Dua bulan menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza hari ini mendedahkan wajah anak lelaki tersayang kepada umum.
Menerusi muat naik di Instagram Zahirah dan Aiman, mereka telah berkongsi gambar buah hati tersayang beserta nama.
Memilih nama Isaac Raees kepada putera sulung , pasangan ini mendoakan agar bayi mereka membesar dengan sihat, kuat dan baik.
Zahirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Januari 2021 di Australia. Dia dan Aiman telah berangkat pulang ke kediaman keluarga Zahirah pada Oktober tahun lalu iaitu kira-kira tiga bulan sebelum bersalin.
Sering kali kita mendengar kisah mentua dan menantu perempuan tidak sehaluan. Ada sahaja insiden yang membuatkan kedua-duanya berantakan sehingga memeningkan kepalan ahli keluarga lain.
Namun berbeza dengan selebriti yang sorang ini. Jika kebanyakan ibu mertua dan menantu perempuan sering berselisih pendapat, namun hal itu tidak dirasai oleh Maria dan Shahirah.
Hubungan baik yang terjalin antara mereka berdua adakalanya menimbulkan rasa iri dikalangan wanita lain. Bahkan, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera lebih rapat dengan mentuanya.
Tidak hairanlah setiap kali tiba bulan ramadan, air tangan mentuanya menjadi hidangan berbuka untuk mereka seisi keluarga.
“Lauk mak mentua yang masak, aku dah 18 tahun bersama suami, alhamdulillah mak mentua semua sponsor. Mak mentua yang sama.
“Kalau yang lama pun alhamdulillah baik. Dapat mak mentua bagus masyaAllah untungnya,” ujar penyampai radio Suria Fm ni lagi.
Dalam masa yang sama, Shiera turut menitipkan pesanan kepada semua menantu supaya berbaik-baik dengan mentua dan saling menghormati.
“Jangan kurang ajar dengan mak mentua, jaga hati walaupun dia bukan ibu kamu sendiri. Kalau dapat mentua jenis yang berkira, tak perlu nak melawan atau apa.
“Biar kita beli sendiri, selagi kita mampu, kita larat. Kalau ada tak apa, kalau tak ada tak apa. Mana yang baik tu kita ambil,” jelas Shiera lagi.
Dalam pada itu, Datin Maria Arshad dalam satu kenyataan sebelum ini berkongsi hubungan baik dengan menantunya itu. Maria yang mempunyai tujuh orang anak dan lima cucu menyifatkan Shahirah sebagai individu yang boleh dibuat rakan.
“Sebenarnya saya lebih banyak telefon Shahirah daripada Ijoy. Bila ada kecemasan atau perkara yang saya nak tahu, saya hubungi Shahirah dan dia sangat membantu.
“Menjaga hubungan mertua dan menantu ini mudah. Saya jarang menyibuk dalam hal rumah tangga anak-anak saya dan seboleh-bolehnya tidak mahu mencelah.
“Saya bagi kebebasan kepada mereka. Tambahan pula hubungan saya dengan ibu bapa Shahirah cukup rapat,” dedah Maria.
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Pelbagai kerenah dan cabaran bakal ditempuh. Salah satu persoalan yang ditanyq oleh Ibu Rose adalah mengenai anak yang suka melawan cakap. Ikuti penjelasannya.
JIKA ANAK YANG BERSEKOLAH RENDAH SUKA MELAWAN
Soalan:
Ibu, bagaimana untuk anak yang sudah besar (sekolah rendah) bagaimana menanganinya jika kita sedar yang kita dah tersilap didik. Anak suka melawan etc
————————————————
Jawapan Ibu :
1- Anak yang suka melawan ni satu kerana personalitinya. Namun jika dari kecil anak dididik dengan memberi penerangan apa pun personalitinya tidak menjadi masalah.
2- Pendapatnya tidak diberi perhatian. Maka dia akan melawan kerana mahukan pendapatnya didengar.
3- Ada kemarahan yang tersimpan yang tidak dikendalikan dengan baik. Kemarahan disebabkan bila dapat adik, dia asyik kena marah atau buat itu dan ini. Kena mengalah dan sebagainya.
Maka bagaimana kita hendak membetulkan keadaan.
1- PERLAHAN-LAHAN rapatkan kembali diri dengan anak puan. Dia masih kecil, maka dia masih mahu dijaga, dibelai dan dimanjakan. Maka puan boleh melakukan perkara begini berpada-pada dahulu dan test and measure tengok tindakbalasnya.
2-Banyakkan memberi contoh bagaimana untuk bercakap baik dengan ibu bapa. Disini yang ibu bapa selalu masuk perangkap – kenapa ibu kata macam tu, sebab ramai ibu bapa bila hendak memberi nasihat kepada anak, MEMBANDINGKAN dengan orang lain. Ini yang menyebabkan anak-anak jadi menyampah untuk mendengar nasihat ibu bapa. Oleh itu jangan membanding atau memerli atau ‘insinuate’.
3-Berakhlak mulialah dengan anak-anak bila bercakap. Bercakap dengan suara yang baik dan ambil masa menerangkan.
4- Bila dia melawan, cuba tanya dengan baik dan dalam nada ingin tahu apa yang dia mahu sebenarnya…
5- Anda juga jangan melawan cakap ibu bapa atau bercerita buruk mengenai seseorang. Sebab anak akan mengikut.
Usahalah, anak tidak dilahirkan untuk menjadi degil dan melawan cakap ibu bapa. Cara dia dibesarkan itu mencorakkan sikapnya yang sedemikian. Maka ambil masa untuk membetulkan.
Semoga dipermudahkan.
Ibu Rose – Unleash Your Child’s Greatness.
Jom kita sama-sama berdoa semoga anak-anak sayang semua menjadi anak-anak penyejuk mata?
Cer say Amiinn!.
Salam kasih,
Ibu Rose
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila bergelar ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya, genius dan soleh dan solehah. Itu semua adalah impian buat semua ibu bapa. Sememangnya anak-anak adalah harta berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian, segala pahala dari amalan kita terputus dan anak-anaklah yang diharap dapat menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah.
Justeru, apakah sepatutnya yang ibu bapa lakukan? Perkongsian Pendidik Ilmu Keibu bapaan, Dr Taufiq Razif boleh menjadi garis panduan untuk kita muhasabah diri dan mendidik anak mengikut cara Islam.
Islam telah memberi garis panduan dalam mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama.
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.
Sebagai ibu dan bapa hendaklah mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga. Sesungguhnya memberi anak makanan yang halal memberi kesan kepada anak seperti cemerlang pelajaran, alim dan anak yang sholeh.
Mempunyai anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Sebelum lahir dah kena ada target spesifik untuk masa depan anak nanti. Jadi, baca info-info bagaimana mendidik anak menjadi soleh dan solehah serta genius. Didikan awal akan memberikan kesan kepada pembentukkan akhlak anak.
Terdapat pelbagai amalan-amalan postif semasa ibu hamil seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Antara memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ini kerana amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Juga jaga percakapan walaupun anak masih di dalam kandungan kerana anak boleh mendengar walaupun dalam rahim lagi.
Bila anak dah lahir, ubah perangai buruk yang lama kerana anak adalah peniru terhebat sikap ibu bapanya. Ia adalah salah satu cara mereka belajar. Tapi, ada juga perkara yang tak sepatutnya ditiru. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh tauladan terbaik buat anak dari segi solat, akhlak, membaca Al-Quran, percakapan dan melakukan aktiviti yang bermanfaat setiap hari bersama anak seperti membaca buku dan melukis.
Elak makan bergula tinggi dan makanan segera
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food dan junk food. Makanan sebegini boleh menyebabkan menganggu kepintaran anak.
Anak-anak ini pelbagai ragam. Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi kanak-kanak sebegini. Ibu bapa, perlu kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak kerana anak bukannya beban tapi anak adalah ujian yang mendatangkan pahala jika betul cara mengendalikannya.
Setiap ibu bapa tentu punya impian anak-anaknya gemar membaca Al-Qur’an. Jadikan ia budaya di rumah sendiri. Amalkan membaca Al Quran setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Amalan membaca al Quran hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kerap membaca Al-Quran didepan anak. Walaupun anak buat macam tak kisah tapi sebenarnya mereka simpan memori tu dalam otak mereka.
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdas dan bijak. Setiap yang kita ajar, mudah sahaja mereka faham dan praktik Pemakanan sihat dan berkahsiat bermaksud mengambil hidangan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama untuk perkembangan otak yang optimum.
Banyakkan pujian penghargaan pada anak. Itu juga salah satu bentuk doa apabila anda mengeluarkan kata-kata yang postif buat dirinya. Memberi penghargaan seperti pujian, pelukan, dan ciuman akan memberikan kebanggaan kepada anak. Apabila hendak memberi pujian pada anak, pilihlah kata-kata yang sederhana, jelas dan spesifik.
Mendidik anak supaya menjadi seseorang yang lebih baik akan menjadi lebih sempurna apabila disertai dengan doa khusus buat dirinya. Selepas solat lakukan doa khusus untuk anak kita tiap-tiap hari. Lagi berkesan kalau doa sambil sebut nama penuh anak kita, di depan mereka. Biar mereka mendengar nama mereka disebut di dalam doa anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...