Keletah si comel, anak kesayangan pereka fesyen terkenal Rizman dan Nurida Suraya ni memang cantik dan bijak bergaya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau dah berbapakan pereka fesyen terkenal tanahair tentu sahaja anak pun automatik bijak berfesyen dan bergaya.
Walaupun baru berusia setahun lapan bulan tetapi si kecil yang berwajah cantik ini tak kekok bergaya.
Bukan hanya berpakaian cantik tetapi gelagatnya membimbit beg tangan membuatkan ramai pengikut bapanya geram dengan aksi comel tersebut.
Bahkan selebriti Rozita Che Wan atau Che Ta yang terkenal suka bergaya dengan handbag juga ada meninggalkan komen ‘geram’ dengan gelagat puteri sulung Rizman yang gemar bergambar dengan beg tangan.
Ads
Bijak Bergaya Kesayangan Daddy
Rizman sendiri gemar berkongsi gambar-gambar Rizqaa yang sangat mesra kamera dan pandai beraksi dengan gaya comel yang memikat hati pengikut Instagram bapanya.
Jom tengok beberapa aksi comel Rizqaa bergaya dengan pelbagai koleksi pakaian yang kebanyakan direka sendiri oleh ‘Dadi’ nya.
Wanita TTC 10 Tahun Mohon Doa selepas hampir sedekad menanti zuriat menyentuh hati ramai warganet apabila perkongsiannya di media sosial mendapat perhatian meluas. Lebih mengharukan, komen penuh kasih sayang daripada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi turut mengundang sebak orang ramai.
Luahan seorang wanita yang berharap dikurniakan cahaya mata selepas penantian panjang itu bukan sahaja mendapat sokongan masyarakat, malah menjadi penguat semangat buat pasangan lain yang melalui perjalanan sama.
Wanita dikenali sebagai Shairah Saleh itu berkongsi permohonan doa buat dirinya dan suami agar dikurniakan zuriat. Menurutnya, dia sudah melalui perjalanan Trying To Conceive (TTC) selama hampir 10 tahun.
Melalui perkongsiannya, wanita TTC 10 tahun mohon doa tersebut berharap doa orang ramai, khususnya pada 10 malam terakhir Ramadan, dapat menjadi asbab impiannya untuk menimang cahaya mata dimakbulkan Allah SWT.
Dalam perkongsian yang dimuat naik di media sosial, Shairah mengakui dirinya berasa malu untuk meminta doa daripada orang ramai, namun tetap memberanikan diri kerana percaya setiap doa mempunyai kekuatan tersendiri.
“Sebenarnya malu tapi nak juga usaha di 10 malam terakhir ini mohon korang doakan saya Nor Shairah Binti Mohd Adnan dan pasangan dikurniakan zuriat pada tahun ini. Saya dah TTC selama 10 tahun. Semoga di antara doa kalian ada yang diangkat dan dimakbulkan,” tulisnya.
Perkongsian wanita TTC 10 tahun mohon doa ini segera menarik perhatian ramai pengguna media sosial. Rata-rata warganet menitipkan doa, kata-kata semangat serta sokongan moral buat pasangan tersebut.
Ada yang turut berkongsi pengalaman mereka sendiri yang pernah melalui tempoh menanti zuriat dalam jangka masa panjang sebelum akhirnya dikurniakan cahaya mata.
Situasi seperti ini menunjukkan bahawa ramai pasangan di luar sana melalui cabaran yang sama. Justeru, perkongsian tersebut menjadi satu bentuk sokongan emosi yang memberi harapan kepada mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Lebih menyentuh hati, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai TokTi turut meninggalkan komen yang penuh dengan doa dan nasihat buat Shairah.
Komen TokTi itu bukan sahaja mendoakan agar pasangan tersebut dikurniakan zuriat, malah turut mengingatkan supaya terus berusaha dengan memperbanyakkan amalan ibadah terutama pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Aamin ya rabb.. Kak Iti doakan, jangan lupa solat taubat, tahajjud dan solat hajat niat Allah SWT kurniakan zuriat yang terbaik, diwaktu yang terbaik. Percaya kepada rezeki Allah SWT. Baca doa nabi Zakaria, bersedekah 10 malam terakhir dengan niat untuk cahaya mata ya. Istigfar banyak-banyak juga. Aamin ya rabb,” tulis TokTi.
Komen TokTi terhadap wanita TTC 10 tahun mohon doa itu mengundang sebak ramai warganet yang tersentuh dengan keikhlasan nasihat yang diberikan.
Perkongsian ini bukan sahaja menyentuh hati orang ramai, malah menjadi penguat semangat buat pasangan yang sedang melalui perjalanan TTC. Menunggu kehadiran cahaya mata bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila tempoh penantian mengambil masa bertahun-tahun.
Namun begitu, kisah wanita TTC 10 tahun mohon doa ini mengingatkan bahawa harapan tidak pernah padam selagi usaha dan doa terus dipanjatkan kepada Allah SWT.
Ramai warganet turut mendoakan agar Shairah dan suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah pada waktu yang terbaik. Kisah ini juga menjadi peringatan bahawa setiap rezeki sudah ditentukan oleh Allah SWT dan setiap pasangan mempunyai perjalanan hidup yang berbeza.
Semoga doa yang dipanjatkan oleh orang ramai menjadi asbab pasangan ini akhirnya dikurniakan cahaya mata yang dinanti-nantikan selama ini.
Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa sebak sewaktu menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang bakal menyambung sesi persekolahannya dia sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Perkongsian video menerusi Laman Instagramnya meraih perhatian ramai.
Mengakui perasaannya pada ketika itu bercampur baur sementelah ini merupakan kali pertama bakal berjauhan dengan anak sulungnya itu untuk jangka masa yang agak lama.
“Saya ibu yang normal. Rasa sakit dan rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya air mata saya hari ni.
“Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang dan rindu. Kami tidak pernah berenggang. Harini kami berjauhan,” luahnya.
Menerusi video tersebut,kelihatan Rita memeluk sambil mengucapkan selamat tinggal buat anaknya itu turut dikongsikan di akaun Tik Tok miliknya.
Dia dalam pada itu turut menzahirkan rasa bangga melihat pencapaian anaknya itu meskipun terpaksa membesarkannya secara seorang diri.
“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada masa yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal dan melangkah setapak lagi ke hadapan.
“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kananmu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak pada 2008 sebelum memutuskan untuk bercerai pada September 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.
Wanita dan bunga seakan tidak dapat dipisahkan, begitu juga bagi wanita ini dalam mencipta gaya dekorasi dikediamannya. Apa yang lebih menarik, semua itu dihasilkan sendiri olehnya. Sekali gus memberi gaya dekorasi kediaman buat keluarga ini lebih unik dan menarik.
Untuk itu, ayuh kita dekati wanita ini yang dikenali sebagai Puan Noorliza Abu Bakar.
——————————————————————————————————
Ini adalah hasil kerjatangan saya dari A hingga Z..buat special untuk decoration rumah saya sahaja tidak untuk berniaga..buat dalam rumah je tak ada bengkel atau workshop..lepas memotong kayu vakum terus.
Saya suka perabut yang nampak buruk (rustik) tapi baru..saya hasilkan sendiri dengan kebolehan saya..saya ubah warna asal pinewood jadi seperti ini…
Suami hanya bantu menggantungkannya bersama pembantunya. Mungkin ada yang tak tahu nama pintu ni..inilah BARN DOOR sesuai untuk laluan perantaraan ruang yang tidak berpintu. Dan ini ialah pintu untuk bilik persalinan / pakaian bilik saya.
Sebenarnya idea ini datang sebab pernah tengok dalam cerita klasik Inggeris dan saya bertanya suami nama pintu ni…sebab suami saya bekerja banyak berurusan dengan Interior Designer.
Buat kerana minat
Jangka masa dalam sebulan sebab saya sibuk menjahit dan melukis. Ikutkan betul-betul bagi tumpuan seminggu boleh siap.
Bila ditanya tentang kos, jujur saya katakan saya tak berapa pasti. Ini memandangkan saya menggunakan kayu yang telah diguna pakai. Saya bersihkan dan ketam balik. Kemudian saya lukis mengikut kreativiti sendiri. Bab melukis ini, bolehlah untuk diri sendiri dan bukannya saya lakukan sepenuh masa sekadar mengisi masa yang terluang.
Setiap kali hasil seni saya siap sepenuhnya, suami sukakannya. Malah dia sendiri tidak menyangka saya boleh buat pintu macam ni. Anak-anak pun seronok tengok saya bertukang.
Di sini turut dikongsikan beberapa lagi hasil kerja tanggannya untuk memberi idea dan inspirasi kepada wanita yang lain dalam menghasilkan sendiri lukisan untuk mencantikkan kediaman.
sumber : Noorlizah Abu Bakar Adnimhmhi via Kami Suka Deko Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...