Bila sebut tentang pasangan selebriti, Pak Azad dan Eira Syazira, semestinya umum tahu gelagat suami isteri ini yang sering ‘masuk air’ dan tak pernah kering gusi bila melihat perkongsian dari mereka ini.
Seperti baru-baru ini, Eira ada berkongsi satu video di laman Instagramnya di mana dia gelagat Pak Azad dan ibu ketika berada di meja makan. Yang menjadi perhatian orang ramai apabila dalam video tersebut kelihatan Pak Azad sedang duduk sebelah ibunya itu untuk disuapkan makan.
Namun, bukan itu sahaja, Eira juga sempat membocorkan rahsia ‘terbesar’ Pak Azad di mana bila bersama keluarga dia mempunyai nama timangan iaitu, Min yang menjadi bahan guarauan Eira ketika itu.
“Dia yang beranakkan aku” harey betoll hahaha.
Ads
“Kisah semalam lepas dia balik kerja. Nasib ibu mertua kesayangan ada tolong suapkan. 😅
Ni lah dia Pak Azad sampai laniii makan bersuap lagi.🙄Sesuailaa dgn nama manja Mak hang bagi MINNNN oiiiiiii” tulis Eira di bahagian kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata selebriti dan warganet terhibur dengan video yang dimuat naik. Malah, ada juga yang mengusik semula nama Pak Azad yang digelar Min oleh ibunya.
Kehidupan ini sesingkat subuh. Usia dan ajal juga begitu rapuh. Tak kira di mana dan saat ketikanya Allah mahu mengambilnya, maka kembali ke pangkuan Sang Pencipta dengan tiada siapa mampu menghentikannya walau sesaat. Kenyataan ini sudah begitu lazim kita ketahui, namun bila saat ia benar-benar berlaku dalam keluarga sendiri, terasa kenyataan ini begitu mengejutkan malah berat dan sedih untuk dilalui.
Ini sepertimana memetik laporan daripada Sinar Harian bila mana hasrat seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A baru-baru ini untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan tidak kesampaian selepas meninggal dunia secara mengejut pada Sabtu.
Bercerita mengenai Allahyarham, ibunya, Norhaswati Nawawi, 44, berkata, pada Rabu, Nadrah Wajihah mengalami demam yang pada awalnya disyaki denggi namun selepas pemeriksaan kesihatan dibuat hanyalah demam biasa.
Katanya, bagaimanapun pada Sabtu, anak sulung daripada empat orang adik beradik itu tiba-tiba tidak sedarkan diri kira-kira jam 3.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 4.45 petang.
“Pemergian Nadrah sangat mengejutkan buat kami sekeluarga kerana dia memang tak ada sejarah apa-apa penyakit sebelum ini, tiba-tiba sahaja dia rebah dan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Kami reda dengan pemergiannya kerana semua ini ketentuan ALLAH. Kami sayangkan Nadrah tetapi ALLAH lebih sayangkan dia dan ALLAH telah pinjamkan dia kepada kami selama 18 tahun,” katanya dengan sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pada Isnin.
Bahagia Bertukar Duka
Norhaswati berkata, Nadrah Wajihah pada Khamis mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di University of Cyberjaya melalui Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Menurutnya, pada Jumaat pula, Allahyarham mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat Asasi Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Norhaswati yang merupakan seorang guru berkata, dua berita gembira itu bagaimanapun berakhir dengan kesedihan apabila Nadrah Wajihah dijemput Ilahi pada Sabtu.
“Memang Nadrah bercita-cita nak jadi doktor hafizah selepas dia berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran pada bulan Ogos tahun lalu. Walaupun tak kesempaian nak menyambung pengajian, saya percaya dia sebenarnya sudah berjaya mencapai cita-citanya.
“Dia anak yang sangat baik dan tak pernah meminta-minta daripada kami. Pemergiannya sangat dirasai bukan sahaja keluarga tetapi rakan-rakan dan guru-guru yang pernah mengajarnya,” katanya.
Pasangan Kembar Reda
Sementara itu, kembar Allahyarham, Sarah Wajihah Hamadi, 18, berkata, pemergian kakaknya itu amat dirasai tetapi dia tetap reda dengan apa yang berlaku.
Menurutnya, sejak dari kecil mereka tidak pernah berpisah malah pemergian Allahyarham pada Sabtu merupakan perpisahan pertama dan terakhir buatnya.
“Allahyarham seorang yang tak lokek ilmu dan selalu beri tunjuk ajar kepada kawan-kawan. Mungkin itu antara rahsia kejayaan dia. Dia juga tak banyak cakap dan bercakap bila perlu sahaja selain sangat disenangi semua orang.
“Allahyarham juga rajin baca Surah As-Sajadah. Kami selalu berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan. Kadang-kadang kami berkongsi minat yang sama,” katanya.
Sarah Wajihah berhasrat menyambung cita-cita kakaknya dalam bidang perubatan walaupun telah menerima tawaran menyambung pengajian dalam bidang Perbankan Islam di sebuah universiti di Jordan.
Dana pendidikan amat penting untuk memudahkan kita menguruskan kewangan apabila anak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Selain menyimpan duit di bank, kita boleh juga menyimpan dalam bentuk emas demi masa depan anak-anak. Mula rancang kewangan kita demi masa depan mereka. Salah satu cara untuk menyediakan dana pendidikan untuk anak-anak adalah melalui simpanan emas.
Dengan simpan 1 gram setiap bulan, anda boleh membuka akaun emas untuk simpanan anak-anak. Sama seperti simpanan duit di Tabung Haji, cuma akaun emas ini anda akan menyimpan dalam bentuk gram emas.
SIMPAN EMAS 1G SETIAP BULAN
“Sangat beruntung anak anak yang mulakan simpanan emas di usia masih muda.”
BEGINI CARANYA DAPAT RM28000!
Menerusi Tiktik Akaun Nurazilawati Zakariamemberi tip menyimpan 100 gram untuk dana pendidikan anak-anak.
1. Buka akaun emas
2.Simpan 1g setiap bulan
3. 8 tahun 4 bulan cukup 100g
100g bersamaan dengan RM28,000 (ikut nilai pasaran emas)
8 tahun akan datang nilai emas akan lebih berganda.
Ketika cuti sekolah beginilah kita perlu isi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti bermanfaat bersama anak-anak. Salah satunya adalah lakukan aktiviti bermain warna air. Memandangkan kanak-kanak memang suka dengan warna.
Apa yang mengujakan tentang warna ini pula, tahukan anda warna air boleh kita hasilkan sendiri!
Bagaimana, apa bahannya, selamat ke tidak, senangke buatnya dan pelbagai lagi soalan yang berlegar difikiran, semua ini terjawab melalui perkongsian bermanfaat daripada Yatie Eimra ini.
WARNA AIR DIY
”Dah beberapa hari Fayyadh mintak ‘nak main color²’.. Semalam baru berkesempatan nak buat warna air DIY ni. Dah agak lama juga tak buat aktiviti mewarna gunakan warna air ni. Maklum lah, aktiviti mewarna ni agak messy & sesuai dijadikan aktiviti sebelum & masa mandi.”
Banyak resipi untuk buat warna air ni sebenarnya, tapi saya suka gunakan resipi ni sebab selain gunakan 4 bahan je, ia selamat digunakan untuk bayi.
Kalau ada ibu² yang nak abadikan moment anak membesar, boleh juga gunakan warna ni untuk buat cop tapak tangan bayi.”-Yatie Eimra
Bahan-bahan:
80ml sabun/syampu bayi (sebaik²nya warna jernih/putih)
2½ sudu makan tepung
2 sudu makan air
Pewarna makanan
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan kecuali warna.
2. Asingkan sedikit bancuhan tepung untuk setiap warna yang dikehendaki.
Cara penyimpanan:
Jika ada lebihan bancuhan tadi, boleh disimpan di bahagian chiller (tahan beberapa minggu) atau boleh juga difrozenkan (tahan beberapa bulan).
Tip tambahan:
1. Ji tiada palet warna, boleh gunakan penutup botol yang dilekatkan dengan double sided tape (elak tumpah).
2. Selain membuat cop tangan & menggunakan berus lukisan, boleh juga gunakan pompom/span/sayur²an sebagai cop.
3. Gunak lapik pinggan (coaster) sebagai alternatif untuk kertas. Selepas bermain, boleh latih anak untuk mencuci lapik pinggan tersebut semasa mandi. Anak² akan teruja melihat air berubah warna & lapik kembali bersih.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.