Tahukah anda, anak yang sentiasa berkelakuan meragam, mengamuk dan pelbagai lagi sikap yang pada pandangan mata kita sebagai orang tuanya sentiasa bermasalah, adalah hakikatnya terjadi berpunca daripada kita sebagai orang tuanya.
Perkaitan ini dijelaskan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. Diharap selepas ini, kita lebih bijak memainkan peranan sebagai ibu ayah. Jom semak.
Kita selalu je terlupa nak tinggalkan emosi yang tengah berserabut tu kat luar pintu rumah.
Lepas tu mulalah sibuk duk rasa pelik, rasa bingung dan tertanya-tanya,
Ads
“Kenapalah anak aku ni suka sangat meragam, menangis dan mengamuk tak tentu pasal…”
Rupanya kalau kita periksa betul-betul, anak kita tu cuma terkesan dengan emosi kita sendiri.
Boleh jadi si ayah tak sengaja tertengking si kecil tu sebab dah penat sangat dengan rutin kat tempat kerja.
Ads
Boleh jadi mak pulak tak sengaja marah-marah sebab minda dah berserabut seharian mengurus hal rumah. Kadang tu tak sedar emosi berterabur disebabkan efek Pre-Menstrual Syndrome (PMS) nya.
Boleh jadi jugak dua-dua terlupa nak bertenang dan buang jauh-jauh stress dari tempat kerja sebelum melangkah masuk ke rumah.
Ads
Bila dah macam tu mata kita pun asyik nampak si anak tu bermasalah, selalu duk buat perangai pelik-pelik. Padahal dia jadi macam tu efek dari emosi kita yang tak terurus tadi. Kesian sangat kat si kecil tu.
Sebab tu benda paling penting sebenarnya kita kena usaha untuk belajar tenangkan diri dan kawal emosi kita ni dulu sebab anak kita pun akan belajar bertenang bila dia dapat rasakan ketenangan tu dari mak ayah dia sendiri.
Tolong kongsikan ilmu penting ni dengan pasangan kita ye demi kebaikan keluarga kita sendiri jugak.
Seorang ibu membawa anaknya yang berumur 2 tahun ke klinik gigi kerana risau gigi anaknya mengalami kerosakan (karies). Walaupun anaknya belum pernah mengadu sakit gigi, tetapi si ibu risau dengan keadaan gigi anaknya yang mulai hitam-hitam.
“Doc, saya perasan gigi anak saya sekarang ni banyak yang hitam-hitamlah.”
“Anak Puan menyusu botol ke?”
“Aah Doc. Dia hisap susu botol. Tapi tidaklah sampai dia tertidur. Kalau dia tidur pun saya akan cabut botol tu dari mulut dia.”
“Oh macamtu. Puan ada berus atau bersihkan gigi anak tak ya setiap hari?”
“Ya ada Doc. Saya memang berus gigi dia setiap hari guna ubat gigi K***** **** tu. Tapi hairan sebab gigi dia rosak juga. Kenapa ya Doc boleh jadi macamtu? Risau pula tengok gigi dia dah tak cantik dan hitam-hitam gitu.”
“Maaf Puan. Ubat gigi yang Puan guna untuk anak tu, mengandungi fluorida tak ya?”
“Haa tak Doc. Saya tak guna ubat gigi yang berfluorida sebab saya dengar fluorida tu bahaya. Anak saya pula memang suka telan ubat gigi tu. Tu yang saya tak berani nak guna ubat gigi berfluorida.”
Sebenarnya ubat gigi berfluorida ini boleh dan perlu digunakan untuk anak-anak kecil yang sudah mempunyai gigi susu.
Fluorida yang terkandung di dalam ubat gigi bermanfaat untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat bagi mencegah gigi tersebut menjadi mudah rosak.
Seperti yang kita tahu, lapisan enamel gigi susu pada kanak-kanak tidak sepadat seperti gigi kekal yang ada pada gigi orang dewasa dan ianya mudah rosak.
Risiko kerosakan akan semakin meningkat jika anak terdedah kepada diet yang tinggi gula serta penggunaan botol susu untuk tempoh waktu yang lama.
Jadi, penggunaan ubat gigi berfluorida dan ditambah dengan teknik memberus gigi yang betul berupaya untuk menjadi langkah yang berkesan bagi mencegah terjadinya kerosakan gigi.
“Tapi Doc, takpe ke kalau ubat gigi berfluorida tu ditelan oleh anak-anak? Tak bahaya ke?”
Ubat gigi bukanlah sejenis makanan. Ianya adalah bahaya untuk ditelan tidak kira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak kerana ia turut mengandungi bahan kimia yang lain. Jadi jangan biarkan atau biasakan anak anda menelan ubat gigi walaupun ianya tidak mengandungi fluorida.
Disebabkan hal tersebut, maka adalah penting untuk anda memantau dan membantu anak anda untuk memberus gigi.
Jangan biarkan mereka memberus gigi sendiri kerana:
1️⃣ Mereka belum pandai dan tahu meludah. Dikhuatiri mereka akan menelan ubat gigi ketika memberus gigi.
2️⃣ Mereka belum pandai memberus gigi sendiri dan tidak tahu cara memberus gigi yang betul. Akibatnya bahagian gigi yang tidak diberus akan mengalami kerosakan.
Kuantiti ubat gigi juga perlu diperhatikan. Ini bagi mengurangkan risiko anak menelan sisa lebihan ubat gigi tersebut.
✅ Untuk anak yang berusia 1-3 tahun, gunakan kuantiti ubat gigi sebesar butir beras atau selapis tipis sahaja.
✅ Untuk anak berusia 3 tahun ke atas, kuantiti ubat gigi yang perlu digunakan adalah sebesar biji kacang pea.
Kuantiti ubat gigi ini adalah penting untuk diperhatikan kerana jika anda membiarkan anak anda menggunakan ubat gigi secara berlebihan, buih yang terhasil akan lebih banyak dan anak akan lebih cenderung untuk menelan sisa ubat gigi tersebut.
Oleh yang demikian, jika anda belum memperkenalkan ubat gigi berfluorida kepada anak anda, mulai sekarang mulalah beralih kepada ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida agar anak anda mendapat manfaat daripadanya dalam usaha kita untuk mencegah gigi mereka daripada mudah menjadi rosak.
Terdapat pelbagai jenama ubat gigi kanak-kanak yang berada di pasaran sekarang dengan pelbagai perisa yang sesuai dengan cita rasa mereka. Pilihlah jenama ubat gigi apa sekalipun yang digemari oleh anak anda, asalkan ianya mengandungi fluorida.
Jangan kerana sentimen anti fluorida dan fakta yang salah mengenai fluorida yang dilaungkan oleh kelompok-kelompok tertentu membuatkan anda takut untuk menggunakan ubat gigi berfluorida kepada anak anda.
Ingat, fluorida mengandungi kebaikan yang boleh dimanfaatkan asalkan ianya diguna dalam kuantiti yang betul. Sebab itulah pentingnya anda untuk memantau dan membantu anak anda ketika mereka memberus gigi.
Sekali lagi perlu diingatkan bahawa ubat gigi bukanlah makanan dan ianya adalah berbahaya untuk ditelan tanpa mengira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak.
Jadi jangan abaikan kebaikan serta manfaat fluorida terutama terhadap anak-anak anda hanya kerana anda dimomokkan oleh fakta yang salah berkenaan bahan tersebut.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Fb Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab ~
Pegawai Pergigian KKM
Untuk ketahui ikan yang anda nak beli segar atau tidak, lihat pada warna kulit ikan. Ikan segar mempunyai kulit yang berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar yang kelihatan lebih pucat.
2. BAU
Cium bau ikan. Ikan segar hanya ada bau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.
3. TEKSTUR
Tekan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan segar isi lebih keras dan pejal bila ditekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan tersebut tidak segar lagi. Elakkan beli ikan sebegitu.
4. MATA IKAN
Ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol, masih berkilat, bersinar dan cembung. Berbanding ikan yang lama, matakan kelihatan merah, suram dan termasuk ke dalam.
5. WARNA INSANG
Jangan takut-takut untuk pegang ikan untuk melihat warna insangnya. Itu hak anda untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna kelabu dan berlendir tebal.
6. PILIH IKAN BERLENDIR
Ikan yang masih segar biasanya ada sedikit lendir jernih pada sisik dan kulitnya. Bila disentuh, terasa licin. Jika ikan yang anda pilih terlalu berlendir serta warna kulitnya tidak seperti dalam ciri-ciri diatas, pilih ikan jenis lain yang lebih segar.
7. SISIK & SIRIP KUAT
Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru ditangkap. Berbanding ikan lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.
8. PERUT TIDAK PECAH
Elakkan mengambil ikan yang telah pecah perutnya. Dinding perut ikan yang lembik menunjukkan iakn tersebut kurang segar. Sebaliknya pilihkan ikan yang kulit dan isinya tidak robek terutamanya pada bahagian perut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tarikh perkahwinan adalah momen yang cukup diingati bagi setiap pasangan suami isteri, termasuklah juga pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu bersama aktres Sari Yanti.
Yang pasti tarikh disatukan itu menjadi detik bersejarah bersatunya dua jiwa sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Bagi pasangan sama cantik sama padan ini, detik 25 februari ini genap lima tahun usia perkahwinan mereka. Bahagia dikongsikan bersama sementelah dengan kehadiran tiga cahaya mata melengkapi rumahtangga mereka.
Dalam satu perkongsian menerusi Instagramnya, Sari Yanti menerima hadiah ulang tahun perkahwinan daripada suaminya, lebih awal dari tarikh sepatutnya.
Pemilik nama sebenar Sari Yanti Datuk Mohamad Nazari menerima seutas jam tangan mewah jenama Franck Muller dari Jep.
Ibu kepada lima cahaya mata ini melahirkan rasa syukur dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat.
Sekadar makluman, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, Muhammad Khidir, 2, dan Abu Bakr, 1.
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.