Gayanya cukup bersahaja dengan loghat Utaranya yang cukup pekat mengundang tawa sesiapa sahaja yang melihat videonya di laman sosial. Inilah kelebihan yang dimiliki wanita bernama Bella yang cukup tular di laman facebook. Video solekan yang dilakukan secara live mendapat puluhan ribu tontonan pengunjung laman sosial berkenaan.
Anak sulungnya mula menampakkan bakat menjadi seorang model. Menurut Bella, anaknya itu memang banyak mengikut jejaknya lebih-lebih dalam meminati bidang seni solekan.
“Saya dan suami tidak pernah meletakkan sasaran tertentu supaya anak-anak kami memilih bidang yang sama. Sementelah mereka masih kecil dan jauh lagi perjalanan. Kalau boleh kami mahu mereka berjaya dalam pelajaran terlebih dahulu. Tetapi jika besar kelak mereka ingin memilih bidang yang sama seperti apa yang saya lakukan sekarang, saya dan suami tidak menghalang.
“Cuma kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, sebagai ibu bapa kami hanya mampu memberi ‘guideline’ selebihnya terserah pada pilihan masing-masing. Kalau diikutkan anak sulung saya ini memang suka memakai mekap. Pantang nampak barang-barang mekap saya ada sahaja yang dia nak cuba. Mungkin kerana dia sudah dibiasakan dengan situasi begini, yelah ke mana sahaja pergi, saya akan angkut semua sekali termasuk suami dan anak-anak. Jadi, tidak timbul isu saya abaikan mereka kerana setiap masa anak-anak berada di samping saya dan suami. Malah, Airis walaupun masih kecil, dia pandai bawa diri dan berdikari.
“Waktu awal-awal saya terjun dalam bidang solekan, suami tengok pelik, tetapi lama-lama dia boleh terima. Malah, saya tidak sangka sambutan hangat dari orang ramai membuatkan permintaan untuk saya adakan kelas mekap diterima dari merata tempat. Suami yang sebelum ini bekerja makan gaji kemudiannya memilih untuk berhenti kerja.
“Jadi, sekarang ini suami hanya bekerja sampingan di pejabatnya selebihnya dia akan mengikut saya. Ini memudahkan kami untuk menguruskan anak-anak dan secara tidak langsung kami berempat sentiasa bersama ke mana saja. Selain membawa ketika mengadakan kelas solekan, kami berempat juga selalu bercuti atau hujung minggu keluar makan atau jalan-jalan,”ujar Bella atau nama sebenarnya Nor Nabilah Zulyadaini yang berasal dari Negeri Jelapang Padi.
Bella yang dulunya aktif dalam bidang bakery, kemudian beralih arah kepada solekan setelah mempunyai anak. 2013 adalah permulaan untuknya terjun dalam bidang solekan dengan membuat live di facebook. Tidak sangka, personaliti media sosial ini mendapat sambutan hangat sehinggakan berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran secara live. Lebih membanggakan, jumlah pengikutnya kini sudah melebihi sejuta sejak aktif di laman sosial itu tiga tahun lalu
Kahwin muda
Ads
Memiliki dua cahaya mata Airis Alisha, 4 tahun dan Aidil Mikhail, 4 bulan hasil perkongsian hidup bersama Anuar Ahmad, 28 wanita anggun ini mengakui sangat bersyukur dan gembira kerana dalam usianya menjangkau 25 tahun sudah memiliki keluarga yang lengkap.
“Walaupun berkahwin awal, namun saya dan suami tidak menyesal kerana keluarga kami sudah lengkap dengan kehadiran Airis dan Aidil. Walaupun mungkin wanita seusia saya masing enjoy ke sana ke mari, namun saya tidak cemburu, bahkan saya bersyukur kerana Tuhan anugerahkan saya keluarga yang cukup harmoni. Bukan mudah melayari alam rumah tangga dalam usia muda. Banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Tetapi saya berpegang kepada ‘sabar’ dalam semua hal.
“Dalam rumah tangga kena banyak sabar, kena yakin jika nak buat sesuatu kerja, sibuk macam mana sekali pun kena ada masa untuk anak-anak dan suami, sentiasa bertolak ansur dengan pasangan jika nak mudahkan hidup. Yang lebih penting, jika berlaku pergeseran atau perselisihan faham, dengan pasangan, jangan mudah naik angin. Tahan amarah tu dan selalu berbincang,”ujar Bella yang namanya kini sudah terkenal bukan sahaja di Malaysia, bahkan Brunei dan Singapura kerana pernah dijemput mengendalikan bengkel solekan wajah di sana.
Ads
Ajar anak kenal huruf
Sementara itu, Anuar yang sedikit pemalu dan tidak banyak cakap memberitahu, keselamatan isteri dan anak-anak antara sebab kenapa dia memilih untuk mengikut ke mana sahaja isterinya pergi.
“Memandangkan sekarang ini macam-macam kes berlaku, rasanya tidak salah jika saya mengambil langkah berjaga-jaga. Lagipun anak-anak kami masih kecil dan sekurang-kurangnya apabila Bella sibuk dengan kelas solekan, saya boleh jaga anak-anak. Sekarang ini mereka masih kecil, tetapi kami tidak mahu memanjakan mereka. Soal pendidikan baik saya mahupun Bella sendiri sudah setuju memang itu yang menjadi keutamaan.
“Walaupun sekarang Airis belum bersekolah, insyaAllah tahun depan kami akan menghantarnya ke Sekolah tadika. Sekarang pun, kami sudah belikan dia buku-buku yang bermanfaat dan sesuai untuk pembacaan dengan tahap usianya sekarang. Yang penting ajar benda asas terlebih dahulu supaya Airis kenal huruf jadi mudah apabila masuk sekolah kelak,” ulas Anuar yang juga merupakan anak kelahiran Negeri Kedah.
Ads
Sumber: Majalah Keluarga Nov-Dis 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi mereka yang suka menanam pokok bunga tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menanam pokok keladi yang memang tengah viral semenjak dua menjak ini. Jika dahulu tumbuhan ini hidup meliar tanpa siapa peduli, namun kini menjadi buruan ramai. Apatah lagi ada yang dijual hingga ribuan ringgit, cukup bernilai sungguh pokok keladi kini.
Lantaran itu, ada yang mula berjinak-jinak menanam pokok keladi dan menerusi perkongsian daripada seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Tengku Aiman yang juga peminat tanaman keladi telah berkongsi info berkenaan jenis-jenis keladi.
Jadi boleh digunakan info berkenaan untuk memudahkan anda menanam pokok keladi dan sekali gus mengenali ‘adik beradik’ pokok keladi yang diakui memang terlalu banyak jenisnya.
Di sini Tengku Aiman, kongsikan 12 jenis pokok keladi, semoga bermanfaat.
1. Keladi Kampung
– Mudah Jaga, Cepat Besar, Mudah Rimbun, Corak Daunnya Kurang kecantikan sedikit daripada Keladi Bandar, senang beranak.
2. Keladi Bandar (Hybrid)
– Sukar Jaga, Lambat Membesar, Sukar Rimbun, Corak Daunnya Sangat Cantik, Pengcahayaan 70%, Penyiraman cukup sekadar melembabkan tanah, susah beranak.
3. Alocasia
– Agak sukar jaga, Cepat Membesar (bergantung size pasu).corak daunnya mempunyai urat yang tegas dan tegang, lebih kearah menegak daripada merimbun, selagi akarnya x penuh pasu selagi tu lah dia x mau berenak. Penyiraman sekadar melembabkan tanah.
4. Colocasia
– Paling senang jaga, nak air banyak, sesetengah nak panas terik dan sesetengah nak panas 50% sahaja, senang beranak, daunnya besar2 kalau akarnya sudah menjalar dimerata tempat.
5. Monstera
– Indoor Plant, 100% Teduh namun ada matahari juga, daunnya kehijauan selalunya, daunnya suka terkoyak dengan semula jadi, jenih menjalar. Penyiraman sekadar melembabkan tanah.
6. Begonia Kampung
– senang dijaga, suka tempat teduh, daunnya x sebesar macam keladi2 lain, penyiramannya 2 kali sehari pagi dan petang, corak daunnya kurang cantik jika berbanding dengan begonia bandar. Boleh dibiakkan melalui daun yang matang.
7. Begonia Bandar
– sukar jaga, terlebih air automatik K.O, daunnya sangat cantik, daunnya tidak sebesar pokok keladi yang lain, boleh biakkan melalui daun yang matang.
8. Sygonium Kampung
– di kampung merata tempat ada, daunnya kurang cantik berbanding dengan sygonium bandar, jenis menjalar, penyiramannya 2 kali sehari pagi dan petang, cara pembiakkannya potong batangnya yang mempunyai akar dan tanam pasu atau direct tanah.
9. Sygonium Bandar
– agar suka ditemui, harga meletup, jenis menjalar, cara pembiakan potong bahagian batang yang mempunyai akar dan tanam di pasu atau direct tanah.
10. Anthurium / Kuping Gajah
– 100% nak teduh, Penyiraman sekadar melembabkan tanah sahaja, daunnya seakan sama namun size atau lebar daunnya yang membezakan mereka, daunnya mempunyai line putih yang berbentuk telinga gajah dan daunnya kehijauan tua yang sangat cantik, cara pembiakkannya potong ubinya dan tanam dalam pasu dan lakukan kaedah pengewapan untuk cepat keluar tunas baru.
11. Calathea
– Jenis nak 100% teduh, penyiraman 2 kali sehari pagi dan petang, jenis yang suka duduk berdekatan dengan pokok2 lain (jenis nak berkawan), lebar daunnya bergantung size pasu, senang beranak.
12. Aglonema
– Batang menegak, Daunnya pelbagai corak yang menawan, susah beranak, 100% nak teduh, penyiraman sekadar melembabkan tanah sahaja, cara pembiakan kena potong ubinya dan lakukan kaedah pengewapan.
Memasuki hari keempat belas umat Islam berpuasa, tidak seperti sebelum -sebelum ini rata-rata para ibu sibuk menyediakan juadah untuk pagi raya. Namun tahun ini agak suram sambutannya disebabkan oleh virus Covid-19. Namun, ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk menyediakan biskut raya walaupun secara ala kadar.
Bagi KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, baginda antara yang tidak melepaskan peluang dalam menyediakan biskut raya yang menjadi kegemarannya.
Dalam perkongsian terbaru baginda di Instagram, Tunku Azizah memuat naik gambar biskut raya. Menurut Tunku Azizah lagi, biskut tersebut merupakan biskut tradisi keluarganya.
Bukan itu sahaja, Tunku Azizah juga turut memberitahu, sejak dahulu lagi baginda bersama-sama anakanda-anakanda perempuan turut serta melakukan persiapan lebaran nanti.
Kami adek beradek memang di didik oleh Bonda lagi kecil , di bawa masuk dapur dan setiap Ramadan kami semua buat biskut sendiri , tidak pernah order …: buat fruit cake , harissa … dan siapkan dewan utk hari terbuka ……
Dan sy teruskan tradisi itu apabila sy mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Agong …. setiap Raya , sy buat aendiri semua dan sekarang sy sedang didik anak dara saya @tpafzan@tp.jihan pula,” Ujar Tunku Azizah lagi.
Pastinya, selepas ini Tunku Azizah akan menurunkan ilmu memasak yang dimilikinya kepada dua puterinya iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah turut sama berada di dapur membuat biskut raya.
Dalam pada itu, Tunku Azozah turut memuat naik gambar biskut raya yang sudah siap dan baginda memuat naik gambar-gambar biskut yang telah dibakar di Instagramnya.
Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi daripada orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa kagum dengan cara Tunku Azizah yang cukup simple dan ‘sempoi’ kerana membuat biskut raya dengan hasil air tangannya sendiri.
Bukan itu sahaja, orang ramai juga turut memuji didikan yang dilakukan oleh baginda kepada anakandanya. Walaupun memiliki darah diraja, namun keluarga ini cukup low profile dan tidak kekok turun ke dapur untuk memasak.
khawlaelazwar Semua nmpak yummy tuanku…confirm sedap…the best cookies ever made 😍😍😍
eqasofea Beruntungnya siapa yg dapat merasa air tangan tuanku
adrian.adam.1042 Amin puan semoga anak anak puan pandai dan bijak
angelo_cruzzzz Ye tuaku permaisuri. Kite orng JOHOR MMG DI DI DIDEK DRI KECIK HARI. RAYA AKN BT JUADAH PERSIAPAN UNTUK FAMILY TRSAYANG. NO NO ORDER
lenalee769 Well done Tuanku for your amazing inspirations ❤️
nabilbambamcikebumcikebumTengok semua biskut ni, teringat zaman kanak2. Semua biskut lejen ni. Nak2 yg no 5 tu 🤤🤤 (tau makan je, tapi xtau nama biskut. Hahaha)
rosaziziabd Tuanku Permaisuri mendidik Putri Putri memang terbaik. 🌹
Selain dijadikan pemanis mulut yang dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus, potongan mangga juga boleh dijadikan bahan penambah kesedapan dalam cheese cake. Caranya cukup mudah.
Ini yang dikongsikan oleh Nuryatie PG’s apabila menjadikan Mango Cheese Cake sebagai juadah pemanis mulut. Baik di ambil ketika berbuka puasa ataupun moreh. Caranya pun cukup mudah nak buat. Anda tak payah nak guna mixer mahupun oven. Cukup ringkas caranya.
Selamat mencuba!
RESEPI MANGO CHEESE CAKE
1) Lapisan bawah
-cairkan butter separuh..dah cair masukkan biskut yang dihancurkan
-kacau-kacau pastu masukkan dalam loyang..padatkan
-biskut marie dlm 20-25 keping
2) Lapisan 2
-blend cream cheese yang 250g pastu masukkan whipping cream sekotak kecik dan gula icing dlm 2@3 sudu ( klu nk manis tambah lagi)
-bancuh gelatin dlm sesudu besar campur air panas dalam 3 sudu..kacau sampai sebati masukkan dalam adunan blend tadi..blend sampai sebati
*dalam cream cheese kalau nk letak puri manga atau manga yang potong kecik2 pun boleh!
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.