Telatah anak-anak ini diakui kalau diperhati memang boleh membuatkan kita ketawa, ada sahaja ragam mereka yang mencuit hati. Bukan saja mulut mereka yang banyak celoteh mula bercakap itu ini, malah perangai mereka juga mampu menjadi hiburan buat kita sekeluarga.
Malah tidak dinafikan sering kali juga terjadi apa yang anak kecil ini buat di tempat umum, turut mampu menarik perhatian orang sekeliling.
Ini sepertimana viral baru-baru ini di laman TikTok pemilik akaun @aribfitri_, berkongsi video yang memaparkan suasana di ruang masjid untuk pasangan pengantin melangsungkan akad nikah.
Namun apa yang mencuri perhatian ialah gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang comel menggenakan pakaian rona putih tiba-tiba datang memeluk pengantin perempuan.
Kemudian apa yang lebih mencuri perhatian umum, apabila kanak-kanak itu terus berjalan ke arah pengantin lelaki pula dan terus memanjat di bahu pengantin lelaki. Hanya sekali cubaan melompat, terus berjaya!
Apa yang pasti memang bergaya aksi kanak-kanak perempuan itu melakukannya.
Ads
Hal ini menyebabkan semua orang berasa lucu dengan tindakan kanak-kanak perempuan tersebut. Malah pengantin lelaki juga dilihat tertawa dilakukan begitu dihadapan tok kadi.
“Paling win abad ini”- tulis aribfitrimenerusi hantaran video tersebut.
Semakin usia meningkat, semakin banyak penyakit yang mula menyerang kita secara perlahan-lahan. Mata yang sudah mulai rabun antara gejala utama penuaan semakin menghampiri kita. Kajian membuktikan 30 peratus daripada rakyat Malaysia menghidapi masalah ini.
Pun begitu masalah mata rabun bukanlah tanda utama masalah penuaan. Mata yang mula rabun biasanya disebabkan oleh beberapa perkara.
Antara penyebab masalah ini adalah melihat skrin komputer berlebihan, melihat objek bercahaya pada jarak yang sama, membaca sambil baring dan membaca dalam gelap. Itu sebahagian penyebab yang paling dekat dengan persekitaran kita.
Sebenarnya hal ini boleh dielakkan sekiranya kita pandai menjaga kesihatan mata kita. Beri ruang untuk mata kita bernafas sekali sekala. Pun begitu amalan petua tradisional pula janganlah kita lupa. Ini petua yang anda boleh cuba untuk pulihkan masalah rabun
anda. Jom cuba.
Ambil Jus Lidah Buaya
Salah satu usaha mujarab untuk memulihkan rabun adalah dengan mengamalkan jus daripada pokok lidah buaya. Ini bahan yang diperlukan untuk mengubati mata anda yang rabun.
Bahan-bahan:
100gm lidah buaya -kisar dan ambil jusnya sahaja
500gm kacang walnut -yang sudah ditumbuk
300gm madu
2-3 hiris buah lemon
Caranya:
1. Cuci dulu semua bahan-bahannya.
2. Buat dulu jus lidah buaya dengan sukatan 100 gram.
3. Campurkan jus lidah buaya, walnut, madu, dan lemon yang sudah ditumbuk ke dalam mesin pengisar.
4. Kisar hingga hancur dan sebati.
5. Bolehlah terus diminum.
Minum 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu makan sebelum makan. Lebihannya boleh disimpan di dalam peti ais. Amalkan rutin ini selama 10 hari atau sehingga penglihatan makin baik.
Ramuan ini juga tidak hanya bermanfaat bagi kesihatan mata, tapi juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh kamu. Jika rutin ini ada kesannya pada anda, hentikan pengambilannya dan rujuklah pada doktor. Itu yang sebaiknya bagi mencegah mata anda yang mulai rabun.
Selamat mencuba!
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian tentang menghantar anak kita ke sekolah jenis kebangsaan cina SJKC.
Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC, antara pro yang amat jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari 3 bahasa.
Kontranya ialah anak-anak kita hanya ada kelas agama 2 kali sahaja seminggu. Oleh itu ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji atau SAR selepas sekolah.
Berikut adalah beberapa tips berdasarkan pengalaman kepada mereka yang berhajat untuk menghatar anak-anak ke SJKC supaya dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak:
1. Hantar anak-anak ke tadika yang ditempatkan di sekolah cina yang hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. Contohnya, jika kita nak hantar anak kita ke SJKC Lai Meng, hantarlah anak kita ke Tadika Lai Meng dari umur 5 tahun. Ini memudahkan transisi ke darjah 1. Pengalaman mengajar menghantar anak ke tadika yang glamour konon nya mengajar mandarin tidak digalakkan. Tadika sedemikian nak duit aja silibus tah apa-apa.
2. Kenali cikgu-cikgu anak anda untuk mengenalpasti perkembangan anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ni semuanya busy belaka kerana mereka akan periksa homework anak-anak murid hari-hari.
3. Tubuhkan satu kumpulan sokongan “support group” dengan ibu bapa yang lain supaya dapat bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dah harus buat homework yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari, senarai homework (kongker) selalunya akan disalin atas papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak salin nanti dia tidak tahu homework mana nak dibuat. Semasa buku homework di “pass up” dan anak kita tak buat homework dia, dia akan dimarahi oleh guru secara kaw kaw. Bila guru marah bukan salah guru, dan guru marah kerana dia nak anak kita “improve”. Jika kita campur tangan bila guru marah anak kita, nanti anak kita bakal di boikot oleh guru. Selagi guru menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah, kita tak sepatutnya marah. Oleh itu, pastikan anak kita buat SEMUA homework. Tolong menolong antara ibu bapa adalah kunci…whatapp group itu pasti membantu. Lantik seorang ketua ibu bapa dalam whatsap group yang “caring” dan suka membantu. Sebagai contoh dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian Ngok selalu membantu anak-anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu anak-anak buat homework hingga larut malam.
4. Anak-anak darjah 1 hingga 2, perlu penglibatan ibu bapa yang lebih untuk memeriksa buku-buku yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberi tekanan kepada anak kita. Salin jadual waktu dengan cermat and know what is going on. Jika ada ujian ejaan bahasa cina (ting seah) pastikan anak-anak buat hafalan. Kalau salah pasti kena!
5. Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan kelonggaran tidak diberikan. Oleh itu ibu bapa seharusnya peka terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat. Rambut harus pendek seperti peraturan. Kuku kena pendek. Lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Hari murid-murid pakai baju sukan MESTI pakai baju sukan. Hari Isnin sila datang awal kerana ada perhimpunan. Jika langgar peraturan anak kita akan dilabel bermasalah dan ini akan mengganggu prestasi akdemik mereka.
6. Bagi orang Islam, sediakan bekal jika was-was makanan kantin. Cari parents yang buat business bekalan halal untuk anak kita jika tiada masa.
7. Jika kita tak nak hantar anak kita ke tuition sekolah (sampai pukul 3) cari tuition untuk dia. Jika hantar anak kita ke SAR pastikan homework siap sebelum tidur.
8. Kena marah dengan cikgu adalah perkara biasa…terutamanya cikgu yang suka bising-bising….jadi jangan sensitif sangat dan minta sediakan mental anak kita untuk menerima keadaan tersebut.
9. Jika muslim, kenali Ustazah/ Ustaz di sekolah anda. Pastikan silibus agama diajar. Ajar anak anda sendiri baca fatihah, surah lazim dll.
Tolong lah jangan saja-saja nak letak anak-anak anda ke SJKC tanpa persediaan. Main hantar aja tanpa tahu apa-apa. Naya anak kita! Kesianlah kat dia….Cikgu juga stress nak uruskan anak-anak yang ibu bapa mereka lepas tangan.
InsyaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan jika kita hantar ke sekolah SJKC ini. Mereka akan berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa luar sekolah, lagilah baik, akhirat juga terbela. Cumanya saya lihat anak-anak jadi skema sikit kerana kadang-kadang SJKC ini terlalu strict. (tapi ini ada kebaikannya). Ini sajalah perkongsian yang saya boleh berikan.
Maaf jika penulisan ini panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri saya Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn Bahari. Saya tukang tulis sahaja.
Suami yang begitu sayang dan menghargai isteri akan sentiasa menjaganya walau dimana pun. Waima isteri jatuh atau sebaginya, dirinya tetap peluk dan cium isteri tanda kasih.
Begitu juga dengan perkongsian saudara Muhammad Hassan ini.
Seorang kakak keluar dari klinik. Tiba tiba dia tergelincir jatuh atas anak tangga. Cepat cepat suaminya pergi angkat.
Suaminya periksa kaki,mungkin tidak terseliuh atau luka. Dia bangun berdiri terus peluk isteri. 1 minit juga dia peluk. Lepas tu dia pandang wajah isteri dia dan berkata sesuatu. Saya agak suaminya minta maaf sebab tak jemput dia untuk turun tangga.
Setelah berkata sesuatu diciumnya pula dahi isteri dan terus dipimpinnya tangan dengan penuh erat.
Saya sedang minum di kedai makan bersebelahan klinik tak sedar yang saya sedut limau ais sehingga tertelan biji limau. Inilah kali pertama saya tengok babak romantis sepasang suami isteri.
Teringat pula wife saya pernah tergelincir atas anak tangga dirumah. Tapi saya tak angkat pun hanya bertanya ok atau tidak. Allah… tak romantis betul saya ni. Nanti balik kampung saya nak buatlah macam abang tadi tu buat. Mesti wife saya suka.
Tapi nak tunggu dia tergelincir atas tangga tu macam mana ek.. . Tapi takpalah saya buat buat terlanggar dia time dia dok angkat baju di ampian. Nanti bolehlah saya ikut aksi macam abang tu buat kan kan.
Moral Kat sini. Para suami ini kena beri tumpuan sepenuhnya kepada isteri hatta jika isteri mengadu kena gigit nyamok sekali pun kita kena peka dan buat buat marah kat nyamuk tersebut.
Harap beri perhatian ya para suami jika nak jadi suami romantis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Madnor berkongsi sebab meninggalkan kerjaya tetap demi menjaga ibunya yang diserang strok serta menceritakan cabaran membina perniagaan dan kepentingan mengutamakan keluarga.