Benar bahawa mendidik anak-anak bukan mudah lantaran jika salah asuhan memberi kesan kepada tingkah lakunya.

Sudah pastinya dalam hal ini, ibu bapa inginkan anak-anak yang hebat, sekali gus memberi kebanggaan kepada kedua ibu bapa.

Begitulah gambaran bahawa bukan mudah mendidik anak yang dikongsi oleh Puan  Noor Afidah Abu Bakar yang berkongsi rasa di laman facebooknya.

Moga bermanfaat.

 

IKLAN

Fahami Jiwa Anak Dalam Mendidik. Ibu Ayah Kena Fahami Hal Ini.

ANTARA TUBUH DAN JIWA ANAK.

Membesarkan sekujur tubuh anak memang mudah.

IKLAN

Lapar beri makan
Haus beri minum
Kotor beri mandi
Mengantuk beri bantal
Bosan beri mainan/gajet/tv/game
Sakit beri ubat

Anak bukan hanya ada tubuh, anak juga ada jiwa.

Mendidik jiwa memerlukan
akal
kasih sayang
perapatan
belaian
sentuhan
ciuman
empati
nasihat
kesabaran
ketegasan
doa

Perkataan INSAN berakarkan perkataan bahasa Arab ‘Nasiya’ yang bermaksud LUPA.
Sifat seorang insan itu pelupa.
Sifat seorang anak itu pelupa.

IKLAN

Mendidik jiwa memerlukan peringatan supaya tidak lupa.

Fahami Jiwa Anak Dalam Mendidik. Ibu Ayah Kena Fahami Hal Ini.

Anak yang kecil perlukan peringatan.
Anak remaja perlukan peringatan.
Anak dewasa juga perlu diberikan peringatan.
Yang berterusan.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI