Bercerita tentang memberi wang perbelanjaan kepada ibu ayah di kampung dan memberi nafkah kepada isteri, tentunya seorang suami memahami hal tersebut.
Berapa nilainya dan bagaimana caranya, ini diulas diakuan fb Firdaus Shakirin. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
“Kalau kau bagi kat isteri kau 300 sebulan, kat mak kau kena bagi 500”
“Mak yang melahirkan kau, jadi mak tak boleh dapat sama nilai macam isteri kau dapat”
Nilai berapa ringgit seorang anak perlu bagi pada orang tuanya bukan ditentukan oleh orang tuanya…
Tapi kemampuan anak…
Zaman sekarang ni, ramai sebenarnya yang tak faham akan turutan menafkahi…bila tak faham, maka dia akan rasa terbeban dalam menjadi seorang suami dan juga seorang anak…ditambah dengan pendapatan yang cukup makan, maka dia rasa tertekan untuk memenuhi tuntutan…
Tak kan nak bangkang dan lawan cakap mak?
Nanti jadi anak derhaka pulak…maka dikurangkan pemberian kepada isteri atau tidak diberi langsung kepada isteri sebab nak bagi sepenuhnya kepada mak…boleh ke tak? Boleh selagi isteri redha, selagi dia tidak menuntut dan selagi dia boleh cari duit sendiri untuk beli kelengkapan diri…
Jika melebihkan orang tua sehingga menganiaya isteri dan anak-anak?
Maka belajar dan ikutlah semula aturan menafkahi bagi seorang suami…bermula dengan diri sendiri, isteri, anak-anak, bapa kemudian mak…suami wajib memastikan keperluan dirinya sendiri mencukupi sebelum membelanjakan duitnya kepada orang lain…bayar hutang, bayar bil utiliti, bayar yuran anak, bayar roadtax dan insurans kereta, beli barang dapur, penuhkan keperluan-keperluan yang wajib ada untuk isteri guna dan anak-anak makan…
Jika ada lebih, baru bagi pada orang tua…
Namun adalah lebih baik sekiranya kita mampu untuk mengawal perbelanjaan diri sendiri dan perbelanjaan keluarga supaya setiap bulan kita dapat mengasingkan satu nilai yang mampu diberi kepada orang tua kita…tak terlalu banyak sehingga membebankan diri dan tak terlalu sedikit sehingga tak dapat digunakan orang tua…
Ingat, kita masih ada adik beradik yang lain…
Maka, jangan letak tanggungjawab memberi duit itu sepenuhnya ke atas diri kita seorang sahaja…kita perlu mencari persetujuan bersama dengan adik beradik yang lain tentang perkara ini…kumpulkan duit adik beradik, dan bagi pada orang tua untuk kegunaan harian mereka…
Bagi yang tidak mampu memberi, boleh balik ke kampung, tolong buat kerja rumah, kemas rumah mereka, uruskan diri mereka, bawak mereka keluar makan, keluar jalan-jalan dan gembirakan mereka…pendek kata, berbakti dengan kudrat jika tak mampu dengan harta benda…
Akhir kalam, isu duit ini merupakan satu isu yang sensitif…baik dipihak orang tua mahupun isteri…ikut fitrah, ikut ketetapan dan teruskanlah berusaha mencari rezeki yang halal untuk membahagiakan orang di sekeliling kita…
Jarang kita dengar suami yang sanggup jaga isteri dalam pantang. Selalunya isteri ‘dipos’ ke kampung. Alasannya suami tidak pandai. Masa anak pertama mungkin alasan ini bolehlah diterima tapi bila anak dah masuk nombor dua dan seterusnya, suami kenalah belajar menjaga isteri dalam pantang.
Tempoh berpantang akan lebih indah bagi seorang isteri apabila dijaga oleh suaminya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang menangis kerana hatinya begitu tersentuh dengan pengorbanan suami yang tidak cukup rehat dan tidur semata-mata nak pastikan isteri dan anak selesa.
Kalau nak isteri semakin sayang, suami kena sahut cabaran menjaga isteri dalam pantang. Berusahalah sepenuh hati pasti pengalaman ini mencatat memori indah dalam perkahwinan korang. Kepada encik suami, ikuti panduan ini. Tak susah pun jaga isteri dalam pantang syaratnya kena ikhlas, sabar dan gigih :.
Panduan Jaga Isteri Berpantang:
1. Mandikan Bayi
Dalam pantang kalau nak isteri berehat sepenuhnya suami kenalah belajar mandikan anak. Minta panduan daripada emak atau orang yang lebih tua. Kalau nak mudah, mandikan baby di dalam tub. Gunakan set mandian bayi jangan main bantai ja. Kena ingat ye kulit baby sensitif. Lepas mandikan baby, urut perut baby dengan minyak telon supaya perut baby tak kembung. Sapukan minyak telon pada perut, belakang betis, tapak kaki dan belakang badan baby.
. 2. Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri
Jika mampu sepanjang 44 hari, sediakan air herba untuk mandian isteri. Sekurang-kurangnya bagi isteri mandi air herba selama tujuh hari. Air rebusan herba ini membantu menghangatkan tubuh isteri, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan. Tak payah pening-pening, suami beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara nak guna pun senang, rebus set herba sehingga mendidih, lepas tu tunggu suam baru bagi isteri mandi.
. 3. Cari Tukang Urut
Sediakan tukang urut untuk isteri. Jika isteri bersalin normal, hari kelima isteri dah boleh urut badan. Tapi jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan seminggu baru isteri berurut. Hanya urut badan ye jangan bagi bidan urut perut kerana bimbang jahitan pembedahan terbuka dan dijangkiti kuman.
. 4. Masak Menu Pantang
Masa isteri hamil, suami dah boleh cuba memasak menu dalam pantang. Google je resipi dalam pantang dan ikuti langkah mudah memasak. Bila dah selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap. Pasti kan isteri diberi makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan sejuk dan berangin. Tak sesuai untuk wanita lepas bersalin. Menu yang paling senang masak sayur sawi, ulam pegaga, ikan bakar atau sup ayam.
. 5. Jangan Lupa Tungku & Bengkung Isteri
Lepas isteri diurut, bengkung isteri. Jangan lupa sapu minyak panas supaya badan isteri tidak masuk angin. Bagi isteri yang bersalin normal, suami perlu bakar tungku antara 10 hingga 15 minit supaya isteri dapat bertungku. Lapik tungku dengan daun herba seperti daun kunyit dan mengkudu. Tungku isteri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Daun kunyit boleh dibeli di kedai runcit atau di pasar tani.
. 6. Bagi Isteri Makan Jamu
Bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman isteri, belikan jamu atau herba. Tanya isteri atau ibu mentua agar memilih produk yang tepat. Pasti kan isteri makan jamu secara konsisten untuk kesan yang terbaik.
. 7. Beli Ubat Lembutkan Najis
Suami kena tahu, lepas bersalin biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia nak buang air besar. Bagi isteri minum air suam secukupnya agar tidak sembelit. Suami juga boleh beli ubat lembutkan najis di farmasi.
. 8. Pastikan Isteri Cukup Rehat & Bagi Sokongan Moral
Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam pantang kerana isteri penat dan melalui proses penyembuhan selepas ‘bertarung nyawa’. Jadi suami kena banyak bersabar dan bagi sokongan moral. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Jika baby berjaga malam, suami kena bergilir dengan isteri menjaga baby.
Jom tah para suami tersayang😘
Ibu ayah tentunya inginkan anak yang soleh dan solehah. Terdapat pelbagai cara boleh dipraktikskan. Berikut 10 cara ini, mudah-mudahan anak-anak membesar dalam menjadi anak soleh.
1. Kalau tiba-tiba teringat pada anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “Iyyakana’budu waiyyakanasta’in” (“Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan.”), mintalah apa-apa hajat saat itu yang ada hubungannya dengan anak yang kita ingat saat itu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kepahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya saat dia tidur, ucapkan….”Ibu mahu (nama anak) jadi anak yang soleh, sayang…”
Cuba amalkan (seperti kata Ustaz, kata-kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
3. Bangun solat malam, solat lah disisinya. Maksudnya kita solat dalam kamar dia dan dekat dengan anak. Jika Kita sering melakukannya dan kita juga selalu beritahu dia bahawa kita sering doakan dia, dia akan merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita sangat sayang pada dia dan mahu dia jadi anak yang soleh. Dia akan tahu kita selalu soalat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap saat bahawa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak jadi anak soleh bermakna dia tidak sayang kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita sayang dia saat kecilnya. Aura ciuman dan belaian Ibu sambil bisikkan padanya bahawa kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak kita setiap waktu walaupun perbuatannya amat melukai hati kita. Muhasabah diri, mungkin kesalahan yang anak kita lakukan itu adalah karena dosa-dosa kita di masa lalu.
7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukai hatinya. Jika ini terjadi juga karena kita khilaf, cepat-cepat cari waktu yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah karena dia berbuat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim supaya kita, anak kita dan keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat.
(Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat,
Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku)
9. Selalu ingatkan anak bahwa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, harta, hafal Quran sekalipun… jika tidak mempunyai akhlak yang mulia. Allah tidak melihat wajah yang cantik/ tampan tapi melihat hati yang cantik.
10. Saat mencuci beras niatkan… “Ya Allah… lembutkanlah hati anak-anakku, sebut nama anak kita… untuk paham agamanya….. (kenapa kita mau dia paham agama, karena anak yang tak paham agama akan bawa orangtuanya juga ke neraka)…. seperti engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “.
Cuci beras lawan arah jam (putar kekiri seperti orang thawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad saw.
Hati jangan lalai saat melakukannya, dan ingat kepada Allah selalu, aamiin 3x YRA…
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.