni Bersanding Sempena Anniversary Ke 11Allahuakhbar, sy xpernah bersanding sebelum ni. Jadi salah ke sy raikan anniversary sy dgn cara ni? Bukan berdua dengan suami tp dengan anak2 kami. Sy buat majlis 1 sen pun sy x meminta2 dgn org. Kalau lah awk kt tempat sy, apa lah perasaan awk masa tu ye? Sy juga manusia biasa, xmampu nk puaskan hati semua org. Dan niat sy bukan utk menunjuk, sy malu sy segan nk buat majlis ni. Yela dengan anak berderet, yg dalam perut lg. Tp sy tetap teruskan impian sy nak bersanding dgn anak2 walaupun sy tau ada mulut2 yg akan mengata.

Ada yg kata “bagus utk eratkan silaturrahim kasih syg antara suami”
“Dulu Nikah Di Pejabat Agama,Tak Ada Duit Buat Majlis.” Lepas Anak 4, Pasangan Ni Bersanding Sempena Anniversary Ke 11Alhamdulillah, Allah je yg tahu betapa kuatnya kasih syg kami. Dulu kami hanya ada sebijik motor, berpanas dan berhujan naik motor. Cari rezeki naik motor, bawa anak2 naik motor. Syukur dh masa tu ada juga kenderaan. Kerja apa je kami xbuat masa tu, cuci tandas, kerja kedai makan, mesin rumput, bersihkan longkang dan banyak lg.

Masa tu hidup dgn tangisan,kemurungan sbb rasa susahnya nk hidup mcm ni. Kami sgt susah, susu pampers anak2 pun kadang2 mintak dari belas ihsan org. Baju anak2 semua dari org sedekah. Nk makan pun bercatu. Tp kami xpernah putus asa, demi anak2 dan masa depan. Belajar xtinggi xmenghalang utk kami cari rezeki.
Allah adalah sebaik-baik perancang,
“Dulu Nikah Di Pejabat Agama,Tak Ada Duit Buat Majlis.” Lepas Anak 4, Pasangan Ni Bersanding Sempena Anniversary Ke 11Allah uji & Allah beri. Sepanjang perkahwinan tipulah kalau xde ribut taufan yg melanda, hanya Allah je yg tahu. Masa tu darah muda kan? Tp sy tabik dekat suami, dia seorang yg sangat2 penyabar. Kelebihan suami terlalu banyak, xdapat nak disenaraikan. Semoga Allah sahaja yg dpt membalas pengorbanan seorang suami. Layanan baik yg suami berikan, 1 juta kali ganda isteri beri layanan yg baik.

Utk suami tersayang, jangan lah kau tinggalkan ku yg sentiasa bersamamu saat kau susah dulu pabila kau berjaya satu hari nanti.
“Dulu Nikah Di Pejabat Agama,Tak Ada Duit Buat Majlis.” Lepas Anak 4, Pasangan Ni Bersanding Sempena Anniversary Ke 11Mus Zafirah lll 30 NOV 2019

IKLAN
IKLAN
IKLAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI