Biarpun sudah 13 tahun melayari bahtera perkahwinan namun hubungan pasangan selebriti ini masih segar.
Eira Syazira dan Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad mendirikan rumahtangga pada tahun 2011.
Mereka dikurniakan 3 orang puteri comel hasil sepanjang perkahwinan.
Menerusi hantaran “appreciation post” di akaun Instagram Eira, beliau berkongsi video Pak Azad menyiapkan anak mereka.
Eira melahirkan rasa syukur dengan kehadiran suaminya dalam hidup.
Ads
“Appreciation has tremendous power. Beautiful thing is not beautiful until someone appreciates it. Love you and sihat terus suamiku”, tulisnya di ruangan kapsyen.
Netizen turut memenuhi ruangan komen dengan ucapan yang positif.
“Sesibuk mana pon daddy tetap nampak hebat depan mata anak-anak,” – Netizen
“Bagus Pak Azad, what a loving husband and dad,” – Netizen
Untung diberikan pasangan yang sangat membantu dan ambil berat dalam kehidupan seharian.
Siapa kata orang tinggal di apartment tak boleh bercucuk tanam? Bila ada minat, walaupun ruang yang terhad dapat juga digayakan dengan pelbagai tumbuhan.
Ini dibuktikan sendiri oleh saudara Asyraf dan ikuti perkongsiannya.
Rumah bujang je. Lelaki semua satu rumah. Tapi hobi kami sama. Satu kepala. Seronok. Suka tanam pokok, berkebun, bela kucing, burung, ikan hiasan.
Bila sekali sekala mak datang dari kampung duduk di rumah kitaorang. Mak pulak yang minta benih pokok bawa balik.
Siapa cakap rumah apartment tak boleh tanam macam macam. Jangan bagi kotor sudah la. Siap management puji rumah kami bersih macam rumah anak dara. Sekadar hobi je, balik kerja penat, stress pun hilang tengok semua ni. Tuhan Maha Kaya.
Arwah abah cakap jadi lelaki tak semestinya kena pergi merempit melepak baru anak jantan, banyak cara lain untuk jadi anak jantan. Islam jangan hanya pada nama, mesti jaga kebersihan dan belajar jaga hubungan dengan alam.
Dalam perancangan nak tambah lagi koleksi pokok. Strawberry, bunga ros dan orkid.
Dan ini antara tanaman yang sedia ada dikediaman apartmennya. Melihat semua ini, tentu dapat memberi inspirasi bagi kita semua untuk menghias kediaman dengan diserikan tanaman sepertinya ini.
sumber :Asyraf Khalib via KGTTS
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak hal membuatkan kita sebagai ibu ayah kurang sabar melayan ragam anak-anak. Kadang-kadang membuatkan tanpa sedar kita meninggikan suara dan menengking anak-anak jika berbuat silap.
Pun begitu, tahukah anda tindakan tengking, herdik dan meninggikan suara ini bukannya membawa kebaikan kepada anak untuk mendengar kata dan arahan kita. Malah lebih menyedihkan boleh menyebabkan anak tidak mendengar kata dan menjadi lebih agrasif.
Hal ini sebagaimana yang diterangkan ini.
Bahaya Tengking Anak
Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.
Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.
Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.
Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.
Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.
Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.
Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :
– lebih berisiko kena penyakit jantung
– lebih mudah kena depression dan anxiety
– kacau sistem pencernaan kita
– kacau tidur kita
– badan makin cepat gemuk
– lebih cepat lupa
– mudah sakit kepala dan migrain
Aduh. Jadi tak baik la tengking anak ni? Memang tak lah. Sebab efeknya bukan cuma pada anak tapi melarat sampai kepada tukang tengking anak tu juga.
Sebab tu saya selalu ajar ilmu ni pada isteri saya ‘bila rasa nak marah melampau tolong Time Out diri sendiri dulu’.
Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional’
Hati siapa yang tak sedih apabila mengenangkan nasib diri apabila tragedi yang menimpa mengakibatkan kehilangan anggota badan.
Bagi yang pernah mengikuti kisah seorang remaja perempuan, Siti Nur Azizah menjadi mangsa samun yang terpaksa dipotong tangan akibat kecederaan serius pastinya bersimpati dengannya.
Tragedi yang berlaku pada tahun lepas itu memberi kesan kepada perjalanan hidup anak sulung ini.
Terbaru, memetik laporan harian metro, Siti Nur Azizah Syafriad kini terpaksa menerima kenyataan kehilangan tangan kanan.
Dia yang kini merupakan peniaga dalam talian Sperlu tabah menjalani kehidupan demi keluarga tersayang.
Katanya, kini menjalankan perniagaan barangan kosmetik dalam talian dengan bantuan ibunya Roslinawati Ya, 39, sebagai salah satu sumber pendapatan keluarganya.
“Sejujurnya, saya cuba untuk kembali gembira seperti dahulu walaupun tragedi pada 26 Ogos tahun lalu masih tebal dalam ingatan.
“Saya belum memaafkan pelaku yang membuatkan saya kehilangan tangan kanan, namun saya cuba untuk tidak memikirkannya lagi kerana tiada guna untuk menangis kerana ia sudah terjadi.
“Sebelum ini, saya juga tidak pernah menangis mengenangkan tragedi itu, tetapi hanya menangis disebabkan kesakitan di bahagian kecederaan.”
Siti Nur Azizah berkata demikian selepas menerima kunjungan wakil Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR), Johan Rozali-Wathooth di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini, hari ini.
Menurutnya, selepas kisahnya disiarkan di akhbar Harian Metro pada 8 Mei lalu, dia menerima panggilan daripada beberapa pihak yang ingin membantu dalam pelajaran dan kewangan.
“Ada beberapa pihak yang datang dan bincang bersama ibu bagaimana mereka boleh membantu saya meningkatkan kemahiran berniaga.
“Selain itu, sekarang saya fokus untuk membantu keluarga supaya dapat sumber hasil pendapatan usaha saya sendiri,” katanya.
Sementara itu, Johan berkata, pihaknya tergerak hati mahu membantu keluarga Siti Nur Azizah selepas mendengar kisahnya daripada salah seorang penerima biasiswa YTAR.
“Azizah adalah seorang remaja yang cekal dalam menghadapi cabaran hidup selepas kemalangan yang menimpa dirinya.
“Saya berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu Azizah dalam mencetus minatnya dalam bidang keusahawan kecil,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan tangan kanan Siti Nur Azizah terpaksa dipotong hingga paras bahu susulan kecederaan dalam kemalangan bersama teman lelakinya, tahun lalu.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, motosikal Yamaha Y15ZR yang dinaiki mereka ditendang penyamun di Jalan Kuching, di sini, menyebabkan kedua-duanya terjatuh.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.