Ramai yang salah anggap bahawa jika bergaji besar pasti boleh menabung. Sekarang gaji kecik so tunggulah dulu. Belum mampu menabung katanya.
Hakikatnya sumpahan gaji adalah bukan mengenai berapa banyak wang dijana tetapi bagaimana kita :
1) menukarkan pendapatan kepada simpanan
2) menukarkan simpanan kepada pelaburan
3) menukarkan pelaburan kepada keuntungan
Jika bergaji RM3,000 tapi tidak mampu menabung RM450 hingga RM1,500 selama minimum 12 bulan berturut-turut, akak jamin anda tidak akan mampu menabung RM1,000 hingga RM5,000 walaupun bergaji RM10,000.
Jika waktu gaji kecik tak mampu menabung minimum 15% hingga 50%, akak jamin bila dah bergaji lima angka anda pasti tak akan mampu juga.
INI FAKTA!
Ads
❌ Berapa ramai yang bergaji lima angka namun simpanan dana cemas paling lekeh iaitu tiga bulan pun tidak ada?
❌ Berapa ramai suami isteri bergaji lima angka tetapi hidup bulan ke bulan menyeret kad kredit sahaja?
❌ Berapa ramai yang bergaji lima angka esok hilang kerja, minggu depan hilang nyawa?
❌ Berapa ramai yang bergaji lima angka tetapi ansuran hutang bulanan pun lima angka juga? Pagi ni gaji, petang ni habis!
❌ Berapa ramai yang bergaji lima angka tetapi termasuk dalam statistik Bank Negara bahawa simpanan RM1,000 pun tak ada? #apeni?
Ads
Sebab itulah akak sentiasa tekankan :
1) ilmu
2) sikap
Kedua-dua ini adalah penentu jumlah kekayaan.
Gaji atau wang cuma alat. Sesiapa yang berilmu cuma melihat gaji (wang) sebagai alat.
Kaedah menguruskan “alat” yang menentukan jumlah kekayaan dan kemampuan persaraan.
Ads
SUMPAHAN GAJI mudah je.
1) Jana wang
2) Simpan wang
3) Labur wang
4) Hasilkan keuntungan
5) Kekal konsisten
Jangan kejar wang. Tapi kejarlah ilmu dan perbaiki sikap.
Dua orang yang memiliki gaji yang sama tetap akan memiliki kekayaan berbeza kerana : ilmu dan sikap.
Dan ya… kalau pesen wang asyik bocor, simpan bertahun-tahun tak pun jadi kaya, cuba tukar kepada menabung emas pelaburan 999?
Dengan ilmu, menabung emas jauh lebih menguntungkan berbanding menabung wang. Ilmu membezakan gais!
Dah ada akaun simpanan emas GAP ke belum?
Salam sayang
Sumber: Marlia Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berdoa ada adab dan tatacara yang molek kita amalkan. Berdoa merupakan senjata orang Mukmin. Apabila kita memahami bahawa doa merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah, maka sudah semestinya kita berdoa bagi memohon segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Doa adalah senjata orang Mukmin.” (HR At-Tirmidzi).
Doa merupakan rayuan dan pengharapan kita kepada Allah SWT. Seperti mana bila kita berbicara dengan kedua ibu bapa, saudara mara atau sesiapa sahaja, soal adab tentunya menjadi keutamaan.
Maka begitu jugalah ketika berdoa kepada Allah. Ada adab dan tatacara yang kita perlu amalkan agar doa-doa kita diterima Allah SWT.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruh hijaiah di dalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar/bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan berselawat kepada Nabi SAW.
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana In sha Allah ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan.
Moga perkongsian ini dapat membantu meningkatkan amal ibadah kita agar menjadi lebih baik.
Adakah kita tergolong dalam orang yang toksik? Sedar tak, dalam ramai-ramai ahli keluarga kita mesti ada paling kurang sorang, yang dia akan selalu bertentangan pendapat dari yang lain.
Orang ini juga akan cuba mempengaruhi orang sekelilingnya untuk bersetuju dengan pendapatnya.
Sedar atau tidak, sifat seperti ini akan memecah belahkan keluarga dan membuatkan hubungan renggang.
Sebaliknya, apa sahaja yang berlaku di dalam keluarga haruslah mencapai kata sepakat Bersama.
Ciri-ciri orang yang toksik dalam keluarga adalah :
Memperlekehkan usaha atau apa yang yang dilakukan oleh ahli keluarga yang lain
Suka Masuk Campur Dalam Urusan Yang Lain
Komen Yang Diberikan sangat Sarkastik
Mahu Segala Kemahuan Dituruti
Pendapat Dirinya Sahaja Yang Betul
Tidak Mahu Mengalah
Pentingkan Diri Sendiri Tanpa Menghiraukan Ahli Keluarga Yang Lain
Semua Yang Dilakukan Dalam Rumah Dianggap Pertandingan
Gemar melihat orang lain dalam kesusahan
Menyebarkan Kelemahan Adik Beradik Yang Lain
Apa Sahaja Milik Keluarga Adalah Haknya
Suka Berbohong Dan Merasa dirinya Betul
Cemburu Dan Iri Hati Dengan ahli Keluarga Yang Lain
Suka Manipulatif Cerita
Menghukum Tanpa Alasan
Jika kita tergolong dalam ciri-ciri ini, ambil langkah untuk mengubahnya.
Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan oleh Saudara Zainal Akla Shamsudin menerusi laman faceooknya Aklaken Sulaiman. Beliau yang rakan kepada allahyarhamah berkongsi cerita tentang betapa kasih dan sayangnya sang suami terhadap isteri yang sedang menderita penyakit kanser.
Zainal Akla Shamsudin
Segala urusan rumah dan anak dilakukan oleh Mohamad Fouzi bin Said, suami kepada Halizah Md Arif dengan sepenuh hati tanpa sedikit pun mengeluh. Sehinggakan diri sendiri sakit tetapi dia anggan ke hospital kerana bimbang tiada orang yang akan menguruskan isterinya.
Sehinggalah apabila sakitnya tidak tahan lagi, dia pergi ke hospital. Namun kepergiannya untuk selama-lamanya. Hilang sudah tempat bergantung buat keluarga ini. Lebih memilukan isteri tersayang turut menyusul dua bulan kemudiannya. Inilah yang dikatakan hubungan kekal sehingga ke jannah.
Inilah kisah yang cukup menyayat hati, betapa pengorbanan seorang suami terhadap isteriny7a, dia berbakti sehingga hujung nywanya. Al-Fatihah buat arwah Mohamad Fouzi bin Said dan isterinya Halizah Md Arif. Semoga pasangan ini ditempatkan bersama golongan yang beriman. Cemburunya aku
Bila suami kau hubungi aku, minta datang melawat kau tahun lepas, aku terus panik. Dia kata kau dah tahap akhir kanser dan ianya sedang menganas kat perut kau.
Aku ingat lagi kau cakap
“ Nal, aku ni boleh sembuh ke?”
Tergamam aku Ha, sebab aku tahu kau tak boleh sembuh… jadi aku pun berbohong, aku bg kau cerita2 semangat.. dalam hati, aku sedih tgk kau..tapi kau tabah..mungkin dah lama sgt sakit..
Ada lagi satu yg kau cakap,
“ Nal, aku teringin sgt nak makan..bubur pun jadilah..dah lama sgt aku tak makan..”
Oh Allah, dugaan apa yang KAU turunkan pada sahabat aku ni..Tapi aku yakin KAU sayangkan sahabat aku ini..
Sekadar gambar hiasan
Kawan mula cemburu..hebatnya suami kau Ha..
Tapi dalam hati aku, terdetik..untungnya kau, suami kau baik.. dia betul2 sayangkan kau.. abis segala makan pakai kau dia jaga..pampers kau dia tukar..anak2 dia jaga..dia ambil alih tugas Ibu dan isteri..inilah satu contoh ketua keluarga.. keadaan dia sendiri aku tgk tak terurus sbb all the time aku tgk dia uruskan hal kau.. dia selalu call dan minta kawan2 lawat kau sebab kau happy jumpa kami..nak membawang kononnya..tapi topeng gas kat muka tu 24 jam..kalau kau gelak.. berwap2 topeng tu..hahaha
Masa inilah aku mula muhasabah diri..ada sebab Allah turunkan dugaan ini. Sebab Allah sayangkan kau Ha..aku selalu ingatkan kau pasal ni, dan sebab itulah aku mula rasa cemburu.. Allah duga kau, bg kau kesakitan untuk buang dosa2 kau..
Suami kau Fouzi, tak henti2 update kami..ada sahaja kisah di sampaikan.. bila kau balik ke rumah, dia jaga kau.. mandikan kau, tukar pampers kau.. antar anak2 sekolah, memasak.. hebatnya kau suami kau Ha..
Masa ini kawan2 mula cemburu..hebatnya suami kau Ha..
sekadar gambar hiasan
Isteri yang sakit, suami pula masuk ICU
Tanggal 5 June 2020. Macam kena gempa bumi kami.. aku dapat berita dari sahabatku Hanim Misbah yg Fouzi masuk ICU.. eh? Apa cerita ni? Ha yang sakit..kenapa Fouzi yang masuk spital? Aku terus call hp Fouzi, sepupunya yang jawab..Fouzi kena jangkitan dlm darah dia.. pergi hospital sebab sakit pinggang.. terus masuk ward..dan tetiba koma.. Dr mengatakan yg Fouzi tak de peluang nak hidup..
ALLAH.. aku terus teringat kau Ha.. Allah bg lagi dugaan kat kau..aku plan nak call kau.. tapi aku tahu kau sedang sakit..aku tanya family kau..bila waktu paling baik nak call kau..
Belom sempat apa2.. aku dpt berita Fouzi dah meninggal.. tempat kau bergantung ni Ha… aku terus call kau.. aku tak pedulik..dengar aje suara aku..aku tak boleh tahan..aku meraung kat telefon..aku ingat lagi aku kata ..
“Aku ni semput Nal, tapi bila aku dgr suara kau..aku nak nangis juga…macamana aku nak sabar Nal, ini tempat aku bergantung..dia yang jaga aku..semua dia yg buat..sapa nak jaga aku lepas ni? Anak macamana?”
Dalam nafas semput kau nak juga cakap dgn aku..
Aku terus call Datin Fazmi Sani ..aku kata kat Amy..lepas ni Amy aku tak nak komplen apa2 lagi..aku tak nak komplen air tak sedap..aku tak komplen apsal asik hujan..aku tak komplen apsal aku tak kaya… aku patut rasa syukur apa g aku ada.. tak nak komplen..! tak nak komplen!
Sekadar gambar hiasan
Allah nak hapuskan dosa sebelum ambik kau
Aku betul2 sekarang cemburu dgn kau.
Allah nak hapuskan dosa kau sebelum dia amik kau.. Allah ambil Fouzi masa dia tgh berbakti kepada isterinya.. Aduh Fouzi.. eloknya cara kau pergi.
Kau ada kasitau yang Fouzi ada mengadu sakit2 sebelum ke hospital..tapi dia tak nak pi Hospital sebab kalau dia masuk ward..sapa nak jaga kau? Kau siap ckp..kalau kau ni sihat..kau yg bawak kete antar dia pi spital..sebab kesian kat dia…
Tapi bila dia pi hospital..dia tak balik terus dan kau terus tak jumpa dia….
Lepas Fouzi meninggal, semangat kau mcm naik balik..kejap2 kau wassup aku.. tanya siapa kerja maybank..siapa kat epf..socso..aku tolong gunakan kenalan2 aku utk tolong kau.. adik kau Atikah aku selalu call.. tanya mcm2 sebab lepas Fouzi takde..aku tak de peluang nak tanya khabar kau..sebab kau selalu tak reply wassup aku..macamana gossip?
Masa ni lah anak2 kau pula mainkan peranan..sedang anak2 org lain sibuk main..anak2 kau pula jaga kau.. tukarkan pampers kau.. jaga kau.. masa aku melawat..anak kau pakaikan tudung kau.. sikat2 kau.. hias2 kau..
apa amalan kau ye Ha? Allah bg kau suami dan anak2 yg baik macam ni? Bukan itu saja.. adik beradik kau..mak kau..semua jenis tabah2.. aku dgn tak malu nangis depan mak kau..sebab lepas sembang dgn mak kau, aku baru tahu dari mana genetic ketabahan ni dtg..(serius, pergilah jumpa mak dia..korang akan agree dgn aku).
setelah lama kau berjuang.. minggu lepas Allah jemput kau, sudah tiba masa kau pergi.. pergi setelah Allah bg kau peluang untuk bertaubat..peluang untuk menghapus dosa..kali ni aku tak nangis.. sebab aku tahu, kau pergi dengan cara terhormat.
Tinggallah kami Ha.. tinggallah anak2 Ha.. insyaallah aku dan kawan2 kita akan jenguk2 anak kau..kebajikan mereka akan kami ambil tahu..
Allah bg peluang untuk kau tahu bila kau akan pergi..
Allah bg kau suami yang baik Allah bagi kau anak2 yang solah dan solehah Allah bagi kau keluarga yang baik.
Aku betul2 cemburu Ha
Innalillahi buat sahabatku..
Pergilah sahabatku
Halizah Md Arif 16 Ogos 2020 Mohamad Fouzi bin Said. 5 Jun 2020
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.