Usahawan terkenal dan juga pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, selamat melahirkan bayi keempatnya petang tadi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh isteri kesayangan Fadzarudin Shah Anuar menerusi laman instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar bayi lelakinya dan turut mengumumkan nama anak Idris Ali Shah.
Di ruangan komen hantaran Instagram, rata-rata kenalan serta pengikutnya membanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah serta doa buatnya dan bayi keempatnya itu.
aishahsyairahFinally 1 fadza junior😂, the rest are vivy junior😂😂😂
nrsulaiiimmMa shaa Allaah finally Fadza’s face😂, may Idris jadi anak soleh dan penyejuk mata for his parents and family🌻
Sebagai info, Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012. Hasil perkahwinan, pasangan sebelum ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Sedangkan hadapi kehilangan sesuatu pun kita dah rasa sedih, apatah lagi bila dengan rela hati nak melepaskan sesuatu yang banyak kenangan dan jasanya. Misalnya bagi pelakon dan selebriti, Tya Arifin jelas tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa melepaskan kereta utama miliknya dan suami, Ashraf Khalid, semalam.
Perkara itu dikongsikan di Aplikasi Tiktok dan Instagram miliknya, yang mengakui terlalu banyak kenangan indah bersama keluarganya sepanjang lima tahun bersama kenderaan itu.
“Banyak kenangan disini. Kita penat, Bahagia, sedih, tawa dia’ (kereta) tahu. Hantar ke sana ke sini. Hari ini kita kena relakannya.
“Sedihnya. Selepas kereta sudah dihantar, baru rasa kehilangan,” tulis Tya.
Menerusi hantaran yang sama, melihatkan suaminya, Ashraf Khalid seperti tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata saat momen sedih itu terjadi.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain pada laman yang sama, Tya meluahkan rasa rindu yang teramat pada keretanya yang sudah dianggap sebagai ‘kekasih.
“Perasaan melepaskan kereta yang sudah bersama hampir lima tahun seperti melepaskan kekasih lama. Ya, kereta ini sudah dianggap kekasih.
“Setiap hari bersama-sama, pergi dia ambil. pulang dia hantar. Jika keletihan, boleh tidur.
“Perasaan sedih kecewa, nangis, ketawa, dirakam dalam memori kereta ini.
“Hari ini terakhir bersama kamu, melepas kamu kerana sudah tiba saatnya kamu mulai hidup yang baru dengan orang lain. Sama seperti bercinta, harus melepas sesuatu untuk yang lebih baik.
“Terima kasih kereta atas sejarah manis, kebaikkan dan kenangan kita selama ini,” tulisnya pada kapsyen.
Sekadar info, Tya Arifin dan Asyraf Khalid telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Ariff Jiwa, 6 dan Azzahra Jiwa, 3 tahun.
Mi Kari antara menu yang cukup digemari ramai. Tak kira waktu boleh dihidangkan kepada keluarga tercinta. Mungkin menarik juga untuk dijadikan menu berbuka pada hari ini atau dijadikan menu istimewa di Hari Raya nanti. Semuanya terserah pada anda.
Memandangkan menyediakan menu mi kari ini ada banyak cara dan resipi yang bermacam, boleh lah dicuba mana yang lebih memenuhi selera anda sekeluarga.
Contohnya seperti resipi mi kari yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi yang tidak asing lagi bagi peminat masakan di media sosial. Menu mi karinya dinamakan Mi Kari Netup Pong Pongg. Dan apa yang mencuri tumpuan warganet bukan sahaja kuah mi karinya yang nampak cukup menyelerakan malah perkongsian tip dan rahsia untuk mendapatkan rasa kuah yang padu, benar-benar mengujakan untuk dicuba.
Jadi usah tunggu lagi, tetapkan harinya untuk anda dapat sediakan menu mi kari istimewa ini untuk keluarga tercinta.
Selamat mencuba.
Resepi Mi Kari Netup Pong Pongg
Bahan-bahan
– telur rebus
– fishball putih (dicelur seketika)-beli online di sini
– fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
– tauhu (digoreng)
– kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– limau kasturi
– cili merah
– daun sup
– bawang goreng
Cara membuat:
Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai dan setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti
Panaskan sedikit minyak.
Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
(Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya)
Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar Rempah Kari Cikgu Afy-beli online di sini
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Masukkan rempah campuran tadi.
Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada.
Kacau sehingga sebati.
*cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu*
Guna api paling perlahan sahaja.
Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawaMasukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka-beli online di sini
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak.
Kira-kira 7-8 minit.
Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun tak mengapa)
Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Perasakan kuah peringkat kedua. Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Satu perkongsian diulang siar oleh puan Ashikin Hashim menerusi laman facebooknya cukup menyentuh hati. Perkongsian itu dimuat naik satu ketika dahulu selepas terkesan dengan berita kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan jalan raya.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Menurut Puan Ashikin, hebatnya ayat Allah ini yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Sebaliknya ia adalah tanda peringatan oleh Allah SWT terhadap kita yang masih hidup ini.
KEMATIAN ITU PASTI: BAJU SUAMI YANG TERAKHIR AKU GOSOK —————————————————————————————————
Edisi Repost
Mak-mak…
Allah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Inilah ucapan istirja yang paling banyak saya dengar dan baca hari ini kerana perginya menghadap Allah, 2 orang insan yang dipanggil ibu dan ayah oleh anaknya yang bernama Hana Safiyyah iaitu pelajar Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam.
Peristiwa ini berlaku seolah-oleh ulangan kejadian yang menimpa sahabat kepada anakanda saya iaitu Daris yang juga kehilangan ibu dan ayah (termasuk adik bongsunya) di dalam satu kemalangan jalan raya sama seperti ibu ayah Hana Safiyyah.
Ucapan ini diucapkan apabila kita mendengar khabar dukacita (bukan hanya tentang kematian).
Hebatnya ayat Allah ini. Ayat yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Kita yang hidup ini yang sebenarnya diperingatkan oleh Allah SWT 😭
Mak-mak…
Ucapan ini adalah ucapan untuk kita juga sebenarnya.
Kita kepunyaan Allah. Suami kepunyaan Allah. Anak-anak kepunyaan Allah. Ibu ayah kepunyaan Allah.
Tiada pun milik kita. Allahu akbar 😭 Tiada yang milik kita. Allahu akbar 😭
Semua yang kita ada hatta suami yang paling kita cinta dan damba setiap waktu pun kita tak mampu nak pegang hati dia. Walau kita tembok dia sekukuh tembok besar China sekalipun takkan dapat kita menahan dan memegang hatinya.
Semua yang kita ada hatta anak-anak yang kita sayang dan jaga bagai menatang minyak yang penuh. Tak bagi walau seekor nyamuk gigit anak kita pun tak mampu kita ikat dan paksa dia dengar cakap kita.
Hati mereka Allah yang pegang.
Kita hanya mampu merayu, sembah sujud dan mohon kepada Allah untuk minta kepada Allah.
Maka apa yang kita bangga sekarang: suami romantik, anak bijak, rumah besar, kereta mewah, pekerjaan hebat.. Itu semua ihsan Allah. Itu semua hibah dari Allah.
Satu hari nanti kita bakal menghuni barzakh. Lebih lama dari kita huni dunia mungkin.
Allahu akbar 😭
Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa kita. Tapi kita selalu alpa. Kita leka dengan dunia. Bangun tidur ingat dunia. Solat kita susahnya nak khusyuk Doa tak sungguh-sungguh. Kita tak jadikan akhirat dan jumpa Allah itu matlamat kita Ini semua saya 😭 Saya cakap pada diri saya sendiri.
Mak-mak…
Ramai yang risau kalau aku mati siapa nak jaga anak-anak aku. Kalau aku dengan suami aku mati serentak macamana rumah, kereta, duit, anak-anak. Kalau aku yang pergi dulu, suami aku kahwin lagi ke.
Allahu akbar… Itulah fikiran kita. Betul tak mak-mak.
Saya pujuk diri.
Janganlah risau… Allah ada.
Allah sebaik-baik PERENCANA. Allah sebaik-baik PERANCANG.
Dari kita mati sampai ke siapa yang menjaga apa yang kita tinggalkan semua Allah dah susun atur cantik.
Jom lah mak kita teruskan hidup ini.
Semoga Allah bagi senafas lagi buat kita untuk terus berbakti kepada keluarga. Mungkin hari ini hari terakhir kita gosok baju suami kita.
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.