Pelayar aplikasi TikTok pasti terkejut apabila melihat live seorang gadis Hindu bersama dengan seorang wanita Melayu fasih membaca Iqra dan surah dalam al Quran.
Dalam temubual tersebut, gadis yang bernama Divya Darshini ini telah berbual-bual dengan seorang wanita Melayu. Dalam perbualan tersebut, Divya telah membaca Iqra dan surah An-Naas.
Apa yang mengejutkan, Divya dapat membaca surah tersebut dengan baik. Ramai yang terkejut dan terpegun mendengarnya termasuk wanita yang menemubualnya itu.
Apabila ditanya apakah surah paling panjang yang dia hafal, Divya menyatakan surah Yassin.
Lantas Divya telah membaca surah tersebut dan mengatakan bahawa dia menghafal surah itu sehingga habis.
Cerita Divya lagi, dulu masa kecil kalau dia nampak hantu, dalam hati automatik keluar ayat Kursi.
Ads
Apabila diminta membaca ayat tersebut, Divya hanya mengingatinya separuh. Mungkin kerana sudah lama tidak mengamalkannya.
Di ruangan komen video tersebut juga turut meriah dengan komen yang positif dari netizen. Rata-rata mereka memuji Divya kerana hafal dan pandai membaca surah-surah di dalam Al-Quran.
Bukan semua orang mampu melaksanakan tanggung jawab sebagai guru kepada murid khas. Berat dan besar cabarannya.
Bukan calang-calang orang yang mampu menggalas kerja mulia ini. Besar jasanya ibu kepada pelajar pendidikan khas.
Apabila ada sesetengah pihak tidak faham dan mengeluarkan kata-kata kurang enak untuk didengari.
Biarpun pedih, namun bagi cikgu Siti Ainul Mursyida yang berkongsi cerita di laman facebooknya, biar apa pun yang orang perkatakan namun itu tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan usaha mendidik anak-anak syurga ini.
DAH MEMANG MENGAJAR PUN MURID2 KHAS, JGN LA CIKGU PUN JADI KHAS MCM DIORANG JUGAK”
Hari ni sekali lagi ayat ni diucapkan dari seorang pemimpin sekolah yg angkuh. Ternyata, cabaran yg dihadapi sbg guru pendidikan khas bukan setakat cabaran mengajar anak2 istimewa tetapi juga cabaran dari pihak pentadbir dan guru lain.
Ketahuilah bahawa kata2 ini tidak akan sesekali melemahkan kami, tapi kata-kata itulah pembakar semangat kami. Walau pedih terhiris namun digagahi juga demi maruah anak-anak khas. Jgn memandang rendah murid2 kami.
Betul murid-murid khas kami tidak memberi apa-apa kepada sekolah, tidak menaikkan prestasi sekolah, tidak menjulang nama sekolah melalui prestasi akademik yang tinggi, namun mereka ada harga diri dan maruah sama seperti insan lain. Mereka tidak minta dijadikan begitu. Kalau tidak ada mereka sudah tentu manusia ini akan alpa.
Begitu besar ciptaan illahi sebenarnya menjadikan mereka untuk menguji hati insan lain supaya insaf dan sedar Allah mengkehendaki ianya berlaku dengan izinnya. Memandang rendah kepada mereka bermakna kita memandang rendah juga apa yang Allah jadikan.
Kehadiran mereka bukan sekadar untuk menguji hati manusia malah satu peringatan kepada yang lain. Sesungguhnya jika Allah mengkehendaki, pentadbir yg angkuh itu sendiri boleh menjadi OKU sekelip mata.
“AWAK BUKAN MENGAJAR MACAM CIKGU DI ARUS PERDANA, MURID AWAK SIKIT, KERJA AWAK PUN MUDAH JE… ”.
Benar… kerja kami yg mudah inilah yang memberi erti kehidupan kepada murid-murid khas. Kami inilah yang membimbing tingkah laku dan adab sopan murid khas. Kami lah yang melenting bila ada murid lain yang memperlekehkan anak murid kami.
Kami inilah yang memimpin tangan mereka masuk ke kelas dengan harapan segunung tinggi. Walaupun murid hanya mampu menyebut sepatah perkataan …” egu…”( cikgu ) maka berderailah airmata kami kerana rupanya murid ada suara dan memahami apa yang diajar.
Air mata gembira & bangga jatuh apabila akhirnya murid mampu memegang pensel & menyambung titik selepas bertahun-tahun diajar. Murid ini akan bertepuk tangan bila nampak kami menuju ke kelas dan murid ini akan lari lintang pukang kerana guru2 khas yg tegas ini yg menjadikan mereka manusia-manusia yang kenal erti disiplin. Kami inilah yang menjadikan mereka ramah dan boleh bertegur sapa.
Kami inilah yang berlari keliling sekolah kerana takut keselamatan murid-murid kami sedangkan guru lain hanya ketawa. Kami ini yang setiap hari pakaiannya disalut dengan air liur dan hingusan murid-murid khas. Mereka ini tidak faham apa-apa tetapi yang berkecil hati adalah kami dan kami juga yang menitiskan air mata. Memandang hina kepada murid kami bermakna hina jugalah kami.
Walau bagaimanapun, sesekali semangat yg ada akan luntur juga , kekuatan ini akan lebur dan langkah kaki menjadi lemah berjalan menuju ke sekolah dengan hampa apabila seringkali kerjaya kami diperlekeh & dipandang sebelah mata. Bukan mudah untuk jalankan program Pendidikan Khas supaya gahnya sama dengan program arus perdana. Banyak masa dan perkara perlu dikorbankan demi membuktikan bahawa kami juga ada cita-cita dan keinginan untuk cemerlang.
Semua mata sedang memandang dan menilai, sudah sampai masanya disentap hati-hati mereka yang alpa atau dibuang terus supaya tidak menjadi duri dalam daging. Duri itu wajar digantikan dengan dengan kasih sayang sehingga timbullah ungkapan rasa dari anak-anak khas iaitu:
Kedatangan guru yang dimuliakan Kedatangan ditunggu dengan lapang dada Kedatangan ditunggu dengan kasih sayang Kedatangan disambut dengan rasa syukur Kehilangan yang pasti akan amat dirasai.
p/s: Terima kasih juga kpd pembantu pengurusan murid yg banyak membantu kami dlm mendidik anak2 istimewa kami.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang tahu keakraban di antara pelakon dan pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa.
Sejak awal program Meletop diterbitkan, mereka adalah pengacara yang di dipertanggungjawabkan untuk menjayakannya.
Malah gandingan mereka turut mendapat tempat di hati para peminat yang sukakan cara spontan mereka dalam mengendali program itu.
Namun sejak Neloofa mengambil keputusan untuk mengundur diri, Neelofa dijemput sebagai tetamu dalam Meletop dan juga kelihat mereka bertemu dalam beberapa majlis.
Terbaru, Nabil memuat naik satu hantaran di Instagram (IG) memaparkan dirinya dan isteri yang bergambar bersama Neelofa yang dilihat sedang sarat hamil anak keduanya.
Perkongsian tersebut mengundang tawa wargamaya yang terhibur dengan kapsyen yang ditulis juara Raja Lawak Musim Kedua berkenaan.
“Asal Jumpa je, Preggy.”
Namun hantaran itu disambut oleh Neelofa telah mengundang tawa. Neelofa nampaknya dengan selamba membalas hantaran tersebut dengan kapsyen.
“Baik-baik, Nanti berjangkit.”
Walaupun dengan hanya berbalas hantaran, namun ianya sudah cukup untuk melepaskan kerinduan peminat untuk melihat keduanya bergabung semula.
Kanak-kanak ini mula tular di media sosial gara-gara nama yang unik dan lain dari yang lain. Identiti pengenalan diri dua beradik ini memperlihatkan nama mereka seakan-akan nama buah-buahan tempatan iaitu Durian Dan rambutan.
Muhammad Dhury Yan lahir pada 21 Ogos 2012 manakala adiknya, Nur Rambutt’an yang lahir pada 14 Mac 2017 menjadi bualan hingga tular seluruh negara.
Bapa mereka, Abi Amin Mahayadin, 40, mengakui terkejut dan kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkannya.
Menurutnya, sejak menjadi tular, dia menerima kecaman hebat dari netizen namun mengambil pendekatan positif kerana memikirkan tindakan menamakan kedua-dua anaknya adalah keputusan keluarga.
“Nama ni dapat dari orang-orang lama, depa orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,” katanya.
Menurutnya, ia sama-sekali tiada kaitan dengan nama buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan.
Difahamkan, Muhammad Dhury Yan diberi gelaran Yan dalam keluarga manakala Nur Rambutt’an digelar Adik An atau Nora.
Kedua-dua beradik ini juga baharu sahaja menerima kelahiran seorang adik lelaki berusia 20 hari yang belum diberi nama.
“Yang baru ni tak dak nama lagi, tunggu tok depa bagi,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengharapkan masyarakat menghormati keputusan keluarga itu tanpa meninggalkan sebarang persepsi sehingga menjejaskan masa depan anak-anaknya.
Sinar Harian bagaimanapun sempat menemubual Yan dan Adik An, yang mengakui sukakan buah-buahan tempatan termasuk durian dan rambutan.
Yan berkata, dia suka makan durian dan mengakui adiknya juga sukakan buah rambutan.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Luar biasa dan lain dari yang lain! Sepasang pengantin mencipta kejutan dengan menggantikan kek perkahwinan tradisional dengan burger gergasi seberat 1.5 kilogram (kg) sebagai...