Baru-baru ini harga emas dikatakan telah dijual pada harga yang murah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli emas pada waktu ini.
Ekoran daripada itu, ramai yang menyerbu kedai emas untuk membeli barang kemas. Namun, sebelum membeli emas, beberapa perkara yang perlu diketahui.
Ikuti perkongsian ini.
_______________________________________________
Jika beli emas 2 perkara yg perlu tahu
Ads
Jadi, jangan tengok segram murah maka terus rasa murah, lihat dulu jika ada upah,
Harga emas sahaja yang ditawarkan atau harga emas campur harga upah. Jadi perlu bijak memilih.
Jika harga emas sahaja contoh harga emas segram di kedai A rm240 (916) dan tiada upah. Saya membeli 20gram emas 916. Maka cara kiraanya
Rm240×20gram: Rm4800. Inilah jumlah yang perlu saya bayar iaitu RM4800.
Saya pergi ke kedai B. Di kedai B harga emas segram RM225 (916) wah….jauh murah segram dari kedai A..opppppssss nanti dulu ye, kedai B mengenakan upah bagi setiap design yang mereka jual. Saya berkenan dengan rantai tangan seberat 20gram. Rantai tangan tersebut upahnya rm 400. Maka cara kiraannya,
Ads
Rm225×20gram= RM4500 ( belum upah ye, ini baru emas sahaja)
Saya perlu campurkan RM4500 + RM400(UPAH)= RM4900
JADI di sini, kedai A= RM4800 Manakala kedai B= RM4900 beza harga disitu rm100. Maka kedai A lebih murah .
Ok mari kita kira berapa segram yang sebenar2nya kedai B . Ambil harga penuh iaitu rm4900÷20gram = rm245 segram.
Ads
Maka
emas dikedai A= Rm240 segram
Emas dikedai B= RM245 segram
Jadi, jangan tengok segram murah maka terus rasa murah, lihat dulu jika ada upah, berapa upahnya, kira2 hingga dapat harga segram berapa RM. Upah biasanya bergantung kepada patern. Lagi gempak patern biasanya lagi mahal upahnya. Jangan segan pinjam calculator staff kedai tu, tak pun keluar je hp sendiri tau
Ilmu emas untuk yang sedang beratur untuk memukat emas saat harga emas sedang murah sekarang ni. Mentang-mentang tengah berSINAR
Kalau sebut bab poligami, yang paling suka semestinya kaum lelaki. Tetapi kalau bicara soal tanggung jawab, mula berdolak dalik.
Kemampuan diri tidak dinilai, sebaliknya nafsu lebih dipentingkan. Itulah yang menyebabkan rumah tangga berantakan. Sudah punya isteri cantik, baik dan bertanggung jawab, namun mata masih memandang ke arah lain. Ada isteri sanggup bersusah payah namun apabila senang si suami mula cari yang lain dan melupakan segala pengorbanan isteri.
Sebab itu, untuk mendapat pasangan yang setia, baik dan bertanggung jawab sukar andai dinilai semata-mata pada faktor kewangan dan cinta. Ada kes yang baru hidup bersama, sudah timbul bibit-bibit pergaduhan.
Bagi sesetengah lelaki, mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk berpoligami. Berjaya atau tidak, berani atau takut semuanya terletak di tangan lelaki. Kalau tak ada sebab pun suami yang berhajat berkahwin lebih daripada satu akan mengadakan atau mencari-cari sebab untuk membenarkan keinginan mereka berkahwin lagi
Oleh itu, apabila seorang lelaki hendak berpoligami, dia hendaklah memenuhi syarat ditetapkan terutamanya berlaku adil.
Berikut adalah perkongsian dari saudara Mizan Dzai yang mungkin menjawab persoalan para isteri selama ini.
TAK INGIN DIMADU.
Tak rela. Tak terfikir. Tak terlintas. Tak tercapai dek logik akal yang adik akak semua bakal dimadukan.
Betul?
Tapi kalau ada adik akak yang dah bersedia seawal mula bernikah, anda luar biasa!
Sebab itu sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan, perlu untuk persiapkan diri dengan ilmu dan kepentingan serta hak sebagai seorang isteri.
Sebagai bakal isteri, perlu untuk kau tahu apa yang sepatutnya kau minta sebelum dinikahi dan seperti yang kebanyakkan kita tahu, Mahar iaitu Mas Kahwin itu merupakan salah satu syarat dalam pernikahan.
Ini tidak, asik dok sibuk fikir pasal hantaran RM25,000 la, handbag Louis Vuitton la, baju sanding bertatahkan batu Swarovski la, nak Anuar Zain menyanyi kat kenduri la apa la.
Udah-udah ler buang duit tu, ikut kemampuan.
Untuk pengetahuan adik akak, Mahar ini merupakan pemberian dari boyfriend atau kekasih hati kepada kau, calon mempelai wanita dimana nilainya ditentukan oleh kau sendiri dan dalam pelaksanaannya nanti nilai tersebut dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Kerana itulah dia, Mahar yang merupakan tanda kesungguhan dari lelaki untuk bernikah dan kau berhak menentukannya supaya tak ada penyesalan dalam rumahtangga esok.
Kata nak anak dara orang, takkan yang jantan-jantan ni main sondol sesaja ye tak?
Kata sanggup redah lautan api, kata sanggup genggam bara api menjadi debu?
Bila ditanya tentang Mahar ini, kau digalakkan untuk meminta supaya selama kau masih hidup dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri, suami tak boleh bernikah dengan perempuan lain.
Biasanya lelaki akan kata Mahar yang kau minta itu tak logik, sepertinya mengharamkan poligami dalam Islam.
Seperti satu diskriminasi buat kaum lelaki yang kononnya gagah perkasa, kacak bergaya dan mampu menjaga lebih dari seorang isteri.
Tak adik akak, langsung tidak.
Para Ulama dah membahaskan tentang perkara ni panjang lebar. Tang mana yang adik akak minta sebagai Mahar tadi kononnya mengharamkan poligami yang dibolehkan dalam Al Quran?
Contoh senang faham, lepas kahwin esok suami tak boleh makan budu sebab isteri tak suka bau dan rasa budu sebab kau akan loya misalnya, adakah itu bererti kau sebagai isteri mengharamkan budu?
Wanita yang meminta syarat Mahar seperti ini adalah kerana baginya ianya berfaedah untuk dia dan anak-anak nanti.
We called it long term investment.
Cuma mungkin untuk adil, kedua-dua pihak kena meletakkan syarat.
Andai kata si isteri tidak mampu memberikan zuriat pada si suami, tugas sebagai isteri memberi zuriat anak tidak tercapai, maka hendaklah dibenarkan suami menikahi orang lain seperti Nelofa atau Aida Jebat.
Tapi, kau yang suami pun tak rugi mana sebab hanya tak boleh buka cawangan baru semasa isteri masih hidup dan semasa dia masih boleh menunaikan kewajipan sebagai isteri.
Kecuali kalau isteri tu sakit bertahun-tahun dan tak mampu jalankan tugas sebagai isteri, haa menikahlah kau lagi dua tiga orang.
Itu dibolehkan oleh Para Ulama.
Dipersetuju dari kitab Al-Mughni karya Ibnu Qudamah halaman 93 iaitu ;
“Yang wajib dipenuhi adalah syarat (yang bakal isteri minta) yang manfaat dan faedahnya kembali pada isteri misalnya, suami takkan membawa isteri keluar dari rumah atau dari kampungnya, tidak kemana-mana dengan membawanya atau tidak akan menikah ke atasnya”
Syarat seperti ini wajib ditepati oleh si suami, untuk si isteri dan kalau tak ditepati maka si isteri berhak meminta dihapuskan nikahnya (bukan jatuh Talak).
Hal ini diriwayatkan dari Umar bin Khattab R.A dan Saad bin Abi Waqas Muawiyah dan Amr bin ‘Ash.
Kadang, isteri kita ni cuma ingin jadi seperti Fatimah, puteri baginda Nabi yang seumur hidupnya tidak dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Thalib, sepertinya Khadijah yang selama berumahtangga dengan Rasulullah SAW juga tak pernah dimadu.
Kalau yang lelaki suka mencontohi Rasulullah, kenapa yang wanita tak boleh mencontohi Khadijah dan Fatimah?
Kalau yang lelaki takut dengan syarat-syarat Mahar itu, bunga bukan sekuntum bang. Kemon.
Bernikah lagi itu tidak salah, isteri yang meminta untuk tidak dimadukan pun tidak salah, mereka bukannya mengharamkan poligami.
Yang salahnya kita ni bila keperluan wajib si isteri dan anak-anak pun tak terjaga tapi kita gatal kepala merenyam nak tambah penyakit, itu yang salah.
Kita suami ni cukuplah asik sembang poligami tak habis-habis. Jagalah perasaan isteri, hargai dan selamilah hati isteri.
Dan buat adik akak pula, berlaku adillah pada suami dimana jangan pula aurat kau itu dikongsi dengan lelaki lain seperti mana kau tak ingin dikongsi.
Semoga bermanfaat, in shaa Allah. Untuk tidak terlepas atau inginkan lebih Tips Premier tentang Seni Kehidupan, Perkahwinan dan Perniagaan boleh sertai Telegram Channel PERCUMA : https://t.me/TipsPremierMizanDzai
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran anak, tentu kita sebagai ibu ayah teruja untuk memberikan hadiah istimewa sempena meningkatnya usia anak kita. Kalau dapat, kita akan cuba usahakan untuk membeli hadiah yang menjadi kesukaan anak-anak.
Begitulah juga kisahnya untuk keluarga ini yang sedang meraikan majlis hari lahir anaknya yang juga turut dihadiri oleh ahli keluarga yang lain. Di majlis tersebut ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal kepada anak lelakinya.
Ternyata anak tersebut cukup gembira dan bahagia menerima hadiah daripada ayahnya namun setelah datuknya sampai di muka pintu, tiba-tiba anak tersebut dilihat lebih teruja melompat keriangan dan gelagatnya cukup menarik perhatian warganet.
Hadiah Atuk Lebih Hebat
Menerusi video ini dilihat anak lelakinya hanya menaiki basikal tersebut beberapa minit sahaja dan terus turun daripada basikal tersebut apabila terlihat atuknya datang dengan membawa hadiah yang lebih hebat pada pandangannya.
“Tak tahu nak nangis ke gelak, ayah dia tak sempat nak tekan button record anak dia naik basikal”-Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen cukup terhibur dengan gelagat anak tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Bahkan di perkongsian video lain, dapat dilihat bukan sahaja hadiah daripada ayahnya sahaja ‘direject’ malah boleh dikatakan semua hadiah lain tidak dapat menandingi kehebatan hadiah yang diberikan oleh atuknya.
Apa yang pasti, memang hebat pemberian daripada atuk ini sebab dalam banyak-banyak hadiah yang diberikan tiada satu pun mampu ‘menawan’ hati anak ini.
Tukar duit raya guna khidmat ‘runner’, UAI kongsi cara nak elak riba. Meskipun menukar not kertas untuk duit raya menjadi amalan biasa, terdapat situasi tertentu yang boleh membawa kepada riba jika tidak dilakukan dengan betul.
Menukar wang kecil untuk dijadikan sebagai duit raya antara persediaan yang dilakukan untuk menyambut hari raya. Bagi yang sibuk, mereka akan menggunakan khidmat ‘runner’ bagi tujuan tersebut.
Namun timbul persoalan, apakah dibolehkan umat Islam menggunakan perkhidmatan ini? Ada yang mengatakan ia termasuk dalam unsur riba, benarkah begitu?
Menjawab persoalan tersebut, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum menggunakan khidmat untuk tukaran duit raya ini bergantung kepada pelaksanaannya.
“Jika tukaran RM100 dan hanya mendapat RM98 kerana RM2 itu dikira upah, maka haram hukumnya. Itu riba namanya.
Bagaimanapun katanya, khidmat upah tersebut diharuskan sekiranya tukaran tersebut sama nilainya selain bayaran upah dibuat selepas tukaran selesai.
“TUKAR DUIT RM520 DENGAN RM500, PERTUKARAN ITU TIDAK BETUL DAN HARAM. KENA TUKAR RM500 DENGAN RM500 JUGA DAN SELEPAS ITU BERI RM20 KERANA UPAH, ITU BARU BETUL (DIHARUSKAN),” HURAINYA.
Situasi tersebut sama juga hukumnya dengan tukaran wang kecil untuk tujuan lain selain duit raya.
Bagaimanapun ada dua syarat yang perlu dipenuhi ketika menukar duit tersebut agar kita tidak terlibat dengan riba.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dua syarat tersebut ialah mesti sama kuantiti tukaran dan dilakukan secara serta-merta.
“SEKIRANYA KUANTITI TUKARAN TIDAK SAMA, MAKA TRANSAKSI TERSEBUT TERGOLONG DALAM KATEGORI RIBA AL-FADL.
“Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong dalam kategori riba an-Nasiah,” katanya seperti disiarkan dalam laman rasminya yang bertajuk Al-Kafi #1847: Jenis-jenis riba di sisi mazhab Syafie.
Katanya lagi, selain itu terdapat juga transaksi yang niat asalnya dilakukan secara serta-merta namun terlewat dari sudut penyerahan barang.
“Sekiranya hal ini berlaku, transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Yadd iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan barang walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan.
“Akhirnya, menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk memastikan setiap jual beli yang dilakukan tidak terjerumus dalam kancah riba yang diharamkan oleh ALLAH dan rasul-NYA,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.