“Finally Mirip Fadza, Yang Lain Semua Vivy Junior. Sedapnya Nama.” Vivy Selamat Melahirkan Bayi Keempat. Tahniah!

Share

Usahawan terkenal dan juga pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, selamat melahirkan bayi keempatnya petang tadi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh isteri kesayangan  Fadzarudin Shah Anuar menerusi laman instagramnya.

Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar bayi lelakinya  dan turut mengumumkan nama anak Idris Ali Shah.

beliau sebelum itu memuat naik gambarnya berada di dalam wad di sebuah hospital.

Di ruangan komen hantaran Instagram, rata-rata kenalan serta pengikutnya membanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah serta doa buatnya dan bayi keempatnya itu.

rnadiasabrina Alhamdulillah congratulations mommy of 4 @vivyyusof !!!Congratulations @fadzaanuar ! Selamat berpantang
azrinazmazharhakim Alhamdulillah and Congrats 🎉 cant wait to see more of the cutie boy
dianadanielleb Congratulations Vivy & Fadza! Hello Idris, welcome to the world ❤️ (we share the same bdayy 🧸)
abiel.akn now this one looks like Fadza!! 😂 congrats ka vy, happy pantang! 💖
thyraaspombob Congratulations😍 mirip Fadza dia😂❤️
aishahsyairah Finally 1 fadza junior😂, the rest are vivy junior😂😂😂
nrsulaiiimm Ma shaa Allaah finally Fadza’s face😂, may Idris jadi anak soleh dan penyejuk mata for his parents and family🌻

Sebagai info, Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012. Hasil perkahwinan, pasangan sebelum ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Sumber: vivyyusof

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN