Pastinya kala ini, ramai yang menghitung hari untuk pulang ke kampung. Maklumlah sudah dua tahun kita tidak meraikan Adilifitri bersama keluarga di kampung.

Dijangka tahun pada tahun ini, akan berlaku kesesakan luar biasa! Bayangkan jika keadaan lebuh raya jem ‘melekat’ sudah tentu perjalanan yang singkat menjadi bertambah lambat.

Cakna mengenai hal ini, baru-baru ini PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan memuat naik di twitter rasminya jadual Cadangan Waktu Perjalanan Balik (TTA) Kampung dan Pulang ke Bandar sempena perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.

 

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, TTA bertujuan mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rawat dan rehat (R&R), sekali gus mengurangkan kesesakan.

Katanya lagi, pihaknya menjangka dua juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya memandangkan ini adalah kali pertama selepas dua tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau menasihati supaya pengguna lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar,” katanya.

Bagi perjalanan dari Lembah Klang untuk balik kampung beraya pada 29 April hingga 2 Mei ini menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

Sementara itu, bagi yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari.

IKLAN

Jadual perjalanan pulang ke bandar bagi kembali ke Lembah Klang pada 5 hingga 9 Mei daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.

Berdasarkan kajian, Zakaria memaklumkan bahawa perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pelanggan lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan yang lebih panjang sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA.

“Pelanggan lebuh raya dari Utara ke Lembah Klang, mereka dijangka akan mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebih panjang daripada purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya selepas jam 9 pagi.

“Bagi tempoh perjalanan dari Selatan ke Lembah Klang pula bakal mencecah sehingga tujuh jam atau dua kali lebih panjang berbanding purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya pada masa yang sama iaitu selepas jam 9 pagi.” katanya dalam kenyataan hari ini.

PLUS juga menasihati pelanggan supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik supaya selamat sampai ke destinasi.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

IKLAN

Elak Jem ‘Melekat’, PLUS Syor Ikuti Jadual Balik Kampung Raya.

Sumber: Berita harian

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania 

IKLAN

 

Bintang Kecil:  

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz

Elak Jem ‘Melekat’, PLUS Syor Ikuti Jadual Balik Kampung Raya.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI