Tabiat mengorek telinga memang menjadi kegemaran segelintir orang. Malah ada yang menjadikan ia rutin selepas mandi. Walaupun alasan untuk mengeluarkan tahi telinga, namun hakikat sebaliknya. Malah ia boleh menjejaskan pendengaran telinga.

Ikuti perkongsian oleh Dr Ezairy M.Sallih mengenai sebab tidak digalakkan mengorek telinga. Moga bermanfaat bersama.

Beliau berusia tiga puluh lima tahun. Sudah tiga hari mengalami sakit telinga sebelah kanan. Pendengaran rasa tersumbat. Seakan ada sesuatu yang menghalang. Pedih. Perit.

Hari itu sudah ada cecair kuning yang keluar daripada telinga. Katanya, ia bermula dengan rasa gatal teramat sangat, menyebabkan beliau menggunakan putik kapas, cotton bud sehingga kemudiannya menggunakan pencungkil besi untuk mengorek telinga. Lega. Sedap.

Namun, rasa itu hanya bertahan seketika. Lagi kerap ia dilakukan, semakin sering cuba dikorek dan dibersihkan, ia perlahan-lahan bertukar menjadi sakit. Berdenyut-denyut.

Keadaan ini kami sebut sebagai ‘otitis externa’ iaitu jangkitan atau keradangan yang belaku pada salur telinga luar pesakit ‘external auditory canal’.

Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga.

Tidak kira sama ada menggunakan besi, cotton bud dan apa sahaja.

Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?

1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.

2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.

3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.

IKLAN

Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:

1. Mengalami kurang dengar.

2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras, disebut sebagai ‘impacted ear wax’

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini :

IKLAN

1. Lakukan pemeriksaan telinga bersama doktor.

2. Ubat titis telinga akan diberi jika doktor mendapati ‘ear wax’ terlalu keras.

3. Rujukan ke Klinik pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di hospital boleh dilakukan jika perlu.

4. Di klinik ENT, saya akan lakukan pembersihan telinga dengan bantuan alatan seperti otoendoscope atau microscope. Lebih selamat dan rendah risiko kecederaan pada telinga.

Nasihat saya, jika anda ada sebarang masalah pada telinga, sama ada gatal, tidak selesa dan sakit, jumpalah kami untuk diperiksa. Kalian akan dibantu.

Moga bermanfaat. 

Kredit: Dr. Ezairy M.Sallih
Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini. Gegendang telinga ‘tympanic membrane’ boleh mengalami kebocoran!