Gurau senda antara ibu dan anak setelah pulang ke rumah daripada tempat kerja tentu sahaja menjadi momen yang cukup membahagiakan. Bahkan mendengar anak-anak tertawa riang, mampu menghilangkan kepenatan seharian bekerja.
Berkongsi video, pelakon cantik Fasha Sandha menerusi hantaran di Instagram berkongsi saat yang cukup meriangkan bersama anak bongsunya iaitu Aisha Amaira setelah baru pulang dari tempat kerja.
Namun begitu, tindakan Fasha melambung anaknya telah menarik perhatian netizen.
Momen paling best bila balik kerja. Rindu anak-anak ibu selalu masa ibu kat tempat kerja.
Walau bagaimanapun, cara gurauan dengan melambung anaknya itu kurang disenangi warganet kerana risau anak kecil berkenaan tercedera atau mengalami gegaran pada bahagian otak sekiranya terjatuh. Malah ada juga di antara mereka yang menasihati agar pelakon itu tidak bergurau seperti itu lagi.
Antara komen yang diberikan oleh netizen antaranya
“Jangan lambung tinggi kak Fasha bahaya takut nanti Aisya jatuh ke bawah kalau terlepas tangan.”
“Ini berkenaan dengan otak dah. Dah biasa ke lambung tinggi-tinggi? Better stop Fasha bergegar otak.”
“Ingatkan sekali je dia lambung rupanya banyak kali. Seramnya takut baby terjatuh. Bahaya untuk otak bayi jugak.”
Ads
Namun, Fasha memberitahu bahawa anak bongsunya itu sudah terbiasa dengan gurauan seperti itu dan menyatakan apa yang penting adalah fokus kerana ia sama seperti mendukung anak, di mana kadang-kadang anak juga boleh terlepas dari genggaman ketika didukung.
Dah biasa dah buat macam tu insyaAllah okay.
Kena pastikan awak fokus, fokus sama macam sedang mendukung. Mendukung pun kadang-kandang boleh terlepas kan?
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Aura emas ini sungguh kuat! Bukan sahaja disukai orang dewasa terutama kaum hawa tetapi juga golongan kanak-kanak.
Seorang kanak-kanak lelaki telah memilih hadiah barang kemas untuk meraikan hari jadi ibu.
Biarpun terpaksa mengumpul duit dalam tempoh yang lama, kanak-kanak ini nekad untuk memberi hadiah istimewa ini buat ibu biarpun harga sehingga ratus ringgit.
Rata-rata komen netizen meluahkan rasa sebak melihat cara anak lelakinya santuni ibunya.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Kumpul duit beli hadiah hari jadi ibu
Haritu terdengar anak tanya atok”atok ada dak emas murah-murah adik nak beli kat ibu” atok bagi tau emas lani mahal ada ka duit. Ada adik simpan sikit-sikit.
Semalam anak punya paksa abah bawa pi GIANT anak suruh ibu jalan ngan adik-adik tuggu kat bawah dia nak naik atas ngan abah ja mana boleh ibu ikut sekali rupa-rupanya nak beli hadiah bufday ibu. Ya Allah terharu.
Rupanya nak pergi kedai emas beli cincin kat ibu baru umur 12 tahun ank ibu kumpul duit beratus nk beli kat ibu.
Runsing dengan masalah lipas di rumah? Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menghalang pembiakan lipas di dalam rumah.
Paling tak best, bau yang sangat kuat membuangkan rasa mual terutama bahagian dapur.
Tentu membuatkan mood memasak hilang. Ikuti perkongsian petua menghaluas lipas, semut dan haiwan perosak oleh Abel Lione Karia @ Mommok menerusi group Group Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Syukur alhamdulilah, hari ini saya nak berkongsi petua halau lipas dan segala benda yang merayap di sekitar rumah dengan hanya menggunakan kulit telur.
Kita ada banyak guna telur tapi kulitnya dibuang kan? Sekarang jangan buang lagi sebab ia sangat berguna untuk dijadikan ‘racun’ semulajadi untuk macam-macam serangga dan haiwan perosak seperti lipas, semut, lipan, cicak, anai-anai, tikus, ular, dan apa-apalah yang sewaktu dengannya.
Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.
1. Cuci dan keringkan kulit telur
Mula-mula, cuci bersih-bersih dulu kulit telur yang dah digunakan dalam masakan. Kemudian, jemurkan hingga kering.
2. Hancurkan kulit telur
Selepas kering, bolehlah ditumbuk kulit telur tadi hingga hancur. Bila dah siap, taburkan kulit telur ini di kawasan laluan haiwan atau serangga perosak.
3. Simpan dalam bekas
Selebihnya, simpan dalam botol untuk dijadikan stok racun perosak.
Nanti bila dah habis, boleh taburkan lagi di tempat tersebut.
Saya dah cuba buat. Alhamdulillah, semua semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur saya dah tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.
Jadi, apa tunggu lagi. Lepas ini boleh cuba petua halau lipas dan haiwan perosak yang dikongsikan ini. Memang mudah, jimat, dan berkesan. Ramai dah cuba.
Anak asyik minta didukung sepanjang masa tentulah membuatkan ibu lansung tak boleh buat kerja. Bila letak terus merengek, bila didukung semula, kembali diam. Kalau boleh ke mana sahaja ibu pergi si anak nak mengikut.
Fasa keresahan pemisahan (separation anxiety) adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi. Ia berlaku seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan dan menyaksikan bayi menjadi lebih 3C: Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak melekat/berdukung).
Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan stres ibu bapa melalui tempoh sukar yang tidak boleh dielakkan ini;
GALAKKAN PERASAAN BERKUASA PADA BAYI
Bayi boleh, perlu & suka meluangkan masa sendirian. Contohnya bila anda melihat bayi telah terjaga dari tidurnya namun leka termenung, memandang sekeliling,bermain-main dengan jarinya sambil ‘membebel’ sendirian. Usah ganggu moment ini!. Perhatikan dari jauh dan biar bayi menikmati saat ini selama yang dia perlukan. Ruang meneroka dan mengamati suasana sekeliling secara sendirian akan memberi rasa ‘dunia ini ok’, ‘saya ok walau sendirian’ kepada bayi.
RILEKS IBU!
Bayi sangat awas dan cepat menangkap ekspresi wajah serta gaya tubuh manusia. Contohnya dalam situasi bayi yang sedang belajar untuk meniarap. Anda boleh memilih untuk menjadi salah satu dari ibu berikut: ibu yang membantu bayi membalikkan diri pada setiap cubaannya. Atau menjadi ibu yang meniarap sama aras dengan bayi sambil menyorak kata-kata semangat seperti, ‘sikit lagi..sikit lagi sayang! You can do it! ‘, menunggu reaksi bayi dan hanya bila bayi sudah menangis atau nampak seperti sudah mahu mengalah, ibu bertanya penuh optimis, ‘ adik dah penat?. Nak ibu dukung sekarang?’. Kedua -dua ibu memang berjaya menyampaikan mesej kasih sayang pada bayi mereka. Bezanya, bayi dengan ibu ‘ si tukang penyelamat setiap masa’ akan membuat bayi rasa bahawa ibunya saja yang mempunyai kuasa magik bagi setiap perkara. Manakala ibu ‘si tukang sorak yang optimis’ akan membuat bayi merasa selamat dan yakin diri bahawa dia hanya perlu terus mencuba.
KEKAL POSITIF
Bayi adalah cerminan ibunya. Ibu yang penuh risau akan berbisik kata-kata ,’ tak ada apa la. Orang tu takkan kacau atau makan adik’ setiap kali berhadapan dengan orang baru/asing. Niat ibu mungkin murni tapi ketahuilah kata-kata tersebut hanya mengukuhkan lagi apa yang ditakuti atau difikirkan bayi. Ia serupa dengan cuba untuk membuat anak-anak berani melalui kata-kata, ‘ mana ada hantu kat sana’. Memang tak pernah berjaya kan?. Ibu hanya perlu rilekskan gengaman tangan anak dan berbual bersahaja setiap kali berjumpa orang asing seperti ia bukan hal yang besar pun.
JANGAN SIBUK NAK IKUT ANAK
Di taman permainan, rumah orang atau mana-mana tempat baru, lepaskan anak untuk pergi dan buat apa yang dia mahu. Ibu hanya perlu duduk setempat dan kekal lah disitu memerhati keselamatan anak dari jauh. Perbuatan sibuk mengekori anak ke setiap ceruk akan membuat anak yakin bahawa dia belum layak untuk berpisah dari ibu. Ibu yang kekal duduk juga akan menyampaikan mesej bahawa adalah ok untuk anak pergi, dan dia hanya perlu kembali jika mahukan ibu.
LAYAN
Sepanjang proses untuk menjadi individu bebas, adalah biasa untuk bayi keliru. Dia tidak tahu cara yang tepat dan dia juga tak pasti jika dia telah sedia. Maka amat biasa bayi nampak gembira pada 1 minit, dan mula nak berdukung pada minit yang lain. Bagi ruang untuk bayi menguji dirinya sendiri; dukunglah bila dia perlukan dan lepaskan bila dia mahu bebas.
JANGAN REMEH ATAU KETEPIKAN PERASAAN ANAK
Perasaan anak itu sah dan wujud. Kita hanya perlu mengakuinya dan bukan meremehkan apa lagi menghukum dengan kata-kata seperti,
‘Tak habis-habis merengek. Kan mama dah main dengan adik tadi?’, ‘shhhh!’, atau ‘ tak ada apa la. Nak nangis kenapanya?’.
Sokong dan hormati perasaan itu sebagai tanda anda faham seperti, ‘ Mama tahu adik sedih. Adik tak nak mama pergi. Mama datang 5 minit lagi ok’. Ramai tidak sedar tetapi menambah pertanyaan ‘ok?’ di belakang memberi bayi rasa ‘hebat’ dan tidak diketepikan kerana anda seperti meminta izinnya. Mengesahkan perasaan anak dengan jelas akan selalu berjaya memperlahan /menghentikan esakan anak kerana anak tahu anda telah faham dan tak perlu dia terus menerus mempromosi perasaan sedihnya.
BERPISAH DENGAN YAKIN
Selalu berani untuk beritahu anak setiap kali anda perlu pergi. Jangan amalkan mencuri-curi keluar/lari dari anak. Ia hanya mencalarkan rasa percaya anak. Peluk dan cium anak dengan erat tapi pantas, ucapkan kata perpisahan yang singkat seperti, ‘ Mama pergi work dulu. Petang nanti mama ambil adik. Be good ‘ dan terus pergi. Usah teragak-agak, menoleh-noleh lagi atau kembali pada anak yang mula menangis. Keresahan anak mencetus keresahan ibu, yang mana ia mengukuhkan kecerewetan bayi dan seterusnya membentuk pasangan ibu-anak yang selalu resah. Lebih buruk jika ibu mula berjanji bermacam perkara untuk mengawal situasi. Ia hanya memberitahu anak bahawa perbuatan ibu keluar berkerja itu memang salah maka ibu harus menggantinya dengan janji-janji seronok yang lain. Tak mengapa jika anak terpaksa bersedih. Ini realiti hidup. Seronok bukan untuk sepanjang masa. Anak yang gembira bukan bermaksud anak yang tidak menangis langsung. Anak yang gembira ialah anak yang ada kestabilan dan kawalan kendiri terhadap pelbagai emosi.
USAH TERASA
Sebahagian bayi lebih sensitif terhadap pemisahan berbanding yang lain. Ini soal personaliti bayi dan tiada kaitannya dengan anda. Jadi janganlah cepat terasa dan membandingkan bayi anda dengan bayi lain pada setiap sekecil- kecil perkara. Contohnya jika hari ini anda berharap dan menjangkakan anak anda akan menyertai kawan- kawan yang lain di taman permainan, namun perkara sebaliknya pula berlaku, usah bengang. Lepaskan saja jangkaan awal anda itu dan alu-alukan anak anda yang hanya mahu duduk bersama anda. Biar anak duduk dan memerhati. Usah mempromosi hal bagaimana anak orang lain ok saja bermain dan tak ada apa yang perlu dia takutkan. Bila kita percaya yang anak kita perlu duduk dengan kita pada ketika itu, kita telah bagi keyakinan padanya bahawa kita tidak menafikan rasa resahnya. Maka proses keresahan pemisahan akan menjadi mudah kerana bebas drama , bebas jangkaan. Yang ada hanya realiti.
LATIH CIPTA SUASANA SELESA
Tempat atau orang baru sentiasa merisaukan bayi. Maka amalkan mencipta rasa selesa pada setiap tempat atau orang baru. Misalnya luangkan masa untuk duduk, berbual-bual dan keluar masuk rumah bakal pengasuh. Lama kelamaan ia membuat bayi sedar bahawa orang atau sesuatu tempat itu telah di ‘luluskan ok’ oleh orang yang paling anak percayai iaitu ibunya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.