Apabila bergelar bapa ini, rada hidup pastinya berubah setelah ada tangungjawab kepada isteri dan anak-anak. Begitu juga dengan seorang bapa yang bergelar doktor ini. Melalui perkongsian di facebooknya, Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau menjelaskan bagaimana cara mengawal kemarahannya. Moga perkongsian menjadi inspirasi buat kita mengawal kemarahan demi memastikan kebahagian rumahtangga dan anak-anak tersayang.
Tiba-tiba anak aku yang umur 4 tahun tu masuk bilik, lepas tu kata “Nah, Ayah. Weena dah patahkan” sambil buat muka bangga.
Mendidih darah aku tengok. Jap lagi dia kata pula “It’s OK, you’re a doctor. You can fix it”.
Tadi mendidih, ni meluap terus darah aku. Aku terus keluar bilik, turun bawah, keluar rumah, naik kereta, keluar pagar, pergi Puteri Mart (pasar). Aku orangnya macam tu, kalau aku tengah marah sangat, aku akan diamkan diri atau pergi bawa diri.
Aku tahu, kalau aku mula cakap dalam keadaan marah, selalunya aku akan naik suara, lepas tu kadang-kadang naik tangan.
Jadi, lepas kahwin, aku cuba ambil pendekatan untuk diam atau menyendiri. Selalunya tak lama pun aku akan membisu dan menyendiri.
Ads
15 minit cukup.
Lepas dah OK dan waras, baru aku akan buka mulut. Masa baru mula kahwin dulu, aku sampai keluar kereta semasa kereta di lampu isyarat.
Masa tu bini aku yang memandu. Entah apa yang kami gaduhkan, tapi rasanya aku yang salah, namun masa itu ego aku tinggi. Mana nak mengaku salah. Jadi berbalah lah sikit.
Ads
Bila sampai lampu isyarat merah. Aku terus keluar kereta sebab aku tak nak aku cakap benda bukan-bukan atau menipu agar aku menang perbalahan tu.
Sempatlah aku jalan kaki 5 minit di jalan raya sebelum bini aku kutip aku balik. Ya, 5 minit je aku perlukan untuk aku tenang dan waras kembali. Itu cara aku kekang diri aku dikuasai amarah.
Biarlah orang nampak kita lemah, melarikan diri. Asalkan kita menang dengan peperangan sebenar, iaitu melawan amarah kita sendiri. Kemenangan itu lebih besar maknanya.
Ads
Sekarang bini aku pun dah masak dengan perangai aku. Kalau aku diam, maknanya aku tak setuju atau marahlah tu. Tak perlu pujuk pun, lepas 15 minit nanti aku OK lah balik.
Aku tak berapa suka marah anak. Sebenarnya baguslah dia mengaku dia buat salah. Jadi tak perlu marah gila-gila sehingga dia jadi orang yang takut nak mengaku salah. Kan?
Tapi itulah, ada masa terlepas juga amarah tu. Hahaha. Setiap orang perlu sela masa berlainan untuk kembali sejuk. Ambillah masa secukupnya, tapi jangan sambung dengan rajuk. Nanti jadi lama sangat.
Kamarul Ariffin Nor Sadan Menang Dalam Kalah
Mohon beri sumbangan untuk aku beli bingkai cermin mata baru!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas 5 tahun menderita kanser, pelakon popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 52, meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor, awal pagi tadi.
Allahyarhamah Wafa dilapor menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 pagi tadi dengan meninggalkan suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 52, dan beberapa anak.
Berita pemergian pelakon filem Azizah The Legend itu turut dikongsi sahabatnya, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, dalam laman Facebook.
Jenazah arwah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum solat zohor.
Februari lalu, Majalah Keluarga ada menyiarkan kisah Allahyarham yang menderita penyakit penyakit kanser tahap empat.
Anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip sebelum ini dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu. Kini beliau berdepan kanser peritoneal yang jarang berlaku.
Sebelum ini Allahyarham dilaporkan tidak berupaya untuk bergerak akibat penyakit tersebut. Perkembangan terbaru pelakon berkenaan dikongsikan oleh Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon yang beliau panggil dengan gelaran Kak Long itu itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.
Pada Hari ini 3 Feb 2019,sekitar jam 3.15 petang saya mendapat panggilan daripada Hibah aka Hibatullah Tan Sri Ab Kadir adik kepada Kakak Angkat saya Wafa Tan Sri Ab Kadir,53 @wafaabdulkadir . Justeru sebenarnya banyak kali saya telah cuba dihubungi tapi memandangkan terlalu banyak komitmen,saya terlepas pandang untuk menghubungi mereka semula. Pada kesempatan petang yang agak lapang sedikit, saya menghubungi Kak Long,daripada perbualan telefon dengannya,beliau memberitahu ” badan kak long terlalu lemah,doakan kak long agar pergi dalam husnul khatimah..”.
Terdengar kata kata kak long tanpa disedari air mata saya mengalir deras,beliau meminta agar saya datang untuk tolong bantu apa yang patut. Pasti saya akan datang esok..memandangkan jadual hari ini agak padat sehingga malam. Saya mohon warga netizen,yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadhrat Allah SWT agar Allah SWT terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long. Saya merayu kepada semua bagi pihak dirinya.
Wafa diduga berturut-turut bermula pada 2013, akibat kemalangan jalan raya melibatkan pembedahan membetulkan tulang leher sehinggalah disahkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan yang terkini, kanser peritoneal.
Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.
Beliau pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya, lalu dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.
Dari situlah beliau dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian.
Kulit telur selalu dipandang sepi oleh kita tanpa terjangka rupanya begitu banyak kegunaan yang dimilikinya.
Tahu tak sebenarnya kulit telur ayam rupa-rupanya ada banyak manfaat yang kita tidak tahu. Selain digunakan untuk dijadikan bahan hiasan, ia juga bermanfaat untuk menghalau makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut di dalam mahupun di luar rumah.
Masalah tikus, lipas dan semut memang berlaku di setiap rumah. Biarpun pelbagai cara dilakukan namun kesannya hanya seketika. Kemudian makhluk perosak ini akan kembali lagi.
Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan
yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut. Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Caranya:
• Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
• Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
• Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman
• Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
• Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan ramai ibu bapa risau mengenai sikap anak yang ‘ketagih’ bermain gajet.
Situasi ini mengakibatkan anak alpa dengan pelajaran.
Sikap begini akan mengganggu motivasi anak untuk fokus belajar.
Nak tahu cara untuk pisahkan anak dengan gajet. Ikuti panduan ustazah ini yang merupakan pendidik disebuah sekolah.
Pisahkan anak dari gajet
Mungkin tip ini dapat membantu. Saya kumpulkan disini cara ibu ayah hebat bantu anak mereka agar tidak terikat dengan gajet
1. Anak-anak kena faham tujuan gajet itu diberikan kepada mereka
Gajet adalah untuk PdPR, bukan untuk hiburan. Jika penggunaannya sudah tersasar jauh, anak-anak perlu disedarkan tentang perkara itu. Anak-anak leka dengan gajet sehingga abaikan PdPR, tidur lewat malam kerana bermain game, mengingatkan saya kepada kata-kata seorang ilmuan, manusia akan rosak jika terlalu ta’asub dengan hiburan, melayari Internet tanpa batasan. Gajet ini seperti pisau yang menghiris dan melukai anak-anak kita. Selalulah ibu ayah meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah agar anak-anak kita diberikan kesedaran dan rasa tanggungjawab.
2. Selesai PdPR, bina aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. Pisahkan mereka daripada gajet dan perbanyakkan komunikasi, cari point penting untuk dibualkan dan wujudkan kemesraan. Tiada apa yang mampu menarik anak-anak untuk bercakap dengan ibu ayah melainkan mereka mendengar ungkapan yang indah, menyenangkan dan baik dari kita. Kurangkan menghukum, mengarah atau terlalu tegas. Jadi seperti kawan bagi anak-anak remaja, bercakap dari hati ke hati.
3. Berjamaah setiap kali waktu solat. Bila solat sendiri-sendiri, adakah kita yakin anak-anak akan laksanakan. Dalam masa 5 hingga 10 minit biar anak-anak depan mata kita solat berjemaah dan latih mereka untuk menyebut kalimah-kalimah toyyibah, zikir pada Allah dan baca surah-surah lazim.
4. Waktu petang ajak anak-anak keluar untuk bersenam, berjoging, main bola dan sebagainya. Sesekali bawa mereka menikmati keindahan alam di tepi pantai, jeram ataupun sungai. Kehidupan anak-anak hari ini sangat berbeza dengan zaman kita dulu, mereka tidak lagi merasai nikmat zaman Kanak-Kanak yang sangat indah dan menyeronokkan.
5. Selepas selesai solat maghrib berjamaah jadikan membaca Al-Quran sebagai rutin satu keluarga sementara menunggu Isyak. Galakkan anak-anak membaca dan menghafaz ketika ini.
6. Tidur awal, bermula pukul 10 hingga 10.30 malam. Anak-anak yang ketagihan gajet akan berjaga hingga pagi untuk bermain game. Ibu ayah yang saya kasihi.. Anak-anak kita bakal pemimpin masa hadapan, jika zaman remaja mereka dicorakkan dengan habit yang bertentangan dengan fitrah, kemungkinan besar ia memberi kesan negatif kepada anak-anak ini bila mereka dewasa nanti.
Ustazah Aminah bersama pelajar-pelajarnya . p/s: Gambar diambil sebelum wabak Covid-19.
Jarakkan anak-anak dari gajet, penuhi hidupnya dengan penuh bermakna.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di