Setiap anak mempunyai peelnya tersendiri. Anak sulung, anak tengah dan bongsu sudah tentu mempunyai karenah.

Kita sebagai ibu bapa tentu harus bersabar dengan sikapnya. Biarpun kadang kala buat kita ‘mengucap’ panjang.

Namun apa yang pasti, setiap kerenah anak itu jangan biarkan, sebagai ibu bapa kita kena menegurnya.

Nak tahu lanjut karenah anak nombor dua. Jom ikuti perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang sering membuat coretan mengenai keibubapaan.

Anak Nombor Dua Paling Banyak Buat Kita ‘Mengucap’ , Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat Segera!

Anak nombor 2 paling banyak buat kita mengucap!

Anak paling kuat melasak, paling kuat memanjat, paling kuat terjah badan kita dan paling kuat keras kepalanya.

Kita marah ke, garang ke, dia tak heran pun. Muka selambe tak tahu takut orang.
Memang, biasanya anak nombor 2 ni la paling lasak, paling gasak dan paling tak makan saman.

Anak-anak lain pun ada je, tapi yang nombor 2 paling selalu buat kita mengucap.
Astaghfirullah al azim…
Cuma satu la, kadang bila dah terlalu lasak dan gasak ni kadang dia boleh lampaui batas juga.

Sayang sayang juga tapi soal adab kita kena juga titik beratkan tau.
Terutama adab terhadap ibu dan ayahnya. Mana-mana tingkahlaku yang huduh sangat tu terus instant remove, jangan tangguh-tangguh.

Kalau nampak dia buat begini pada ibu & ayahnya :
– cepat memukul
– suka tinggi suara
– selalu marah-marah
– menyampuk ketika bercakap
– melawan cakap

Cepat-cepat larang dan lentur sebelum menjadi parah. Umur 0-3 tahun ni fasa paling senang nak lentur, menjelang 4 tahun payah sikit dah sebab dia dah pandai auta sikit-sikit.

Anak nombor 2 paling banyak buat kita mengucap tapi kalau dia tidur atau pergi sekolah kita pula yang rasa bosan. Huh!
Wallahu A’lam,

Sumber: Mohd Fhais Salim

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Anak Nombor Dua Paling Banyak Buat Kita ‘Mengucap’ , Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat Segera!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI