Erra Fazira ‘luluskan’ telefon bimbit untuk anak, tapi ada syarat khas. Siapa sangka, walaupun anak kepada selebriti terkenal, Engku Aleesya tidak pernah memiliki telefon bimbit sendiri sebelum ini. Menurut ibunya, primadona Erra Fazira, keputusan itu dibuat demi kebaikan puteri kesayangannya.

Erra Fazira ‘Luluskan’ Telefon Bimbit Untuk Anak, Tapi Ada Syarat Khas

Namun, selepas mencecah usia 16 tahun dan selesai peperiksaan, barulah Aleesya diberi ‘lampu hijau.’ Itupun dengan peraturan yang cukup ketat!

“Memang Aleesya tidak ada telefon sebelum ini tetapi dia baru sahaja memperoleh pelepasan kerana sudah selesai peperiksaan.

Erra Fazira ‘Luluskan’ Telefon Bimbit Untuk Anak, Tapi Ada Syarat Khas

“Kami sama-sama buat perjanjian bahawa dia boleh dapat gunakan telefon cuma dalam waktu tertentu sahaja.

“Kata laluan pula kena kongsikan dengan saya serta bapanya dengan syarat boleh kami akses pada bila-bila masa. Kalau buat salah atau langgar perjanjian, kami tarik balik telefon,” kata Erra.

Ads

Erra yang juga digelar Primadona Filem Melayu Alaf Baharu menjelaskan, langkah ini adalah cara beliau dan bekas suami, Engku Emran, memantau penggunaan gajet anak mereka.

“Itu cara kami memantau anak. Kami buat sebaik yang mungkin kerana sebagai ibu bapa tentu kita tidak mahu mereka lakukan perkara buruk.

“Era tanpa sempadan ini membolehkan kita terdedah kepada bermacam-macam maklumat. Sudah tentu cara tapis adalah menerusi pemantauan.

Ads

Erra Fazira ‘Luluskan’ Telefon Bimbit Untuk Anak, Tapi Ada Syarat Khas

“Tetapi kadang-kadang, sebijak-bijak kita, bijak lagi anak. Jadi, kita buat sahaja mana yang terdaya dan selebihnya berdoa kepada Allah,” tambahnya lagi.

Untuk info, Aleesya merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Erra dan Engku Emran sebelum mereka bercerai selepas tujuh tahun berkahwin. Sebelum itu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abd. Halim pada tahun 2003, namun berpisah selepas tiga tahun.

Ads

Sumber: Kosmo online dan Instagram Erra Fazira

Baca artikel lain juga: Erra Fazira Tayang Gambar Raya Dengan Puteri Kesayangan, Lawanya Engku Aleesya

Ketepikan Ego, Tolak Ansur Demi Anak Erra Fazira Nasihatkan Pasangan Bercerai!

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads