Buat anda yang telah pun menanam pokok cili, mesti pernah mengalami pokok yang ditanam diserang serangga perosak yang mengakibatkan daun pokok bertompok-tompok putih dan sekali gus menyebabkan daun berkerinting dan menjadikan pokok tidak subur.
Bena putih ini sangat gemar berada di bawah daun pokok cili. Jika tidak dikawal dari awal akan menyebabkan pokok cili yang ditanam mati akhirnya.
Sebenarnya banyak petua dan kaedah untuk membasmi bena putih tersebut, dan salah satu yang boleh digunakan adalah dengan kaedah yang dikongsikan oleh Sabariah ini.
Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan tanpa menggunakan modal malah apa yang lebih penting, ia cukup berkesan.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Pokok cili kecil lagi tapi daunnya dah kena serang. Siap ada bena putih lagi banyak duduk kat belakang daun.
Hari tu sab ada terbaca ada orang share cara nak elakkan daun pokok cili kena bena putih, elak daun kerinting dan bergulung-gulung.
Banyak versi sebenarnya. Tapi sab guna cara ni sebab barang mudah nak dapat. Murah pulak tu..ehehe. Sab dah try Alhamdulillah menjadi.
Korang nak tahu caranya boleh tengok kat gambar.
Ads
1. Sebelum masak nasi kita basuh beras dulu. Air basuhan itu jangan buang. Boleh buat baja.
2. Simpan air basuhan beras yang pertama dan yang kedua.
Ads
3. Simpan dalam botol. Boleh biarkan sehari dua.
4. Lepas dah dibiarkan dalam sehari dua, tuang air basuhan beras ke dalam botol spray.
Ads
5. So, bolehlah kat tanaman. Kat depan dan belakang daun. Spray jugak kat batang pokok cili dan tanah.
6. Inilah hasilnya dari pokok cili kecil sampailah besar saya spray dengan air basuhan beras. Daun cili cantik dan serangan serangga pun kurang. Kena buat selalu baru menjadi.
Perkara biasa yang kita akan berikan jika anak-anak demam selain makan ubat yang disarankan doktor, kita juga akan menyediakan bubur nasi untuk dimakan oleh anak-anak.
Memandangkan kita dapati bila anak demam atau sakit, mereka tiada selera makan dan sup dikatakan dapat membuatkan mereka ada selera untuk menjamahnya.
Pun begitu tahukah anda, bahawa sup yang dimasak dengan gabungan bahan-bahan terpilih boleh dijadikan sebagai sup yang dapat membantu meredakan demam, selesema atau pun batuk.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ainini Zainal berkongsi pengalaman sendiri apabila sudah lebih 9 tahun mengamalkan menyediakan kuah sup istimewa ini setiap kali anak-anaknya kurang sihat dan sekali gus bertujuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan seisi keluarga jika diamalkan.
Menurutnya bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk sistem imun badan anak.
Jadi bolehlah anda mencubanya dan lihat kesan positif pada anak-anak dan keluarga anda.
Ini perkongsiannya.
Resipi sup anak demam, selesema, batuk.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak.
Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah:
Madu.
Habbatus Sauda.
Minyak Zaitun.
Minyak kelapa.
Air kelapa tanpa gula.
Singgang.
Broth Soup.
Broth Soup?
Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba.
Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai natural supplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Bila tak sihat, berikan 2,3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu
– turunkan suhu badan
– melawan kuman dan bakteria dalam badan
– meredakan selesema dan batuk
– sumber elektrolit untuk badan
– melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak.
– menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis.
Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
1 labu bawang putih.
2 biji bawang besar.
3 inci halia.
2 inci kunyit.
¼ biji labu.
1 biji lobak merah.
Organic Shiitake Mushroom (optional).
Apa apa sayuran hijau.
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang.
2 liter air.
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping.
1 sudu besar Garam Himalaya.
Organic.celery, jika ada.
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam.
Atau
Guna.slow cook dan masak 2-4 jam.
Atau
Jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya.
Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasaMSG, kiub masakan komersial tinggiMSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Kalau ke utara, menu paling popular pastinya laksa kan. Itulah yang menjadi kegemaran ramai. Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Resipi ini dikongsikan oleh Siti Nadwa Rozalimenerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Kes upload pic laksa petang tadi, tudiaa ternyata qamai sunggoh nohh #teamLaksa 😀🙋
Sini maknad sertakan resepi kuah laksa cara maknad
Bahan-bahan laksa:
Kuah laksa cara maknad::
Rebus ikan kembung 1kilo
Dah rebus asingkan isi dan tulang
Air rebusan tadi tu jgn buang, tapis dan guna air rebusan tu utk blend.
Blend banyak kali biar betul2 halus dan tapis
(ulang tapis banyak kali ok jgn malas utk dptkan kuah yg tnpa tulang)
Kuah tu biar sedang2(kira tak cair sgt tak pekat sgtlah baru layann)
Ok kemudian blend 3biji bawang besar, belacan saiz ibu jari sudahlaa stgi byk2 resdung pulak
Ok cabai kering rebus diblender halus maknad guna 5camca. Kalau nak pedas lagi tambah laa, maknad buat takpedas sgt sbb anak2 blh makan sekali,jgn lupa blend cabai melaka dlm 2biji(yg ni mama n makmntua kata nak bagi kuah wangi cabai) 😝depa laa kata
Ok jgn lupa letak asamkeping, daun buat laksa tu apa nama ntah (tiba2lupa rasanya cenehom @kesum @daun asam pedas kot 😂), bunga kantan
Ok pastu letakla garam, cukop rasa dan sikit je gula
Ok pastu biarkan ia mendidih dan siap.
Kan mudahh jaa 😋
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jauh perjalanan luas pemandangan, begitulah indahnya dalam kita mentafsirkan bila seseorang itu sering mengembara ke tempat asing. Banyak kebaikannya dan pengalaman itu cukup berharga.
Begitu juga dengan perkongsian pengalaman peribadi daripada Puan Nur Liyana Farahin yang berkesempatan melihat sendiri satu lagi bukti kewujudan ‘harta Qarun’ yang telah dibenamkan Allah ke dasar bumi ketika melawat ke negara Mesir. Dan diharapkan bila kita membaca perkongsian ini juga dapat memdidik hati agar jangan pernah hidup sombong bila berharta.
Ini perkongsian penuh daripadanya.
MENANGIS DI ISTANA QARUN
Sekaya dan semegah mana pun dikau di dunia, sebanyak mana pun harta mampu dikumpul. Selagi mana angkuh dan leka dari Tuhan. Segalanya pasti kan kembali ke tanah jua.
Firman Allah,
“Maka Kami benamkanlah Qarun beserta istananya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).” (QS 28:81)
Begitulah kisah Qarun, yang harus kita ambil iktibar dan pengajaran. Sentap habis Fara bila menjejak kaki ke saki baki peninggalan istana besar Qarun yang Allah zahirkan buat kita semua sebagai bukti kewujudan ‘harta Qarun’ yang telah dibenamkan Allah ke dasar bumi.
Akhirnya kawasan segala harta, khazanah dan istananya yang terlalu besar itu, pada hari ini telah menjadi tasik yang tiada penghujung, seluas mata memandang. Ajaibnya, tasik kedua terbesar didunia ini berada di tengah-tengah padang sahara yang kering kontang, membuktikan tanah di situ telah ditelan bumi.
Tasik Qarun sejauh mata memandang, berjam-jam naik kereta pun tak sampai ke hujung lagi. Tasik=dibawahnya semua harta Qarun.
Video ini menunjukkan Tasik Qarun sejauh mata memandang, berjam-jam naik kereta pun tak sampai ke hujung lagi. Tasik=dibawahnya semua harta Qarun.
Antara ciri-ciri Qarun seperti yang disebut dalam Al-Quran adalah suka mempamerkan harta dan kufur nikmat, tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada, sedangkan dulu Qarun ini adalah seorang yang miskin.
Diceritakan bahawa 60 ekor unta diperlukan untuk membawa kunci-kunci bagi gudang segala hartanya didampingi ratusan lelaki gagah.
Itu baru je kunci, bayangkan betapa besar istana dan gudang Qarun. Kita ni pula, harta baru je Allah bagi sedikit pun dah sombong. Tak sedekah.
Fara hanya mampu terdiam, terpaku sepanjang perjalanan berjam kami ke sana, sebab terlalu dahsyat perasaan dan ketakutan yang membekas dalam diri, apabila kita naik kereta berjam-jam pun tak habis-habis lagi tasik tadi. Jadi Qarun yang kita selalu dengar cerita ni, kekayaannya itu tak mampu dibayangkan. Dan segalanya lenyap begitu saja.
Sehingga di satu tempat penghujung tasik Qarun, ada terbentuknya satu keajaiban, iaitu air terjun semula jadi. Padahal di tengah-tengah padang pasir, sebab dulu tanah di situ dah terbenam jauh ke dalam bumi.
Sebenarnya istana dibelakang Fara ni pun baru je timbul kembali beberapa tahun kebelakangan ni selepas air tasik mula surut sebagai peringatan kepada ummat akhir zaman. Memang, nampak jelas kesan istana ini pernah ditenggelami air.
Bahkan kesan peninggalan istana yang kita nampak ni pun hanya 3 tingkat atas. 3 tingkat bawahnya masih dalam perut bumi. Istana Qarun ni memang sangat dahsyat seni binanya, antaranya memang ada ruang khas bagi cahaya matahari masuk dan menerangi segala harta Qarun. Macam dalam movie The Mummy.
Ya Rabb. Ampunkan kami… Sama-sama jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan pedoman kita bersama.
Dalam istana Qarun yang diterangi dengan cahaya matahari, melalui seni bina yang mengagumkan.