Setiap kali tiba musim cuti sekolah, anak-anak yang paling teruja. Inilah masanya mereka berpeluang rehatkan minda setelah penat belajar.
Sudah pasti ibu bapa sudah merancang ke mana lokasi untuk membawa anak-anak bercuti kan. Sama ada ke pusat rekreasi seperti air terjun, pantai dan sebagainya.
Memandangkan cuaca panas yang sedang melanda negara kita saat ini, sudah pasti seronok jika dapat mandi-manda di samping menghirup udara segar kan.
Namun., disebalik keterujaan itu, ibu bala kena berhati-hati bimbang berlaku tragedi yang tidak diingini seperti lemas dan sebagainya.
Baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 15 lokasi yang berisiko tinggi berlaku kejadian mati lemas.
Menurut Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, menerusi data Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terdapat beberapa lokasi yang mencatatkan insiden mati lemas lebih daripada lima mangsa antara tahun 2016 dan 2018.
Pada tahun lalu, sebanyak 182 insiden mati lemas dilaporkan di kawasan sungai atau tali air, 58 di pantai, 39 di lombong atau tasik dan 27 insiden di air terjun.
Berdasarkan data JBPM bagi kejadian mati lemas kawasan rekreasi adalah sebanyak 260 kes pada 2016; 327 kes pada 2017 dan 309 kes pada 2018.
Oleh itu, beliau meminta semua ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak semasa berkunjung ke tempat rekreasi dan patuh kepada tanda amaran melarang aktiviti air atau panduan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.
Jadi, kepada anda yang merancang untuk membawa anak-anak ke pusat rekreasi melibatkan air, berhati-hatilah di kawasan-kawasan ini:
1. Kawasan sungai⚠️
Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah (15 nyawa)
Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7)
Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan (6)
Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6)
Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5)
2. Kawasan pantai⚠️
Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14)
Muara Tok Bali, pasir Puteh, Kelantan (7)
Teluk Bahang, Pulau Pinang (7)
3. Kawasan lombang/empangan⚠️
Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10)
Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10)
Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5)
4. Kawasan air terjun⚠️
Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12)
Sekayu, Terengganu (11)
Lata Berembun, Raub, Pahang (10)
Chamang, Bentong, Pahang (5)
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Boleh dikatakan setiap antara kita akan pastikan stok telur akan sentiasa ada di rumah. Macam-macam menu boleh dibuat, bahkan jika tiada idea untuk memasak andai kita sediakan telur dadar sekali pun sudah memadai untuk dijadikan menu ringkas untuk keluarga.
Pun begitu, dalam membeli telur sebaiknya kita pilihlah yang terbaik untuk dimakan. Dan hal ini dikongsikan oleh Dr Mazlina Mazlan untuk info bersama tentang cara pilih telur yang ada dijual dipasaran. Semoga ianya memberi manfaat.
Cara Pilih Telur, Beri Kesan Baik Untuk Kesihatan
“Dr, anak saya alergik telur, apa nak buat ye?”
“Dr saya buat operation kat belakang badan baru ni, boleh makan telur dak?”
“Anak saya ada eczema Dr, kalau dia makan telur, habis naik balik eczema dia susah nak surut.”
“Saya tak boleh makan telur, nanti habis ruam naik kat muka saya.”
“Saya kolesterol tinggi ni Dr, takkan boleh makan telur kot, telur tinggi kolesterol kan?”
Banyak lagi pantang larang telur yang kita selalu sangat dengar kan?
Sebenarnya, telur tak bersalah pun. Allah jadikan telur sebagai salah satu real food yang banyak sangat manfaat untuk kesihatan kita. Cuma kita saja yang perlu buat pilihan yang betul supaya setiap telur yang diambil tu memberi kesan yang baik untuk kesihatan kita.
-Telur kaya dengan protein
-Telur menaikkan kadar kolesterol baik
-Telur banyak omega 3 yang bagus untuk otak dan minda anak-anak
-Telur mengandungi choline yang baik buat ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi
-Telur membantu turunkan berat badan
-Telur mengandungi antioksida lutein and zeaxanthin yang baik untuk mata
Banyak lagi manfaat telur. Kalau ikut kata Coach Eczema Mizhana Padzi, telur ni sebenarnya siap boleh bantu penyembuhan kulit anak eczema lebih cantik dan flawless lagi tau! Rajin-rajinlah kita makan telur, ajak suami dan anak-anak makan telur selalu ya!
Ya, telur sangat elok untuk diamalkan setiap hari. Cuma, kita perlu pilih telur yang baik supaya kita dapat khasiat yang optimum dari ‘real food’ yang sebenar.
Kenapa saya katakan begitu? Telur bukan real food ke?
– Telur boleh jadi datang dari ayam yang dicucuk antibiotik atau hormon tambahan.
– Telur juga boleh datang dari ayam yang diberi makan dedak jagung GMO.
Pada tahun 2015, satu keputusan kajian selama 13 tahun diumumkan. Kajian menyatakan tiada statistik yang menunjukkan penggunaan telur dengan serangan jantung dan strok, tetapi kenaikan masalah jantung sebanyak 30 peratus kepada mereka yang mengambil telur sekurang-kurangnya 1 biji setiap hari.
Masalah-masalah sebegini akan datang jika kita tidak buat pemilihan telur dengan betul.
Jadi bagaimana nak pilih telur yang baik?
Baca label ya ibu ayah.
Berbagai jenis brand yang dicadangkan sekalipun, tetap perlu baca label tengok yang mana memenuhi citarasa hati masing-masing.
Alah, telur je pun. Dah boleh dapat telur 1 biji dengan harga 30 sen, kenapa nak kena beli telur yang harga 1 biji sampai RM 1.30.
Tanya semula diri kita makan telur untuk apa. Makanan yang baik dan tayyib, ia bukan sahaja buat kita hilang lapar, ia mungkin juga dapat hindarkan kita dari penyakit tertentu, ia mungkin juga dapat sembuhkan kita dari penyakit tertentu. Pernah dengar orang kata ‘food is medicine’ kan?
Begitulah. Pilihan sentiasa ada.
Pergi makan western food hujung minggu sampai habis RM 70 untuk 3 pinggan, takkan telur yang tayyib 1 biji harga 60 sen – RM 1.30 pun tak boleh beli kan?
Ini tak cakap orang tau, cakap kat diri sendiri ni haa.
Di rumah, insyaAllah saya pun masih cuba yang terbaik untuk sediakan telur yang tayyib untuk keluarga.
Jika di luar, anak-anak nak makan telur rebus, saya okay je.
Jika di luar, suami nak makan nasi goreng pataya, saya okay je.
Jika di luar, saya teringin nak makan tomyam dan telur dadar, saya okay je.
Saya cuba kawal sebaiknya apa yang ada di dapur saya, sebab itu adalah makanan harian kami. Di luar, sekali sekala, ada hari kami cheat day juga.
Saya kongsikan antara gambar-gambar telur yang ada di pasaraya. Bantu saya kongsikan info pilih telur ini ya supaya lebih ramai ibu ayah dapat pilih telur yang baik buat keluarga, untuk anak-anak terutamanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bercucuk tanam pastinya menjadi hobi antara ibu-ibu di rumah. Jika tak dapat banyak, mempunyai sepokok dua tanaman di dalam pasu pun dirasakan memadai. Sekurang-kurangnya bolehlah dijadikan terapi diri melihat tanaman yang hidup segar.
Pun begitu, memastikan kesegaran pokok ada perkara perlu buat. Bukan hanya dipastikan disiram selalu, dan apatah lagi jika tanaman diserang serangga perosak. Kita perlu segera hapuskan serangga perosak tersebut.
Pun begitu, selain gunakan racun serangga, ada cara lain yang lebih selamat dan berkesan walau dengan hanya membuat bancuhan sendiri. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Tam. Semoga bermanfaat.
Ramai yg mohon saya share bahan dan resepi air sabun.(macam resepi makanan pulak)
Ini percubaan saya setelah dapat petua dari seseorang di BKDR (dia pun hanya kata “sembur air sabun”)
Bahan
Pencuci pinggan Jenama Sunlight yg boleh basuh buah dan sayur ( ada aloe vera + garam) berwarna jernih.
2.0 liter air (saya guna air paip Syabas jer)
Cara
1 sudu makan cecair pencuci dan campur kan dgn air 2.0 liter dalam alat penyembur. Isi sampai penuh penuh, biarkan buih yg terhasil keluar baru tutup
Lepas tu enjoy lah menyembur
Saya tak sembur hari hari, cuma bila nampak binatang tu (ulat/bena putih) baru saya sembur. Bancuhan tu lama tahan.
Yang saya perasan, kangkung tak boleh sembur, daun nya melecur.
Yg lain daun lebih hijau dan sehat.Yg saya tanam dan sembur (saja sajacuba) Kenapa jadi gitu? Saya tak tahu
1. Pokok Limau purut
2. Pokok Serai
3. Pokok Chili
4.Pokok Pudina
5.Pokok Daun Kari
Resipi Lempeng Kelapa, Rasa Lemak-lemak, Lembut Bila Dikunyah
Lempeng kelapa antara sajian yang menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Sarapan yang mudah dan ringkas ini memang enak dimakan bersama kuah kari dan juga sambal sardin.
Jom kita cuba resipi lempeng kelapa seperti yang dikongsikan Dapur Kak Chik. In Sha Allah sedap dan lembut sampai ke petang. Pasti menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga.
RESIPI LEMPENG KELAPA
BAHAN A (dikisar)
1 biji telur
2 keping roti
1 cawan air
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum
Garam
2 sudu susu pekat
Air secukupnya
2 sudu minyak @marjerin cair
1 cawan kelapa parut
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan A dan B – bancuh sekata agak-agak kepekatannya.
2. Kisar sekali lagi.
3. Masukkan dalam bekas dan campurkan kelapa parut.
4. Masak dengan cara lenggangkan di atas kuali non stick macam buat kuih gulung. Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau kuah kari.
Sumber kredit: Sumber kredit: Dapur Kak Chik via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk menjaga anak. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein, 44, memilih untuk tidak mendedahkan wajah...