Berita

Enam Beranak Mangsa Tragedi Sungai Korok Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Share

Enam beranak mangsa tragedi Sungai Korok selamat dikebumikan dalam satu liang lahad. Enam beranak yang ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Sungai Korok, di sini, telah selamat disemadikan dalam satu liang lahad pada jam 11.50 malam, Isnin.

Enam Beranak Mangsa Tragedi Sungai Korok Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Kesemua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Taqwa, dengan kehadiran ratusan orang yang turut sama memberi penghormatan terakhir.

Lima van jenazah yang membawa mayat pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat cahaya mata mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan bayi lelaki mereka, Tuah Haydar yang berusia enam bulan tiba di perkarangan masjid sekitar jam 10.15 malam.

Jenazah dibawa dari Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar selepas proses bedah siasat selesai dilakukan.

Kira-kira 500 jemaah hadir menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abd Ghani Ahmad, sebelum mengiringi keenam-enam jenazah ke tanah perkuburan.

Mereka dikebumikan bersebelahan pusara anak bongsu pasangan itu, Jebat Haydar, yang meninggal dunia pada Februari lalu akibat komplikasi kesihatan.

Sebelum kejadian tragis ini, enam sekeluarga itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah saudara mereka di Taman Aman, Jitra, pada Sabtu dan gagal dihubungi sejak itu.

Misteri kehilangan mereka akhirnya terjawab apabila orang awam ternampak bumbung sebuah kenderaan muncul di permukaan Sungai Korok. Pemeriksaan lanjut mendapati sebuah Proton Iswara tenggelam bersama enam mayat di dalamnya, dipercayai ahli keluarga yang hilang itu.

Sumber: Sinar Harian dan Sinar Harian 1

Foto: Bernama

Baca artikel lain juga: Enam Beranak Yang Hilang Sejak Sabtu Ditemukan Lemas, Kereta Tenggelam Di Sungai Korok

Tragedi Di Sungai Korok Abang, Kakak Ipar Kata Mengantuk, Saya Suruh Mereka Tidur Dulu

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my