Daun selom sering dijadikan pilihan untuk menikmati ulam-ulaman. Selain sedap dimakan, daun selom mengandungi banyak khasiatnya.
Menurut perkongsian di fb FAMA, berkongsi info berkenaan khasiat daun selom di mana daun selom mengandungi banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan serabut.
Daun dan batangnya dapat meredakan penyakit seperti bisul, terkenan gigitan ular, kala jengking dan bengkak kerana kanser.
Air rebusannya boleh diminum sebagai penawar demam selesema, susah buang air kecil dan berak berdarah.
Manakala biji selom dijadikan penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom dijadikan perangsang buang air dan membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.
Sehubungan dengan itu, Ibrisam ada berkongsi rasa keterujaannya setelah 2 bulan menanam selom, hasilnya cukup puas hati.
Alhamdulillah setelah 2 bulan tanam pokok selom, hari ini buat kali pertamanya kutip hasil. Rasa teruja pulak.
Rasa puas hati dapat petik sendiri. Ikut suka hati nak petik banyak mana pun. Kalau beli kat pasar kena berkira-kira juga nak ambil.
Nanti bolehlah buat ulam dan sedikit kerabu. Paling sedap buat kerabu selom + isi kerang…
Ramai yang bertanya macam mana saya tanam selom. Di sini saya kongsikan caranya.
1. Saya guna tanah bakar + sedikit pasir + cocopeat + tahi kambing.
2. Siram air 2x sehari.
3. Siram air basuhan beras dan air basuhan ikan.
4. Beri baja kopi dan baja AB seminggu sekali.
5. Utk mengekalkan keadaan tanah utk sentiasa lembab dan basah, kena buat mulching/sungkupan pada pangkal pokok dan sekitarnya. Saya guna cocopeat sahaja. Nak guna daun-daub kering pun boleh.
Pokok selom ni suka pada keadaan tanah yang lembab.
Itu sahaja yang saya lakukan pada pokok selom. In syaa Allah suburlah nanti.
Sumber : Ibrisam Wossali
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Selain Kongsi Minat Yang Sama, Layan Seperti Ibu Sendiri Rahsia Mawar Rashid Serasi Dengan Mentua.
Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid,23 ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya. Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin. Banyak nasihat yang beliau kongsikan,”ulas Mawar yang mengakui aktiviti keluarga selain makan-makan, keluarga mentuanya juga gemar menonton bersama dan itu cara mengeratkan hubungan antara mereka.
Kahwin usia muda
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri. Malah, tak lama lagi bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang kini sedang hamil 4 bulan tidak sabar bergelar ibu dan berharap dipermudahkan segalanya.
Tak sekat pilihan anak
Sementara itu, Datin Umi Kalsom Abdol Latib tidak menyekat anak-anaknya dalam mementukan pasangan hidup mereka. Sebaliknya sebagai ibu, dia mendoakan dan berharap rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Sebagai ibu saya hanya mahu melihat anak-anak bahagia. Tidak kisah siapa jua pilihan, baik muda, tua mahupun matang semua saya terima. Mawar misalnya, seorang yang masih muda tetapi dia cepat belajar dan mahu dengar nasihat walaupun ada masanya sifat keanak-anakkannya masih tak hilang.
“Malah, saya dulu pun kahwin usia 23 tahun. Bezanya Mawar ada anak tiri jadi tanggung jawab dia lebih berat. Usia Raf 33 tahun dan lebih tua dari Mawar, tetapi kalau Allah sudah tetapkan jodoh mereka siapa yang mampu menolak kan. Saya pula jenis ibu mentua yang sporting dan layan semua menantu macam anak sendiri.
“Saya tidak mahu menantu rasa canggung bila duduk sekali. Mawar saya layan macam anak sendiri, selalu peluk, usap rambut dia jadi itu buat hubungan kami rapat. Sementelah dia sekarang sedang berbadan dua, jadi saya selalu kongsikan ilmu dan pengalaman saya sebelum ini.
“Selain Mawar, keluarga Fazley juga tinggal bersama saya. Jadi Azrene (menantu) juga saya layan sama rata. Tiada beza antara mereka dan kami juga berkongsi minat yang sama iaitu memasak selain bercuti bersama,” ujar Datin Umi Kalsom yang mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan pelengkap hidupnya bersama arwah Datuk Yaakob Mohammad.
“Apa Yang Penting, Kerjasama.” Rai Anak Bergelar Huffaz Bersama, Netizen Puji Abby Abadi & Norman Hakim Dah Cerai, Tapi Bersatu Demi Anak!
Tiada yang lebih menggembirakan ibu bapa bila mana anak yang dididik dan ditatang bagai minyak yang penuh sudah berjaya. Malah, penceraian antara ibu dan ayah bukan penghalang untuk anak-anak tidak boleh berjaya. Itu yang berjaya dibuktikan oleh kedua pelakon ini yang sentiasa bekerjasa dalam membesarkan anak-anak meskipun telah berpisah
Pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi baru-baru ini begitu teruja meraikan anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 peringkat Negeri Selangor hari ini.
Berkongsi berita gembira itu di laman instagramnya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, anaknya diraikan kali ketiga dalam majlis penganugerahan itu.
“Mohamed Danish Hakim Al Hafiz dan sahabatnya telah berjaya menghafal al-Quran diraikan lagi hari ini di peringkat Negeri Selangor.
“Alhamdulillah. Murah rezeki anak-anak ini. Tiga kali dah diraikan termasuk kali ini. Syukur, Terima Kasih ALLAH untuk segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan,” katanya.
Hadir bersama Norman dalam majlis tersebut, Abby menerusi kapsyennya memberitahu suaminya, Jaiezzany dan isteri kepada Norman, Memey Suhaiza ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.
“Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga. Apa yg penting kerjasama hehe,” Tulis Abby.
Menurut Abby, anaknya Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan pada hari tersebut. Kali ini Peringkat Negeri Selangor pula.
“Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia,”ujarnya.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Perkongsian tersebut mendapat komen dari netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan syuur selain mendoakan kebahagian kepada kedua-dua keluarga berkenaan.
afzafahmidah Walaupun dah cerai, mereka bersatu demi anak-anak. MashaAllah. They co-parent so well.
kaklongnora Alhmadulillah.Tahniah Mohamed Danish Hakim Al Hafiz.Sesungguhnya org yg menhafal Al Quran merupakan org yg lebih dekat dgn Allah SWT kerana ayat suci Al Quran tersimpan dlm dada mereka. Allahurabi
haryati.amin.14 Alhamdulillah?kakAbby n abg norman salute you both
ebit_fara Semoga hingga ke syurga Allah seluruh keluarga hebat ini
kamilahchemat Alhamdulillah.. Tahniah abg danish. Smoga famly kak aby sntiasa dlm rahmat Allah swt
redmahmood @jaiezzany Taniah juga pada abahnya dan mummy @memeysuhaiza… semuanya atas kerjasama keluarga besar anda… Tahniah..
sweetiepie_cahaya Syabas Abby seorang Ibu yg mithali pada anak anak. Orang yang baik tidak melihat permulaaan mu bagaimana tetapi Pengakhiran nya bagaimana? Syabas untuk Norman Hakim yg banyak mendokong Abby walaupun mereka bukan lagi pasangan suami isteri
sweetiepie_cahaya Indah sungguh foto ini, pasangan Sama Cantik dan sama padan apatah lagi dgn kurniaan cahayamata yg bijak lagi Cantik. Tetapi Allah swt maha mengetahui setiap yg berlaku ada hikmah nya. Semua ini perlu pergorbanan dari salah satu pasangan Baru lah kejayaan dapat diraih. Alhamdullilah
Sumber: IG abby_abadi112 & normanhakim_786
Nama Aje Suami Isteri Tapi Tak Kenal Rapat. Kena Kenali Pasangan, Baru Jumpa Bahagia Tu. Deep Coretan Lelaki Ini.
Ramai pasangan suami isteri setelah berkahwin inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Namun untuk mencapai impian itu sudah tentu kena ada hubungan yang harmoni antara suami isteri. Ia bukan untuk setahun dua hubungan tetapi selamanya selagi hayat dikandung badan.
Sehubungan itu, jika pasangan suami isteri tidak kenal rapat antara satu sama lain susah nak temui bahagia itu.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini sungguh mendalam maknannya. Beliau menjelaskan bahawa pasangan perlulah saling mengenali supaya hidup saling melengkapi antara satu sama lain.
Jom ikuti coretan bahagia rumah tangga ini supaya mubasabah diri untuk memastikan mahligai yang dibina kekal till jannah!
Kita ni nama ja suami isteri…
Tapi hakikatnya, kita tak mengenali rapat pun pasangan kita. Kita tak memahami sangat pun pasangan kita.
Kita buat semua ni masa sebelum kawin ja. Lepas kawin, hang hang, aku aku…aku ada cara aku, hang ada cara hang…aku ada perangai aku, hang ada perangai hang.
Kita tak cari titik persamaan dalam perbezaan antara kita dan pasangan…
Masing-masing nak ikut kepala masing-masing. Masing-masing nak ikut cara masing-masing. Kalau ada sebelah pihak ni tak boleh hadap, maka biar kat dia.
Kta nak buat apapun keputusan, kita tak nak tnya pasangan, tak nak mintak pendapat dan pandangan pasangan..
Tapi kita hidup sebagai suami isteri…
Tinggal bawah 1 bumbung, tidur atas 1 katil, makan kat 1 meja.
Takat tu ja la. kadang-kadang bila dua-dua dok dekat-dekat, kadang bila dua-dua dok bersama kat ruang tamu atau dalam kereta, tak sembang ramah pun. Tak de gelak-gelak, gurau-gurau.
Suami isteri apa macam ni.?
Tak mesra, tak gembira, tak bahagia…ikatan tu tak kuat sebab kita tak nak mengenali dan memahami pasangan kita betul.
Kalau pasangan kita tak suka salah satu daripada apa yang kita suka buat, maka tanya dia, kenapa tak suka. Kalau kita boleh terima jawapan dia, maka kita tinggalkan atau cuba elakkan.
Kalau kita tak boleh terima, maka cuba terangkan bagi dia faham melalui perspektif kita…
Tapi kita tak nak buat macam tu.
Bila pasangan tegur, kita marah, kita melenting…pasangan tegur benda yang kita suka, hobi kita, minat kita. Mana boleh. Pulak dah…
Sebab tu lah hubungan suami isteri kita sekarang ni rapuh. Bila-bila masa ja boleh terlerai, boleh runtuh. Kita tak kenal pasangan, kita tak faham pasangan. Macam mana nak tempuh ujian dalam perhubungan?
Renung-renungkan.
Sumber: Firdaus Shakirin
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club