BIODATA DIRI
usahawan sambal Nyet ini punya aura tersendiri apabila jualan sambalnya tahun lepas cecah hingga RM7.5 juta, berkongsi biodata peribadi tentang dirinya seakan sedang mencari calon pasangan hidupnya.
Tidak diketahui sama ada betul atau tidak kapsyen itu menjurus kepada mencari jodoh. Jika benar tentu ramai yang tidak sabar untuk mengetahui bakal suri hati Khairul Aming ini.
Nama : Khairul Umur : 29 tahun Tinggi : 184cm Berat : Nanti la bincang Kerjaya : Buat video masak Asal : Kelantan
Ads
PEMINAT TERUJA
Melihat foto Khairul Amin dan kapsyen seakan mencari jodoh, ramai peminatnya teruja dengan mengatakan tidak perlu masak jika bertemu jodoh dengannya. Ada juga terkejut dengan ketinggiannya.
Dalam hidup ini kita semua sentiasa akan diuji, sama ada daripada aspek kewangan, kesihatan dan sebagainya. Pun begitu yakinlah setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan kita insan itu lebih kuat dan tabah.
Tidak sekali-kali menganggapnya sebagai bala atau musibah dan begitulah yang dipegang teguh oleh penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad apabila berkongsi keadaannya kini yang terpaksa menggunakan ‘walker’ untuk membantunya bergerak setelah lima jarinya dibuang dalam proses pembedahan.
“Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri sebab tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain, atau tiada, macam mana?
“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hati saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya.
“Ini semua bukan bala atau musibah. Ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya,” ujar Bad.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yoep Abdullah, 46 dia tiada pilihan lain untuk belajar berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada isterinya Ashira.
Ini sebagaimana memetik perkongsiannya di Gempak, “Lima jari kaki kiri saya dah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan Sepetember yang lalu.
“Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak. kena buat juga.
“Saya juga uruskan diri sendiri tanpa menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi,” Saya tidak mahu terlalu bergantung hidup dengan orang lain walaupun isteri sendiri kerana khuatir terlalu selesa jika berterusan dalam keadaan itu,” jelas Bad berkongsi kisahnya ketika dia menghadiri konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Ahad lalu.
Sejak arahan PKPB, kebanyakan aktiviti ahli keluarga banyak di habiskan di rumah. Begitu juga dengan anak-anak setelah arahan penutupan sekolah.
Selain melakukan homework yang disediakan oleh pihak sekolah, anak-anak juga dapat melakukan aktiviti santai bersama keluarga di rumah.
Bagitulah yang suasana santai yang dilakukan oleh seorang ibu ini, Sharla Rose. Momen bersama anak-anak duduk di rumah dijadikan aktiviti yang manis untuk dikenang.
Malah antaranya beliau mengikat rambut anaknya dengan gaya yang unik. Lebih menarik, semua anak-anaknya perempuan kembar dua dan triplet.
Ikuti perkongsiannya.
Aktiviti PKPB di rumah bersama anak, menarik!
Bila seorang nak, dua nak. Lepas tu 3 orang kecik tu pun nak. Ni la bila ramai gigirl. Ummi layankan je la. Nak rambut flower-flower. Dah macam red indian pulak ummi tengok Tak pe, ummi tengah free ni. Nama style rambut ni ialah ” sediakan payung sebelum hujan!
#ragamtwintriplet
SERAGAM SEMUA GAYA RAMBUT
KEMBAR TIGA
KEMBAR DUA
WOW, KREATIF!
KOMEN WARGANET
‘Rambut SOP.. bole jaga penjarakan sosial’
Jom buat! Aktiviti sesuai mak-mak buat bersama anak sempena penutupan sekolah. Selamat mencuba!
Momen yang cukup mahal, itu antara ungkapan yang boleh diterjemahkan pada gambar-gambar si bidadari kecil bernama Ainul Mardhiah ini. Gambar-gambar adik Ainul bersama neneknya dimuat naik oleh ayahnya menerusi facebooknya mendapat reaksi ramai.
Rata-rata memuji dan mengatakan Ainul kini nampak sihat dan semakin comel. Malah, ada yang mendoakan semoga kesihatan anak kecil kesayangan rakyat Malaysia ini terus sihat dan membesar dengan baik sepertimana kanak-kanak lain seusianya.
Gelagat Ainul dengan nenek di awal pagi.
Rutin ainul setiap hari akan tidur pukul 7 malam sehingga 7 pagi. Ainul akan tidur 12 jam dan bangun 12 jam.
Jarang waktu tidurnya dia akan terjaga kecuali di buang air besar atau lain-lain. Siang memang ainul tak akan tidur langsung. Ya, kalau bangun 7 pagi, dari 7 pagi sampai 7 malam dia main, dia kacau orang, dia sakat orang suruh dokong dia, kalau tidak dia nangis
Antara foto yang sempat dirakam hari ini. 😁
Ishanadia IsmailMahal tau moment ni..alhamdulillah..moga adik ainul sihat sokmo,ceria bahgia selalu😍
Putery DekmiAssalamualaikum ainul.. comel nye ank kesayangan Malaysia nt. Semoga terus membesar dgn sihat yee..
Nonie Kamaruddinalhamdulillah..semakin membesar n semakin cerdik akalnye..geram plk tgk gelagat ainul…semoga Allah memberi kesihatan yg baik buat ainul ye.😍
Eva Sari SabriYa Allah.. 😭😭 Rindunya dgn Ainul Mardhiah.. slu tertanya2 mcm mna keadaan Ainul.. Alhamdulillah semakin mbesar Anak Kesayangan Malaysia ni.. 🤗😘 smga sihat2 slu syg.. kmi semua sygkan Ainul … 😍
Azatie KhairulAlhmdulillah.membesar dgn sihat die…seribu rahmat dlm perancangan Allah…Ainul baby yg kuat mcm ibu dan ayahnya…baby buah hati rakyat malaysia….tumpang seronok sgt…dulu pnh menitis air mata mohon doa setiap kali lps solat agar ainul kembali pulih spt baby lain😍
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di