
Khidmat hantar makanan ala ‘drive thru’ (pandu lalu) kepada pelanggan tanpa perlu menaiki tingkat 4 memang luar kreatif caranya. Inilah yang dinamakan berfikir di luar kotak.
Kisah seorang ibu yang menggunakan cara tersebut telah tular setelah anaknya muat naik video berdurasi 28 saat di twitternya yang memaparkan ibunya sedang menurunkan makanan menggunakan tali kepada pelanggan. Pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk naik ke tingkat 4 untuk membeli makanan yang dijualnya.
ibu saya fully house-mother, jaga 6 orang anak kwan2 dia. bila ada masa, ibu jual cheezy wedges and macaroni cheese. tapi lain mcm sikit ibu punya delivery ? buyer tak perlu naik atas tingkat4 sbb kita boleh drive thru mcm ni! doakan semoga ibu murah rezeki selalu yaa ♥️?? pic.twitter.com/7uKatbhMMP
— ♡ (@nadeeeeeeya) April 9, 2019
Melihat paparan video ini, seakan anda melihat salah satu babak dalam cerita Laksamana Do Re Mi yang memaparkan situasi yang hampir sama.
Sebagaimana yang dilakukan oleh ibu ini yang mempunyai enam orang anak untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Ibunya, Mas Hayati Mohammed Ali, mula berniaga kecil-kecilan di pangsapuri empat tingkatnya di Batu Cave,Selangor sejak empat tahun lalu.
Idea untuk berbuat demikian setelah pernah jatuh ditangga semasa membuat penghantaran.
“Saya teringat kaedah digunakan untuk anak-anak yang saya jaga bila mereka tertinggal barang.
”Saya gunakan tali rafia yang panjang untuk ikat pada plastik untuk isi barang.”
Tahniah puan! Idea yang bernas. Semoga diberi murahkan rezeki.
Sumber: tweeter @nadeeeeeeya & mstar.com.my
Buat Kerja Rumah Sampai Tahap Dah Tak ‘Ikhlas’, Hati-Hati Itu Tanda Mak-Mak Burnout!

Pernah tak, sampai satu tahap buat je apa yang selalunya kita buat asalkan siap, kiranya hilang dah rasa ikhlas nak buat. Haaa itulah dinamakan burnout!
Baru-baru ini, Dr Ahmad Rostam telah mengupas tajuk ‘Tolong Saya Burnout’ dalam Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat anjuran Pa&Ma dan Keluarga.
Menurut Dr Ahhmad Rostam, burnout adalah fenomena masalah kesihatan mental, di mana kalau kita biarkan, ia boleh jadi kemurungan. Bila sampai kemurungan, memang dah tak function lah.. dan menjadi mangsa adalah orang sekelilingnya di rumah.
Berbeza dengan stress, stress kita tak suka apa yang kita buat. Tapi burnout tentang passion (tanggungjawab) kita, misalnya tanggungjawab kita terhadap anak-anak, kita akan jadi penat dengan apa yang ditanggungjawabkan untuk kita, Apabila expectation kita tak tercapai, itulah saatnya kita akan hadapi burnout.
Orang yang burnout perasaannya akan jadi helpless dan worthless. Apa yang kita buat tak bermakna, tak boleh dibantu oleh orang lain dan apa yang kita buat tak boleh diganti dengan orang lain. Bahkan menjadi beban pula pada org lain.
Yang mengalami masalah ini, akan mempersoalkan banyak benda, misalnya “kenapa aku kena kahwin”, ” kenapa aku jumpa dia”, ” kenapa aku nak kena ada anak”. Walaupun kita sayang dengan mereka, tetapi persoalan begini sentiasa di fikiran.
Faktor Seseorang Itu Alami Burnout
1. Kerana kita merasakan kita tak mencapai tahap ekspetasi kita sendiri.
– Peralihan tanggungjawab wanita jadi lebih banyak selepas kahwin berbanding lelaki. Misalnya, wanita masa kini bandingkan diri mereka untuk jadi ibu terbaik berbanding wanita terdahulu. Tetapi bila ekspetasi mereka tidak sampai, mereka sendiri yang akan rasa burnout.
2. Tanggungjawab dalam rumahtangga tak dibahagikan sama rata.
– Sebab terlalu utamakan status quo antara suami isteri dalam keluarga, iaitu mindset isteri kena buat semua benda dalam keluarga menjadikan isteri terteban dengan semua kerja di dalam rumah.
3. Segala benda kita buat tak mendapat penghargaan/ tak dihargai oleh pasangan.
– Tiada sesiapa ucap terima kasih dengan apa yang dia buat. They just take for granted orang yang lakukan tanggungjawab begitu. Mereka hanya tahu komplen tanpa buat apa2 dan tidak sama sekali menghargai.
4. Walaupun mereka dah buat yang terbaik, masih lagi tidak mencukupi.
– Contohnya isu isteri tak bersiap di rumah. Dah buat segalanya di rumah, tetapi isu berhias muncul. Walaupun dah buat yang terbaik, tapi orang persoalkan ada lagi yang tak lengkap.
Bila semua ni dah berlaku, sampai tahap seseorang tu dah burnout, that enough! Orang ini akan sentiasa bergerak dalam keadaan kemarahan. Dia marah tapi tak tahu nak lepaskan macam mana, di sini mulalah anak-anak menjadi mangsa keadaan.
Untuk tonton video penuh slot Dr Ahmad Rostam, boleh tonton di video ini bermula minit 6:41:14 .
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/
Akui Sedih, Yusof Haslam & Isteri Berharap Segala Krisis & Konflik Berakhir

Setelah beberapa konflik yang melanda buat pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, akhirnya mereka memilih untuk berpisah dengan cara baik dan damai.
Bagi penerbit, Datuk Yusof Haslam serta isteri, Datin Patimah Ismail, mereka akui sedih dengan keputusan yang dibuat oleh anak dan menantu mereka namun pasrah dengan keputusan Syamsul yang akhirnya bersetuju menceraikan isteri pertamanya Puteri Sarah pada 18 April nanti.
Memetik laporan Harian Metro, kata Yusof, mereka cuma berdoa agar krisis dan konflik antara keduanya bernoktah dengan perdamaian demi anak-anak.
“Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami. Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Bila sudah jadi bekas isteri, kami harapkan hubungan mereka takkan terus keruh. Semoga mereka berdamai dan terus jalin silaturahim kerana kita pun tidak tahu apa boleh berlaku pada masa hadapan.
“Itu kami serahkan kepada Tuhan namun yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir. Kalau keruh, nanti jadi tak sihat, jangan ada permusuhan pun,” katanya kepada Harian Metro.
Yusof juga menyerahkan segala urusan lafaz cerai pasangan itu pada 18 April ini kepada mereka sepenuhnya. Beliau dan isteri tidak akan hadir ke mahkamah untuk prosiding terbabit.
“Itu keputusan terbaik yang mereka ambil, kami hormat. Kami tak nak pilih kasih dan biarlah berada di tengah-tengah. Apapun, yang penting semoga ia takkan jejaskan hubungan dengan anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 18 April ini untuk pengarah filem Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri Puteri Sarah.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Bagaimanapun terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh terbabit yang mana ia akan direkodkan. Antaranya membabitkan hadanah (hak jagaan anak), nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber : Harian Metro
Elak Lakukan 7 ‘C’ Ini Pada Suami Jika Mahu Bahagia. Perkongsian Dari Dr Mohd Fadzilah Kamsah Ini Wajib Dibaca Para Isteri!

Dua individu yang bersatu dalam ikatan pernikahan, pasti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Itu adalah lumrah hidup berumah tangga, pasti akan ada pasang surutnya. Yang penting kedua-dua belah pihak kena selalu muhasabah diri dan memperbaiki diri.
Berikut Tips 7 ‘C’ yang menyebabkan suami benci isteri yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Ia baik dan sangat berguna untuk renungan bersama agar keharmonian rumah tangga dapat dipelihara. Untuk para isteri, elakkan daripada melakukan 7C ini.
1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!”
Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
2. Cabul
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.
3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. Comot
Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot sama ada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya! Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tidak mekap pun. Suami nak dekat pun tiada nafsu
5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di pejabat. Suami baru balik kerja sudah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime mula syak yang bukan-bukan. Suami mana yang tahan kan dengan perangai sebegini?
6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.
7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak sudah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan televisyen. Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini. Justeru, bagi anda yang bergelar isteri, andai ada tanda-tanda 7C dalam diri cepat-cepat muhasabah dan elakkan perangai tersebut.
Sumber: Sempoimedia.blogspot