Enot Mohon Bantuan Kewangan Nak ‘Survive’ 3 Bulan, Tempurung Lutut Retak Patah
Umum mengetahui bahawa pelakon dan pelawak, Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah 44, mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam tandas, Isnin lalu.
Kejadian itu menyebabkan tempurung lututnya pecah dan patah sekali gus menyebabkan Enot tidak dapat bekerja selama beberapa bulan termasuk terpaksa membatalkan tawaran kerja.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, ekoran kejadian itu Enot mengakui tidak mempunyai pilihan dan terpaksa merayu memohon bantuan daripada rakan-rakan artis secara peribadi apabila kehilangan sumber pendapatan selepas.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Katanya, berasa malu untuk meminta kerana bimbang dikatakan cuba mengambil kesempatan dan dipandang serong masyarakat.
Namun, dia tiada pilihan kerana tidak boleh bekerja untuk tempoh tiga bulan. Ekoran kecederaan itu memaksannya membatalkan tawaran lakonan dengan keadaan begini.
Dia berharap dengan postingnya di Instagram tidak ada pihak yang salah anggap dan menuduhnya meminta-minta,
Ads
Kita delete tadi maybank terkejut baru 10 bank in serentak terus jam acc tu
Siaoa nak tolong Enot sekali lagi lepas sembahyang jemaat ni silakan
Yeeee nak kata ..kata laa kami artis meminta
Kami oun tolong gak skit..skit bileh laa menampung dia tabunh sia utk 2 ..3 bulan ni
Tukar akaun pulak..nak nolong tak dapat tadi
Ads
Kepada artis kalau baca 10 hinggit sorang pun ok
salam mohon tolong hulurkan sedikit bantuan untk sy untk survive 3 bln bersimen tempurung lutut retak dan patah serta akan operation untk tulang belakang yang dah terlangar saraf.
Harap bantuan anda sume dpt meringan kan beban sy sedikit.. Alliza Abdullah maybank 504124164563 ..semoga Allah dpt mbalas jasa baik anda sume..
Cabaran hidup di bandar ketika ini memang amat berat dirasakan terutamanya dengan bebanan kewangan.
Kos sara hidup semakin tinggi sedangkan gaji dirasakan begitu kecil nilainya. Jadi apa boleh dilakukan oleh suami sebagai ketua keluarga mahu pun isteri.
Ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat.
GAJI KECIL DIBANDAR BESAR
Suami isteri dibandar harus tabahkan hati jika gaji kecil dibandar. Isteri harus tabah dengan keadaan ekonomi.
“Semua benda mahal disini”.
Bantu suami cipta ekonomi rumah tangga sendiri.
Jangan merungut dan belajar berniaga secara ‘dropship’ , ‘affiliated’ atau food delivery.
Hidup memang sukar kini, modal berniaga bukan duit tetapi ilmu dan tulang empat kerat kita sahaja.
Isteri jelita bantu suami bina ekonomi. Suami kacak utamakan keluarga dari kawan kawan kedai kopi.
Rezeki kita akan berganda jika saling utamakan keluarga bersama sama.
Moga kita semua sejahtera dan ada simpanan sendiri nantinya.
Sumber : Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi menyatakan hasratnya menyambung pelajaran bagi mendapatkan gelaran Doktor Falsafah meskipun kini meniti usia 70 tahun.
Memetik laporan Utusan Online, seniwati Fauziah Nawi kini sedang mengintai peluang untuk menyambung pengajian yang sesuai untuk merealisasikan hasratnya mengenggam doktor falsafah (PhD).
Sarung jubah dan topi graduasi lebih seronok berbanding trofi menang anugerah
Fauziah yang juga graduan ijazah sarjana daripada Open Universiti Malaysia serta diploma dalam bidang lakonan daripada Meatech Creative Academy berkata, dirinya sangat gembira disaat menyarung jubah dan topi semasa majlis graduasi berbanding membawa mana-mana trofi anugerah kemenangan.
“Bila naik atas pentas dan pakai topi semasa majlis graduasi, saya rasa seronok sangat. Lebih gembira daripada dapat trofi anugerah. Lebih-lebih lagi saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik,”luahnya.
Fauziah juga meluahkan rasa syukur kerana perjalanannya menimba ilmu dipermudahkan dengan pertolongan bantuan daripada rakan-rakan termasuk anak yang snaggup mengikuti kelas diploma yang sama dengannya.
“Nasib saya baik sebab kawan-kawan ramai yang bantu. Anak saya yang sudah memperoleh ijazah daripada pusat pengajian di United Kingdom sanggup ambil kelas diploma yang sama demi memberi sokongan kepada saya untuk belajar,” luahnya.
Fauziah yang baru sahaja menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kurniaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga tidak menafikan menerima layanan dan bayaran lebih baik sejak menggenggam sijil kelayakan berbanding dahulu.
“Sebelum ini, bila tiada sijil atau kelayakan, orang hanya berikan token sebagai bayaran.
“Penting rupanya kelayakan apalagi jika kita berurusan dengan kerajaan. Kadang universiti pun ada panggil. Mereka bayar harga lain sesuai dengan taraf pendidikan kita.
“Untuk saya kelayakan banyak membantu. Jika orang tak panggil saya berlakon, saya akan mengajar. Contohnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengajar dalam talian. Bayaran tidaklah banyak mana, namun cukuplah hidup,” tambahnya lagi.
Pelakon telefilem Quran Pondok Buruk berkata demikian pada sidang akhbar memorandom perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy di Wisma Metrowealth semalam.
Sumber: Utusan (Wafa Aula)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keluarga Ngasri yang terdiri daripada Naszeli Ngasri, Anne Ngasri, Darling Ngasri dan Bell Ngasri antara yang popular sejak masih kecil lagi. Kesemuanya masih lagi kekal aktif dalam bidang seni dan ada yang aktif di belakang tabir.
Menerusi Instagram Datin Anne Ngasri ada memuatnaik beberapa keping gambar yang memperlihatkan mereka adik- beradik berkumpul di sebuah restoran bagi menyambut hari lahir abang mereka, Naszeli Ngasri.
Untuk rekod, Nazeli atau mesra dengan panggilan Boy kini sudah bergelar datuk usai anak sulungnya selamat melahirkan bayi baru-baru ini.
Hari jadi merangkap hari keluarga yang berlangsung disambut secara sederhana tetapi meriah.
Apa yang menyeronokkan apabila dapat berkumpul beramai-ramai memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya dan keluarga sendiri.Sambil menitipkan ucapan ulangtahun buat abang tersayang, Anne turut mendoakan Naszeli diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Masing-masing menitipkan ucapan selamat hari lahir.
Dalam masa yang sama, ramai memuji wajah keempat-empat adik beradik ini tetap awet muda walaupun masing-masing sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata dan ada yang sudah berstatus datuk.
norainisara1885 awet muda betul laa diaorg semua ni,dr kecik tgk diaorg,diaorg still sama je…aku je yg makin beso…aahhh ghisauuuuu😂😂😂😂