Semalam Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi beberapa keping gambar berkenaan majlis pernikahan adik lelakinya yang bernama Ajim atau nama sebenarnya Aiman Hazim.
Mungkin ramai yang tak tahu, suami kesayangan Datin Seri Shahida ini mempunyai adik lelaki. Malah, empunya diri turut mengakui Ajim merupakan adik lelaki berlainan ayah yang dijaganya ketika kecil dahulu.
Tampil segak dan sedondon rona peach, Aliff Syukri turut mengimbau kenangan bersama adiknya sewaktu mereka masih kecil dahulu.
Ads
Sekitar majlis akad nikan..Ramai orang bertanya kepada abang siapa adik abang yang Bernikah pada hari ini?? dia lah adik lelaki abang yang bernama Aiman Hazim yang berusia 23 tahun.. Dulu waktu abang susah duduk di kampung Delik kelang… abanglah yang jaga dia daripada lahir..sampai lah besar.. ..
. Abang macam tak percaya hari ini dia dah menamatkan kat mana bujang dia maklumlah abang dah anggap dia macam anak sendiri sebab waktu dulu mak abang begitu sibuk berniaga jadi abanglah yang mengambil tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga abah beliau ketika mak abang berniaga..
Ads
Adik abang ya ini adalah satu amat berlainan bapa tapi perangai kami agak sama yang membezakannya adalah saya lebih agresif dan banyak cakap berbanding yang apa pun abang doakan supaya adik abang ini menjadi seorang suami yang baik dan menjadi seorang ayah yang misali..
aning_norrizia alhamdulillah…tahniah buat adik dato, selamat pengantin baru n tahniah juga buat dato telah menjadi abang yg baik
liyana_bizzibody Tahniah Ajim…selamat pengantin baru….semoga Bahagia hingga ke jannah..Barakaallah Dato…mesti terharu sb adik dh beso Dan jd suami arini…🤗
juvita_zahmariah Walau belainan ayah dia lh adek hingga kesyurga kerna satu ibu.semoge kshsyg kekal tegoh hingga ke syurga.
iszleena Sempurnanya keluarga Dato…jgn sia2 kan kebahagiaan ni…sabar2 dgn isteri yg mengandung…tak terbalas jasa wanita yg telah melahirkan dan membesarkan anak2 Dato…semoga yg terbaik dan paling baik saya doakan utk keluarga besar Dato
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke sampai lengan. Dia tekad untuk keluar dari kepompong kehidupan yang serba sederhana. Pendapatan suami yang hanya cukup-cukup makan.
Ditambah anak-anak kian bertambah, membuatkan empunya diri yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Zaza, mahu mencari alternatif lain.
“Saya terinspirasi dengan Cik Yana yang wanita yang kuat dan tabah. Sendirian membesarkan anak dengan status ibu tunggal ketika itu, namun akhirnya berjaya dalam dunia bisnes.
“Waktu itu saya, saya hanya sekadar dropship. Awal permulaan saya mendapat RM600 seminggu dan bertatih sedikit demi sedikit, daripada ejen kemudian bertukar stokis.
“Hubungan dengan Cik Yana juga sekadar mengenali dan mengikuti kisahnya di media sosial. Daripada sebuah kereta sewa akhirnya kini, Cik Yana berjaya sehingga sekarang. Bahkan, saya terharu apabila dilantik untuk menjadi pengasas bersama Cik Yana.
“Awalnya, Cik Yana bermula dengan produk bayi, kemudian mendapat idea untuk mengeluarkan produk berempah Oden terinspirasi daripada sebuah restoran.
“Sambutan cukup menggalakkan. Awalnya kami fokus melalui online dengan membuat live. Kebetulan kami baru bermula dan memerlukan modal yang banyak.
“Tak sangka daripada situ ramai berminat dan akhirnya daripada situ dapat peniaga baru termasuklah pelanggan yang bertambah.
“Alhamdulillah, kami juga menggunakan selebriti untuk membantu melariskan lagi jualan produk Oden. Kebetulan produk ini tidak mempunyai pesaing yang kuat dibandingkan produk lain,” ujar Cik Zaza sambil memberitahu sehingga kini sudah ada enam perisa produk Oden dan terbaru BBQ Dan kari.
Berniaga tanpa modal takkan berjaya
Berasal dari perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Sehingga umur 18 tahun, dia kemudiannya mengambil keputusan keluar daripada kampung untuk mencari pekerjaan. Selepas berkahwin, Cik Zaza kemudiannya mengikut suami ke Nilai, Negeri Sembilan.
“Ketika itu saya rasa sudah sampai masanya untuk mengubah kehidupan sekeluarga. Mentaliti sesetengah orang, berniaga tanpa modal takkan berjaya.
“Sebenarnya persepsi ini patut dibuang jauh-jauh kena disusuli dengan usaha yang gigih. Gunakan sepenuhnya media sosial yang pada saya percuma sahaja.
“Buang rasa malu dan gunakan dengan usaha yang ada. Dengan mudah kita akan dapat pelanggan. Sebagai contoh penggunaan tiktok.
“Kalau dulu selebriti sahaja terkenal, tetapi kini sudah berubah. Orang biasa pun boleh terkenal menerusi media sosial asalkan bijak dan tahu menggunakan peluang yang ada.
Kegagalan ‘guru’ terbaik untuk berjaya
Mengulas mengenai perancangan akan datang, Cik Zaza bersama Cik Yana bakal mengadakan roadtour di seluruh negara.
Tidak sekadar itu, bagi menghargai pelanggan, pihaknya mengadakan peraduan beli & menang dengan menyediakan hadiah berupa kereta termasuklah Proton Iris, Proton X70 dan juga Perodua Myvi.
“Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencuba dalam bidang bisnes bagi menjana pendapatan dengan menjadi ejen mahupun stokis untuk produk Oden Cik Yana.
“Sejujurnya, saya tak terbayang akan sampai ke tahap ini. Kalau dulu tak mampu nak bagi duit kepada keluarga, tetapi hari ini apa yang saya inginkan sudah diperoleh.
“Saya kena fikir jalan dan berniaga adalah cara terbaik. Dan ramai yang keluar dari masalah kewangan adalah melalui berniaga.
“Bahkan ramai yang saya bantu terutama surirumah untuk menjana pendapatan sendiri di mana boleh lahirkan usahawan yang mempunyai pendapat sekurang-kurangnya RM50K sebulan selain ada aset dan simpanan.
“Dalam masa yang sama saya nak tunjukkan pada orang diluar sana, kalau saya boleh lakukan kenapa mereka tak boleh.
“Jangan takut dengan kegagalan kerana ia ‘guru’ paling terbaik, jangan cepat putus asa sebelum mencuba.
“Alhamdulillah setakat ini, ejen dan stokis di bawah jenama Oden Cik Yana sudah menjangkau 15 ribu di seluruh Malaysia serta memasuki lebih kurang 1000 kedai.
“Akan datang, pihak kami merancang untuk mengeluarkan produk stimbot pula,” ujar Cik Zaza lagi.
Kena bijak ‘curi’ masa
Biarpun sibuk dengan urusan bisnes yang memerlukan dia ke sana ke mari selain terlibat dengan pelbagai program bagi mempromosikan produk Oden, namun Cik Zaza tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan anak-anak.
“Saya punya tiga orang cahaya mata. Memang saya akui terlalu sibuk dan ‘kekangan’ masa untuk anak-anak dan keluarga kena bijak ‘curi masa’. Kalau dulu saya masuk dalam dunia bisnes sebab nak ubah kehidupan kami sekeluarga.
“Namun kini apa yang saya hajati sudah tercapai, begitupun saya tak mahu duduk dan goyang kaki sahaja. Sebaliknya, kerja tetap kerja.
“Cumanya saya kena bijak membahagikan masa. Mujurlah anak-anak sudah bersekolah dari pagi hingga petang. Jadi waktu itu fokus saya kepada bisnes dan tugas di pejabat.
“Manakala malam saya akan beri keutamaan kepada anak-anak. Selain itu, kalau ada waktu kelapangan, saya akan membawa anak-anak keluar jalan-jalan,” ulas Cik Zaza sebelum menutup perbualan bersama penulis ketika berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa.
Ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu.
Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa.
Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu.
Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu.
Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk.
Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Setiap dari kita tak terlepas dari diuji oleh Yang Maha Esa. Itu tandanya Dia sayang pada umatNya dan mahu melihat sejauh mana keteguhan dan kuatnya kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut.
Life begin at 40… Mungkin anda pernah mendengar ungkapan tersebut. Ada sesetengah orang beranggapan usia matang seseorang adalah ketika 40 tahun. Mungkin usia sebegini sudah biasa dengan asam garam kehidupan. Namun ketika itulah ujia cukup berat untuk ditempuhi.
.
Puteri Sarah Liyana memuat naik satu perkongsian tentang ujian yang mula diterima apabila usia memasuki antara 35 tahun hingga ke 40 tahun.
“Umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
“Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepada-Nya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolongan-Nya,” catat Puteri Sarah.
.
Tambahnya melalui perkongsian tersebut, orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalan mereka, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangan mereka, berjimat menyimpan untuk hari tua mereka dan berserta niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
“Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.
.
“Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu.
“Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
“Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka.
.
Tambah Puteri Sarah lagi, setiap daripada kita hidup di dunia tidak lama, sambil berkongsi satu sabda daripada Nabi Muhammad SAW.
“Kita hidup di dunia, tidak lama. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].