Nak cantik tak perlu mahal, guna bahan di dapur pun boleh dapat kulit yang cerah berseri. Cuma kena tahu cara dan tipnya. Jom cuba perkongsian dari Aroora Dayana ini.
Tips penjagaan wajah menggunakan tepung beras untuk tampil putih gebu.Amalkan selalu ya.
Kebaikan tepung beras
Ads
Menyerap minyak berlebihan di muka
Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
Tiada bahan kimia
Mengurangkan jerawat
Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
Menanggalkan sel-sel kulit mati
Menyerikan kulit muka
cara -cara : 1 ) Beli sebungkus tepung beras kat kedai runcit.Murah je dalam RM1 ringgit lebih atau lebih.Lupa dah harga.
2 ) Ambik sesudu tepung beras tadi letak dalam mangkuk atau cawan.Suka hati korang lah nak letak dalam apa.Tupperware ke.
Ads
3 ) Letakkan sedikit air bancuh pekat tau macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh / yogurt / madu / putih telur.Tapi kak yana tak campur apa2 sebab untuk pakai harian kan.Terpulang pada anda.
Ads
4 ) Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk.Pakai sampai kering dan kemudian basuh.Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.
5 ) Amalkan setiap hari dan korang boleh tengok kesan dia.Kulit muka akan sentiasa lembut dan cerah.Jerawat semua xkan muncul.Nak ckp kulit kak yana ni flawless macam telur rebus tu tak lah.Bukan semua org perfect kan.So kak yana nk share lah sebab bnda ni dapat bantu kulit kita yang bermasalah.Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal. mahal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini satu lagi perkongsian yang menarik untuk dicuba dan sebenarnya telah lama diajarkan oleh bidan-bidan di kampung terutamanya kepada wanita yang tengah berpantang.
Malah daun inai juga jika dimakan boleh membantu mengatasi masalah bahagian intim yang berbau kurang menyenangkan.
Untuk itu, ayuh pelajari bagaimana cara penyediaan jamu ini yang telah dikongsikan oleh Puan Ct Fatimah.
Sekarang akak nak kongsi petua ibu wajah berseri-seri selepas pantang.
Bahan-bahan :
Daun inai segengam
Lesung batu buat menumbuk
Cara-cara penyediaan :
1. Cuci bersih daun inai
2. Tumbuk lumat daun inai
3. Gentel-gentelkan kecil2 sebesar kepala mancis tu.
4. Simpan dalam bekas kecil dan letak dalam peti ais.
Cara pengambilan :
Makan selama 2 minggu selepas sarapan
1 biji sehari
Kesannya :
Wajah terlihat pinkish dan glowing serta bahagian intim tidak berbau.
Ini ada petua air minuman yang elok diamalkan. Banyak khasiatnya. Wajah akan kelihatan awet muda, wangikan badan dan bagus untuk rahim juga sebab ada kunyit. Jika diamalkan secara konsisten, wajah akan kelihatan ‘pink-pink’ dan berseri.
Apabila bahagian ‘dalaman’ kita terjaga maka akan terserlahlah keayuan semula jadi pada wajah seseorang wanita itu. Walau bagaimanapun ramai wanita mengambil mudah soal penjagaan dalaman.
Rata-rata ramai wanita terlalu mengutamakan penjagaan kulit wajah sahaja. Pendek kata hendak cantik luaran sahaja. Bab dalaman selalu dilupakan. Jom kita amalkan minum minuman campuran tujuh bahan ini. Jadikan sebagai amalan untuk penjagaan dalaman.
BAHAN-BAHAN:
Kunyit 1 inci
Gula batu seketul
Serai sebatang diketuk
Halia 1 inci
Daun pandan 2 helai kalau kecil
Kayu manis 1 batang
Halba 1 sudu
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan dua cawan air.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan. Rebus sehingga tinggal satu cawan.
3. Minum suam-suam. Rasa segar sahaja badan lepas minum air ini. Selepas minum, asyik sendawa sahaja dan badan pun rasa ringan. Boleh amalkan seminggu tiga kali.
NOTA: Petua ini juga boleh diamalkan oleh wanita yang masih belum berkahwin. Bagaimanapun jangan terlalu kerap minum air ini kerana minuman ini ada ramuan kunyit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hargai selagi ada, jika dah tiada menangis air mata darah sekali pun tiada ertinya. . Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan.
Penyanyi Nora Ariffin dalam perkongsiannya dilaman instagram telah memberi nasihat kepada wanita yang bergelar isteri yang masih mempunyai suami terutamanya supaya menjaga pasangan mereka sebaik mungkin.
Menurut Nora, perkara yang selalu para isteri lupa adalah untuk meminta maaf kepada pasangan mereka.
Isteri kepada komposer arwah Johan Nawawi bagaimana pun berkata, beliau sangat bersyukur kerana arwah suaminya telah memaafkannya di dalam pelukan terakhir sebelum pergi buat selamanya.
“Reminder untuk yang masih ada suami. Jagalah suami sebaik mungkin.
“Kita isteri yang sering alpa….. Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat…Terima kasih Allah……Terima kasih sayang,” tulisnya.
Selain itu, Nora turut berkongsi tulisan daripada seorang penulis berjudul Syurga Seorang Isteri.
“Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.
Menurut buku itu lagi, menjadii seorang isteri, kena selalu minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan, terkasar bahasa, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
“Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
“Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
“Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
“Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?