Pelakon cantik dan juga isteri kepada aktor Fattah Amin, Nur Fazura Sharifuddin dilihat semakin aktif memulakan perniagaan tudung. Apa yang lebih mengujakan tudung jenama Fazura itu laris terjual dalam beberapa jam sahaja dan mendapat respon yang baik daripada warganet kerana harganya yang murah serta mampu milik.
Sehubungan dengan itu baru-baru ini Fazura menerusi IG Live ada menceritakan serba sedikit berkenaan tudung-tudungnya sebagai simbolik bagi melancarkan koleksi tudung dengan turut menggayakan 10 koleksi tudung Merdeka yang sangat cantik.
“Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian,” katanya.
Meluahkan rasa sebak dengan sambutan luar biasa yang diterima, Fazura mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membeli dalam masa sama membantu peniaga kecil.
Dalam pada itu, Fazura berkata dia boleh sahaja menjual pada harga mahal namun dia enggan berbuat demikian kerana mahu semua orang mampu membelinya.
“Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi.
“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi,” katanya dengan nada sebak sambil mengalirkan air mata.
Ads
Terdahulu, tular perkongsian seorang netizen yang membuat kiraan hasil jualan tudung Fazura itu dianggarkan mencapai RM2.16 juta.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Umum mengetahui bahawa bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, kini didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis. Dia kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Terbaru menerusi Instagram miliknya, paparan muat naik sebuah lagu baharu ciptaannya ketika di sana. Difahamkan kini akaun Instagramnya dikendalikan oleh ahli keluarganya.
“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan di instagram untuk sahabat, teman dan peminat.”
Lagu yang bertajuk ‘Bebaskan Aku’ mengambarkan meminta pertolongan dibebaskan dari tirai besi itu. Antara lirik lagu adalah:
“Bebaskan aku, Ku utuskan kata-kata di sebalik tirai besi, Tanpa dapat ku titiskan air mata sepi.
Bila ku katakan semuanya baik di sini, Ku tak ingin engkau rasa susah hati.
Hatiku berkecai seolah sudah tiada, Dan jiwaku ini terus meronta. Ingin bebas dan bersamamu semula.“
Untuk rekod, Yassin berdepab dengan kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama. Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.
Banjir yang melanda pada awal tahun ini sangat membuka mata ramai orang untuk siap bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Perubahan cuaca yang tidak menentu mungkin menjadi antara faktor yang mencetuskan bencana tersebut. Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh terjadi sekiranya orang ramai tidak peka dengan situasi yang bakal dihadapi.
Tambah lagi setiap hujung tahun, Malaysia kebiasaannya akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa hingga menyebabkan beberapa negeri bakal dilanda ‘bah’ atau banjir.
Lantaran itu, orang ramai perlu bertindak selangkah ke hadapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh terjadi, sesuai dengan pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, setiap rumah perlu mempunyai Bug Out Bag (BOB).
Apa itu BOB?
Menurut infografik yang dikongsikan oleh Berita RTM, BOB merupakan sebuah beg yang mengandungi barangan keperluan yang mampu bertahan selama 72 JAM sewaktu menghadapi krisis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Persediaan ini bagi memudahkan tindakan yang lebih efektif sewaktu berlakunya kecemasan yang tidak dijangka. Sehubungan itu, BOB perlulah diletak pada tempat yang mudah dicapai.
Sewaktu berlakunya bencana yang tidak dijangka, pelbagai barangan atau dokumen penting perlu dibawa bersama termasuk pakaian, kasut, selimut, lampu suluh, bateri, kit kecemasan, ubat-ubatan, wisel, makanan tahan lama/ransum, air kit kebersihan, telefon, bateri pengecas telefon dan wang tunai.
Di samping itu, seorang pengguna Twitter, @Hfnz9 turut berkongsikan beberapa alatan lain yang turut boleh dimuatkan dalam BOB. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Antara barang keperluan lain yang boleh dimasukkan dalam senarai BOB ialah
1. Pengecas solar, Back up kepada powerbank sewaktu bencana.
2. Meal ready to eat (MRE) sesuai kerana tarikh luput MRE panjang. Banyak dah orang jual dekat Shopee.
3. Dry bag. Boleh digunakan untuk simpan barang penting seperti handphone, powerbank, wallet dan juga baju yang belum digunakan. Boleh dijadikan pelampung ketika waktu memerlukan.
4. Mini stove & gas. Boleh digunakan untuk panas rangsum & air. Jika terkena hiportemia kita boleh gunakan untuk memanaskan badan.
5. Walkie talkie/radio/handy. Boleh digunakan untuk minta bantuan menggunakan frequency kecemasan yang telah ditetapkan semasa bencana. Selain itu boleh juga dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menggunakan radio.
6. Emergency blanket boleh digunakan jika ketiadaan pakaian kering. Ia berfungsi untuk memanaskan badan dan mengelakkan hiportemia/kesejukan melampau. Boleh beli dekat decathlon harga dalam RM10.
7. Life jacket penting bagi mereka yang tak reti berenang. Boleh juga kita gunakan untuk menyelamat orang lemas semasa keadaan memerlukan.
8. Lifestraw & sawyer. Kita boleh minum air banjir menggunakan penapis air ini jika keadaan memerlukan. Lifestraw atau sawyer tak tapis virus dalam air. Jadi lepas tapis, kalau tak boleh masak, purify dgn aquatabs dulu baru minum.
9. Untuk kurangkan beban pada lifestraw, buat tapisan pertama guna kain dulu utk tapis kotoran kasar mcm pasir/lumpur.
Ringkasnya, Bug Out Bag (BOB) ini sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ataupun darurat kerana mampu memberikan bantuan selama 72 jam.
Sumber: BeritaRTM, Twitter @Hfnz9
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usahawan kosmetik, Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias baru-baru ini dihambat kontroversi apabila berpenampilan seksi ketika bercuti di Pulau Langkawi. Belau memuat naik beberapa gambar berbikini dan pakaian wanita tanpa segan silu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
Perkongsian itu juga turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menulis surat terbuka buat usahawan muda itu.
“Kami menerima beberapa keping gambar saudara yang ditularkan beberapa hari lepas. Sejujurnya, saya tidak pasti sama ada ianya benar ataupun tidak. Apapun, anggaplah surat terbuka ini sebagai satu luahan yang jujur, penuh kasih sayang daripada seorang saudara Muslim kepada saudaranya yang lain.
“Hati saya terdetik untuk menyampaikan surat terbuka kepada saudara Safiey Ilias walaupun sebelum ini sudah ada niat untuk berjumpa tetapi saya merasakan perlunya sebuah perkongsian dengan saudara dalam memahami haqiqat al-hayah,” kata mufti menerusi catatan Qalam Mufti: Safiey, Jom Mengeteh!, pada Jumaat.
Safiey yang sebelum ini pernah menjadi sebutan kerana keputusannya untuk berhijrah daripada seorang mak nyah untuk kembali kepada fitrah, disifatkan oleh mufti sebagai satu perkhabaran yang gembira.
“Semasa saudara mengumumkan untuk ‘berubah’, saya antara individu yang amat gembira dengan keputusan tersebut. Apa yang pasti, sudah tentu ia juga menggembirakan ibu bapa saudara.
“Namun, laut tidak selalunya tenang. Saya faham dan mengikuti siri-siri tekanan yang saudara terima dalam usaha untuk kekal dengan ‘imej baharu’. Dan, saya tahu yang ianya amat-amat sukar untuk dilalui dan pahit untuk ditelan.
Menurut Zulkifli, beliau melihat Safiey benar-benar berusaha untuk keluar dari segala permasalahan tersebut namun Allah SWT lebih mengetahui apa yang telah diaturkan-Nya.
“Sejujurnya, saya katakan saudara adalah antara insan yang istimewa dengan pelbagai kurniaan nikmat yang Allah anugerahkan kepada anda. Alangkah baiknya anugerah tersebut disyukuri mengikut neraca syariat seperti ajaran Nabi SAW,” katanya.
Terdahulu, Safiey dilaporkan pernah membuang implan payu dara selain menunaikan umrah, sebagai usahanya untuk kembali ke pangkal jalan.
Usahawan berusia 25 tahun itu bagaimanapun kembali tampil berpakaian wanita, sekali gus mengejutkan banyak pihak.
Zulkifli berkata, Safiey dijemput ke pejabat beliau untuk berkongsi pandangan dan luahan bagi membolehkannya membantu usahwan muda itu untuk kebaikan bersama.
“Saya tidak pasti samada ruang yang tersedia ini sesuai atau tidak. Namun, saya dengan rendah hati menjemput saudara ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk kita bertukar-tukar pandangan, berkongsi rasa hati dan mungkin ada sudut yang boleh saya bantu untuk kebaikan bersama.
“Pada dasarnya, saya cuba memahami perasaan dan kehendak saudara. Mungkin boleh sama-sama kita duduk mengeteh dan berbincang secara santai untuk kebaikan kita semua,” katanya.
Saya menerima beberapa keping gambar saudara yang ditularkan beberapa hari lepas. Sejujurnya, saya tidak pasti samada ianya benar ataupun tidak. Apapun, anggaplah surat terbuka ini sebagai satu luahan yang jujur, penuh kasih sayang daripada seorang saudara Muslim kepada saudaranya yang lain.
Saudara Safiey,
Entah mengapa pada petang Jumaat yang mulia ini selepas Asar, hati saya terdetik untuk menyampaikan surat terbuka kepada saudara Safiey Ilias walaupun sebelum ini sudah ada niat untuk berjumpa tetapi saya merasakan perlunya sebuah perkongsian dengan saudara dalam memahami haqiqat al-hayah.
Saya berharap saudara dalam keadaan yang sihat sejahtera, berbahagia di samping keluarga yang tercinta. Semasa saudara mengumumkan untuk “berubah”, saya antara individu yang amat gembira dengan keputusan tersebut. Apa yang pasti, sudah tentu ia juga menggembirakan ibu bapa saudara.
Namun, laut tidak selalunya tenang. Saya faham dan mengikuti siri-siri tekanan yang saudara terima dalam usaha untuk kekal dengan “imej baru”. Dan, saya tahu yang ianya amat-amat sukar untuk dilalui dan pahit untuk ditelan. Saya nampak saudara betul-betul berusaha untuk keluar daripada segala permasalahan tersebut namun Allah SWT lebih mengetahui apa yang telah diaturkan-Nya.
Saudara Safiey,
Sejujurnya, saya katakan saudara adalah antara insan yang istimewa dengan pelbagai kurniaan nikmat yang Allah anugerahkan kepada anda. Alangkah baiknya anugerah tersebut disyukuri mengikut neraca syariat seperti ajaran Nabi SAW.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. Riwayat al-Bukhari (7507)
Imam al-Nawawi berkata: “Hadis ini jelas pada sisi pendalilannya, bahawa walaupun dosa walaupun terulang seratus malah seribu atau lebih, dan dia bertaubat setiap kali daripadanya, maka taubatnya diterima dan gugur dosanya. Meskipun dia bertaubat dari semua (dosa) dengan sekali taubat setelah semua (dosa), maka taubatnya sah.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/128)
Saudara Safiey,
Saya tidak pasti samada ruang yang tersedia ini sesuai atau tidak. Namun, saya dengan rendah hati menjemput saudara ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk kita bertukar-tukar pandangan, berkongsi rasa hati dan mungkin ada sudut yang boleh saya bantu untuk kebaikan bersama.
Pada dasarnya, saya cuba memahami perasaan dan kehendak saudara. Mungkin boleh sama-sama kita duduk mengeteh dan berbincang secara santai untuk kebaikan kita semua. Saya tunggu jawapan saudara.
Akhukum fillah,
S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...