Gara-Gara Tiru Aksi Silap Mata Dibuat Si Ayah, Anak Umur 3 Tahun Telan Bateri. Doktor Ni Titip Pesanan!

Share

Anak-anak kecil cenderung meniru atau mengikut apa yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa. Lebih-lebih lagi orang tersebut adalah ibu atau ayahnya.

Sebab itu sebagai ibu bapa kena sentiasa alert dan berhati-hati melakukan sesuatu terutama di hadapan anak kecil. Bimbang ia meniru dan akhirnya membawa padah pada si kecil

Seperti yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan

menerusi facebooknya. Beliau menerima satu kes yang mana seorang kanak-kanak berumur 3 tahun menelan bateri. Melalui pemeriksaan, rupa-rupanya kanak-kanak tersebut meniru aksi silap mata yang dilakukan oleh ayahnya.

“Ayah dialah! Konon buat magic dekat dia. Sekali senyap-senyap dia pi buat juga!”

Kelmarin saya dapat satu kes ni, seorang budak 3 tahun telan bateri sebab tiru ayahnya yang buat aksi silap mata konon telan benda itu.

Hati-hati bermain dan bergurau dengan anak kecil. Kadang-kadang kita niat nak bergurau, tetapi kerana kenaifan mereka, mereka jadi percaya.

Dalam pada itu Dr Kamarul turut memuat naik perkongsian rakannya, Dr Shaiful Nizam.

Kita ikuti sikit rajutan Twitter yang ditulis oleh doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (ENT), Dr Shaiful Nizam ni.

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Shaiful ada menitipkan beberapa pesanan buat ibu bapa dalam soal keselamatan anak-anak.Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kesihatan dan Perubatan

 

 

IKLAN