Anak-anaklah penyeri sebuah perkahwinan. Biarpun anak pelbagai keletah yang kadang kala memeningkan kepala, namun ia tetap jadi pemanis sebuah kehidupan keluarga. Momen bersama anak, pastinya menjadi kenangan manis.
Begitulah yang dikongsi oleh hos dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi di instagramnya mengenai kisah keletah anak-anaknya yang aktif sehingga dinding rumah jadi kawasan contengan anaknya.
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang Mata Dan Main Bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan Giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan Isyarat Tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan Dan Minat Anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan Perasaan & Pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan Perkataan & Ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan Ujaran Anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau.. Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum sudah sedia maklum pergolakan yang berlaku dalam rumahtangga pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin. Baru-baru ini Puteri Sarah mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga bersama suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada minggu lalu.
Menurut Sarah, Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di JAWI serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada penghujung Jun lalu.
Namun, aktres berumur 37 tahun ini tidak dapat memaklumkan tarikh sebenar keterangan itu dibuat berikutan enggan mengganggu siasatan.
“Apa yang boleh saya beritahu, dia sudah pun tampil beri keterangan dan sekarang pegawai penyiasat sedang jalankan siasatan.
“Siasatan juga mengambil masa dan Insya-Allah selepas selesai saya akan bertindak ke peringkat seterusnya.
“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan.” katanya ketika sidang media teater Maduku Terpaling Kalut yang diadakan di Ascott Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia berasa lega melihat perkembangan kes aduannya itu yang berjalan dengan baik.
“Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang tetapi alhamdulillah, ada progres.
“Saya tak kisah menunggu asalkan ada pergerakan tentang siasatan ini. Nampak usaha keras saya berjalan.” tambahnya.
Dalam pada itu, Sarah menyatakan kini dia dan keluarga tidak lagi diganggu oleh pihak ketiga selepas arahan injuksi dikeluarkan.
“Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya.
“Sekarang saya akui hidup saya lebih aman.” ulasnya.
Minggu lalu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan suaminya Syamsul Yusof.
Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Sumber : Gempak
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan suami isteri ad acara tersendiri untuk merealisasikan impian perkahwinan mreka.
Ada yang mengambil masa berbulan-bulan untuk membuat persiapan, tak kurang yang memilih saat akhir berbuat demikian.
Dengan alasan cukuplah majlis yang ringkas namun cukup manis untuk dikenang di kemudian hari.
Dengan juga dengan pasangan merpati sejoli ini. Mereka memilih majlis yang cukup simple.
Pelamin pasangan ini telah digubah dan dihias sendiri oleh rakan baiknya yang dikenali sebagai Yusra.
Yusra juga telah memuat naik sebuah posting dan beberapa keping gambar mengenai pelamin kawannya itu.
.
Biarpun cukup ringkas dengan hanya dihiasi dengan belon-belon yang terapung, kerusi dan backcrop. Tetapi tiada siapa sangka, hasilnya amat mengagumkan!.
.
Menurut Yusra lagi, konsep dan idea asal mengenai pelamin ini adalah permintaan dari kawannya yang menginginkan pelamin DIY dan ringkas sahaja. Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman twitter Yusra baru-baru ini.
I buat pelamin my friend. Simple je sbb dia tak suka crowded sangat. Belon, backdrop and kerusi je. Semua last minute. Pukul 8 mlm sanding pukul 630 ptg baru start tiup belon. Even simple tp i suka. pic.twitter.com/ZeCPa0imNN
Pelamin belon ni mmg idea pengantin sendiri dari awal sbb dia nak pelamin DIY je. Helium balloon mmg kena tiup lambat sebab helium gas can last 8-12 hours je. Lepastu dia dah tak cantik dah.
Menurut penjelasannya dalam temubual Mstar, belon-belon berkenaan telah ditiup, dan dekorasi pelamin tersebut telah disiapkan dalam masa lingkungan 3 jam sebelum majlis bermula.
Malah, kos yang dikeluarkan untuk pelamin tersebut sangat jimat yang hanya menelan belanja kurang dari rm500 sahaja.
Menarik kan idea ini, bukan sahaja menjimatkan kos majlis kahwin, malah deko yang simple juga membuatkan suasana menarik kerana tidak terlalu sarat. Yang penting fokusnya pada pengantin raja sehari kan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.